Home » , , , , , , » Asam Pedas Bom Kebabom Dengan PES ASAM PEDAS KHADIJAH’S KITCHEN!

Asam Pedas Bom Kebabom Dengan PES ASAM PEDAS KHADIJAH’S KITCHEN!

ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN!

Oh my gowttt! Ibuuuuu! This is super duper awesome and nyumehhh! I’ve tried your Asam Pedas paste! The next time bila Kak Ngah bawa makan di restoran Ibu (ahaksss Nyah-Nyah berangan nak tunggu offer Kak Ngah bawa makan di restoran Ibu lagi since now Kak Ngah is helping you out with the family business kan? Winking smile wink!) memang nak berterima kasih pada Ibu sebab dah membantu memudahkan hidup Farah! Smile. Sekarang ni, dah tak perlu tunggu bila berkesempatan ke Khadijah’s Kitchen lagi dah, sebabnya dah boleh rasa kelazatan Khadijah’s Kitchen di ceruk mana sekalipun Farah berada! Bukan Farah seorang sahaja, malahan semua rakyat Malaysia sebenarnya. Walaupun mungkin ada di kawasan-kawasan tertentu tidak terdapat cawangan Khadijah’s Kitchen tetapi tetap akan berpeluang merasa kelazatan Khadijah’s Kitchen yang sering digembar-gemburkan oleh ramai orang yang sememangnya sudah biasa menjamu selera di Khadijah’s Kitchen. Bagaimana? Macam biasa… He he he… Smile with tongue out kenalah baca entri Farah ni sehingga ke ayat terakhir kannn?

Ehemmm! Berita baik bagi yang sentiasa mengejar masa, tak cukup masa, nak cepat mahupun yang tak reti nak memasak sangat! Pointing up… Anda tidak perlu bersusah payah cuak, sakit kepala, pecah kepala fikir bagaimana nak jadikan masakan anda sedap bila mana mertua, ahli keluarga, sahabat handai mahupun sendiri nak rasa diri sendiri masak dengan sungguh lazat. Yang diperlukan adalah kepakaran anda merasa sama ada garam dan gula ataupun serbuk perasa mencukupi bagi sesuatu masakan itu sahaja. Tu jer! Yang lain-lain serahkan pada Khadijah’s Kitchen. Biar Khadijah’s Kitchen yang melakukan kerjanya. Smile. Sungguh!

Farah kongsi ni bukan apa… al-maklumlah, semenjak dua menjak bila Iman Firash dah memulakan alam persekolahan tadika dia ni…semakin juggling rasanya kehidupan sehari-hari. Terkejar-kejar itu, terkejar-kejar ini… Itu nak buat, ini nak buat, sampaikan waktu makan untuk diri sendiri pun boleh jadi lupa. Kadang-kadang tu, memang seharian dan berhari-hari tak menghadap makanan. Minum air jer… Muahahaha… Open-mouthed smile Tu anak sorang tu oiii! Bayangkan kalau ramai macam mana? Lagilah kan? Sama-sama faham sudahhh… Betul tak? Tapi tulah, teruk betul kalutnya Farah sejak kebelakangan ini.

Mujurlah ada pes Khadijah’s Kitchen yang telah menjadi penyelamat yang telah memudahkan hidup Farah. Ihiksss… Open-mouthed smile Kalau tak… tak taulah macam mana…

ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 2

Star Siap dimasak di dalam tempoh masa yang amat singkat! Hanya 10 minit sahaja yang diperlukan!
Star Satu kotak pes Khadijah’s Kitchen boleh mencukupi untuk hidangan seramai 5-6 orang!
Star 100% dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi.
Star Tiada MSG.
Star Tiada bahan pewarna.
Star Tiada artificial preservative.
Star Tiada artificial flavouring.

Memang mudah sangat-sangat aihhh! Sungguh! Tarak tipu punya demi semata nak melakukan produk Khadijah’s Kitchen ya? Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang telah berkesempatan mencuba pes dari Khadijah’s Kitchen. Caranya? Ini Farah berikan satu contoh ya? Asam pedas…

Bahan-Bahan:
1 x kotak pes asam pedas Khadijah’s Kitchen.
2 x ikan cencaru (Farah guna ikan cencaru, anda nak guna ikan apa atau apa-apa jenis makanan laut, itu terpulang kepada selera anda) – saiz sederhana.
200ml air.
6 x bendi.
1 x bunga kantan.
1 raut daun kesum.
Garam, gula atau serbuk perasa secukupnya.

Cara-Cara Penyediaan:
1. Masukkan 1 pek pes asam pedas Khadijah’s Kitchen ke dalam periuk.

ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 3

2. Tambahkan 200 ml air dan didihkan campuran.
3. Masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih. Sebab nak sedap lagi, boleh tambahkan juga sendiri bunga kantan, daun kesum dan juga bendi.
4. Garam, gula atau serbuk perasa secukup rasa.
5. Masak selama 8 minit dan tadaaa! Siap dah! Boleh hidangkan dan terus makan! Winking smile

Senang tak? Senang kannn? Bukan setakat pes asam pedas sahaja ya? Malah terdapat pelbagai pes yang boleh menjadi pilihan anda. Antaranya:

ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 17

Memang boleh sangat dah kalau nak tunjuk skil memasak kepada ahli keluarga, mertua, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang datang bertandang ke rumah. Boleh sangat juga menjadikan hidup kita ni senang lenang dengan adanya pes-pes pelbagai jenis masakan dari Khadijah’s Kitchen. Farah suka! Smile… Jimat bawang, jimat masa… he he he… Dan… Untuk pengetahuan anda, pes-pes Khadijah’s Kitchen adalah diperakui dan diberikan penganugerahan seperti yang tertera di bawah berikut:

ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 4

ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 7
ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 6
ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 8
ASAM PEDAS BOM KEBABOM DENGAN PES ASAM PEDAS KHADIJAH'S KITCHEN! 9

Jadi tak perlu risau apa-apa ok? Selamat! Berkualiti! Diyakini halal. Smile. Dari segi rasa? Kalau cukup garam, gula atau serbuk perasa…Memang tip top. Kena pandai adjust dengan rasa ya? Dekat mana nak beli? (Bagi yang belum pernah beli)… Setakat ni yang Farah nampak dan tahu adalah melalui laman jualan atas talian Jaya Grocer dan juga di Giant. Cubalah tengok-tengok kot-kot kalau anda terjumpa kat mana-mana lagi ya? Nanti bagi tahu Farah…Kot-kot di TESCO ke? Di AEON ke? Kannn?

Untuk Maklumat dan Informasi Lanjut:

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Asam Pedas Bom Kebabom Dengan PES ASAM PEDAS KHADIJAH’S KITCHEN!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 12, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Wah makin banyak produk macam ni, senang la nak masak lepasni =)
    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY