Home » , , , , , , , , , » Apa Yang MOMMY Faham Bila Berakhirnya Minggu Pertama PreSchool Iman Firash?

Apa Yang MOMMY Faham Bila Berakhirnya Minggu Pertama PreSchool Iman Firash?

Apa Yang MOMMY Faham Bila Berakhirnya Minggu Pertama PreSchool Iman Firash

Selesai sudah minggu yang pertama serta hari yang ketiga di tadika dan... bermulalah era meneliti, membaca serta memahami kandungan Buku Komunikasi Iman Firash yang disediakan oleh pihak tadika. Bagus! Farah suka cara sebegini. Sekurang-kurangnya Farah tahu perkembangan semasa Iman Firash dan Farah boleh fikirkan apa yang patut untuk Farah berikan support kepada Iman Firash sebaik yang boleh. Takkan nak serah bulat-bulat urusan pendidikan Iman Firash kepada pihak tadika semata kan? Lagipun untuk benar-benar memahami apa yang dilakukan serta dipelajari di tadika, jika mengharapkan semata dengan pemerhatian serta jawapan dari pertanyaan Farah pada Iman Firash tanpa maklumat tambahan dari pihak tadika, tidak mungkin Farah dapat memahami secara keseluruhan. Takut-takut nanti tersasar pula apa yang Farah ajarkan di rumah dengan apa yang dipelajari di tadika. Kalau boleh biarlah seiring momentumnya supaya tidak mengelirukan si anak bujang.

Apa yang ada di dalam Buku Komunikasi Iman Firash? Untuk minggu yang pertama ini:

Maklumat Kelas Dan Pembelajaran Iman Firash

Di dalam Buku Komunikasi Iman Firash terkandung tentang maklumat siapakah guru kelas Iman Firash serta jadual waktu harian Iman Firash. Farah juga dapatlah ambil tahu apakah subjek atau aktiviti harian Iman Firash di tadika. Iyalah sekarang kan dah tak sama jika nak dibandingkan dengan zaman Farah tadika dulu. Open-mouthed smile Ahaksss! Haruslah! Zaman dah berubah. Memang berbeza! Kokurikulum tadika sekarang memang dahsyat berbanding zaman Farah dulu sepertimana yang pernah dikongsikan oleh ibu-ibu blogger yang lain yang terlebih dahulu melalui fasa preschooler ini. Bagi yang bakal menghantar anak ke tadika tahun hadapan serta bagi yang belum pernah melalui, meh nak kongsi sikit apa anak bujang kita belajar dan lakukan di tadika.

Mata Pelajaran dan Aktiviti:

1. Individual Reading.
2. Freeplay.
3. Hafazan.
4. Assembly.
5. Solat Dhuha.
6. Circle Time.
7. Active Learning.
8. Physical Activity / Music Movement.
9. Little Qari.
10. Islamic Study.
11. Mathematic.
12. English.
13. Bahasa Melayu.
14. Integrated Science.
15. Art & Craft.
16. Scientist Kid.
17. Islamic Study Book Jawi.
18. Writing.
19. Story Telling.
20. Science LC Scientist Kid.
21. Role Play & Vocab.

Phewww... berderet...Open-mouthed smile wakakakaa... tapi syllabus yang dirangka memang bersesuaian dengan usia 4 tahun dan ianya bukanlah sesuatu yang terlalu berat untuk mereka atau di luar kemampuan mereka.

Tema Pembelajaran Bagi Bulan Januari

Yang menariknya setiap bulan ada satu tema untuk pembelajaran Iman Firash di tadika. Bagi bulan Januari, tema pembelajaran Iman Firash adalah My Family. Di mana, antara yang terkandung untuk tema ini adalah mengenali ahli keluarga, story telling (ada beberapa bahan atau medium sokongan yang Farah nak cari bagi membantu serta melatih kefahaman serta pengetahuan Iman Firash - tugas Mommy ni...secara rela dan tidak terpaksa). Nerd smile Ekekeke... Belajar meminta izin dengan ayat yang sepatutnya, pengiraan nombor 1 hingga 10, kenali nombor 1 -5, kenal bentuk circle dan square, belajar perbezaan small and big. Wohooo... macam-macam lagi sebenarnya. Yang menarik perhatian Farah adalah cepat membaca menggunakan kaedah Little Caliphs (read fast using) Jolly Phonics dan juga reading (Pre-Reading) by individually. Masa Farah ambil Iman Firash dari tadika semalam dia sedang di dalam sesi membaca secara individu dengan teacher dia! Maklumbalas yang Farah terima, Alhamdulillah, dia ikut dan mahu belajar! Kalau dengan Mommy… shader-shader lebih… Flirt male

Do’s and Don’ts of Homework

Ini adalah maklumat serta panduan untuk ibu bapa terhadap homework anak-anak. Ada beberapa cadangan serta panduan yang dimaklumkan kepada ibu bapa yang mana sebenarnya Farah rasa memang patut pun ibu bapa diberitahu dan dimaklumkan supaya sentiasa alert dengan beberapa perkara penting ini.

Do’s

1. Do help your child to organize his/her homework timetable. Many children are poor planners and do require consistent assistance by parent and teachers.
2. Do set aside a suitable place to do homework. Consider privacy, lack of distraction , good lighting and ventilation.

Don’ts’

1. Don’t do your child’s homework.
2. Don’t nag your child about homework. Encourage rather than make homework a nasty chore that has to be done under threat.
3. Don’t expect your child to have some strengths and weakness you had in your school days.

Takwim Persekolahan, Memo Cuti Umum Bagi Bulan Januari 2017, Syarat, Terma Serta Peraturan Berkaitan Dengan Tadika Untuk Ibu Bapa

Segala maklumat terkandung. Bila dah dapat tu, senanglah sedikit nak buat aturan dan juga nak tandakan di dalam kalendar peribadi kan? Jadi tak adalah terlupa ataupun apa. Bila cuti sekolah, bila cuti umum dan tadika ditutup, apakah syarat dan terma serta peraturan ibu bapa yang menghantar anak ke tadika yang berkenaan. Jika anak sakit bagaimana, tadika dibuka pada pukul berapa, selewat-lewatnya bila perlu bayar yuran bulanan, no akaun tadika syarikat dan segala jenis macam informasilah.

Maklumbalas guru kelas Iman Firash, setakat ini perkembangan Iman Firash – Alhamdulillah. Dia ok, mahu mengikuti setiap aktiviti dan pembelajaran. Ada hari manja dengan teacher Flirt male nak dukung, nak duduk atas riba… yalah, sorang dan manja kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… 3 tahun pun baru umurnya… Dan ada hari bergaduh dengan teacher iaitu semalam… Ahaksss.. Open-mouthed smile… Gaduh-gaduh manja… Kata teacher-nya… Teacher saja menyakat dia tentang botol susu. Teacher kata… This is mine! Jawab Firash… No! This mine! Ha ha ha… Yash yash… Senyum jer teacher bercerita tentang Firash dan sambil-sambil lihat Firash semalam. Mommy doakan semoga Iman Firash terus berkembang dengan baik dan semakin baik hari demi hari ya nak? Belajar rajin-rajin… Send a kiss

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apa Yang MOMMY Faham Bila Berakhirnya Minggu Pertama PreSchool Iman Firash?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, January 7, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia