Anak Tak Makan Pujuk? Apa Nak Buat?

ANAK TAK MAKAN PUJUK_APA NAK BUAT

Bila tengok balik aksi dia yang menangis sampaikan begini rupa semalam... Jujur... memang hati ni bagai disiat-siat rasanya... Crying face  Akhirnya Mommy dia yang sedih dan mengalir air mata bila lihat dia menangis sampai begitu sekali. Ya benar! Inilah pertama kali Farah biarkan dia menangis sampai begini teruk sekali, tersedu-sedu, sedih yang amat. Kenapa terkesan sangat? Sebab Mommy dia ni dah berjanji pada diri sendiri takkan biarkan dia menangis dalam kesedihan kerana sayangnya, kerana kasihnya dan kerana dialah satu-satunya permata hati. Tapi, maafkan Mommy sayang, kali ni Mommy terpaksa! Mommy benar-benar terpaksa! Sebab Mommy nak mengajar dan mendidik Iman Firash. Mommy sayang! Sayang sangat-sangat yang tak tergambar oleh kata-kata... sebab tu Mommy terpaksa buat semua ni. Bila anak tak makan pujuk? Apa nak buat?

Mungkin ramai yang tak menjangka yang Farah akan biarkan Iman Firash menangis sampai sebegini sekali. Ramai yang tak akan sangka yang Farah mampu keras hati seperti batu when no means no. Pedih tau tak? Pedih rasa hati ni bila terpaksa berbuat begini. Hati tak sampai tapi perlu disampaikan. Mommy nak Iman Firash jadi manusia! Sebab tu Mommy buat semua ni. 
 
ANAK TAK MAKAN PUJUK_APA NAK BUAT 2
 
Luluh hati tak usah cakaplah. Bukan Farah yang letakkan dia di bawah tempat duduk penumpang hadapan tu ya? Diulangi bukan Farah, tetapi diri dia sendiri. Dia yang tunjuk perasaan sampai macam tu sekali. Kalau ikutkan hati memang nak peluk dan cium dia ketat-ketat. Tapi dia sendiri yang tak mau! Dia sendiri yang memberontak begitu. Makin dipujuk, makin menjadi-jadi. Puas sudah berlembut. Puas sudah memanggil. Akhirnya di situ juga dan semakin teruk tangisan. Farah tak nak dia menangis sampai ekstrem sekali. Sebab tu, akhirnya Farah ambil keputusan biarkan dia tenang sendiri. Beri masa pada diri dia sendiri untuk bertenang. Dalam masa yang sama Farah perhatikan sebab tidak mahu kalau dia menangis melarat-larat dan akhirnya memudaratkan diri dia sendiri. Thinking smile.
 
Dah kenapa Iman Firash? Surprised smile  Kisahnya semalam keluar sekejap ke kedai runcit yang paling dekat dengan rumah sebab nak beli cili merah besar yang dah kehabisan di rumah. Sekali, bila nak balik Iman Firash tak nak balik, nak ajak rounding. Layankan permintaan dia. Dah bawa rounding nak balik, dia tak nak juga. Dua kali, bawalah sikit di kawasan berdekatan. Tiga kali? Mommy tak layan, sebab? Tak boleh diturutkan sangat. Dia expect nak berjalan. Walhal, hari sebelumnya disebabkan ada urusan, dah bawa berjalan hampir sehari suntuk. Tak bolehlah macam ni Yash... Maka, Farah ambil keputusan bawa dia balik. Empat kali, dia minta nak ke 7-Eleven. No means no!

Masa tulah dia mula buat perangai, mula tantrum segala bagai. Kau rasa? Pujuk punya pujuk tak makan pujuk malah makin menjadi-jadi. Hakikatnya? Farah tau dia dah mengantuk pun! Sebabnya bangun terlalu awal dan tak nap pun. Jadi bila dah mengantuk tu faham-faham ajerlah kan? I am a very simple Mommy, and I do not spank my child but instead I prefer to be firm and stay firm! Walaupun dalam hati tahu yang tak sepatutnya lakukan begitu pada dia disebabkan oleh Farah perlu menjaga psikologi dia. Tapi sampai bila? 
 
Iman Firash kena belajar tentang do's and dont's, yes and no. Dia sorang jer... tak ada dua tak ada tiga... harus diajar dan dididik biar apa pun orang lain nak kata. Doesn't mean he's the only child sampaikan Farah mengikut dan menurut kehendak dia segalanya tanpa bantahan. Betul tak? Keputusan Farah tegas, dia kena belajar untuk terima tu. 
 
Phewww! Payah juga nak memujuk dan nak ajak dia masuk ke dalam rumah. Challenging memang betul-betul challenging. Akhirnya... sobs... dengan paksaan dan bergelut, Farah dukung dia masuk ke dalam rumah. Lagi ligatlah menangis dia. Allahuakbar kenapa tantrum sampai begitu sekali anak oiii... Susah hati Mommy. Dalam tangisan dan memberontak, bukakan baju dia dalam keadaan bergelut, bawa ke bilik air dan cuba pujuk dia. Sebab dia suka main air kan? Tak juga... memang kali ni betul-betul payah nak pujuk dia. Kenalah firm juga. Farah diamkan dan buat tulikan telinga dan teruskan dengan mandikan dia dan siapkan dia dengan pakaian malam. Masa tu dah pukul 7.00 malam lebih dah. 
 
Buatkan susu, isikan air suam dalam botol yang berasingan. Dan berikan masa dia mencari ketenangan diri dan bertenang. Dia diam akhirnya. Lega dan lapang dada bila dia dah berhenti menangis. Buka penghawa dingin. Bentangkan tilam, dia baring menyusu dan akhirnya... 
 
ANAK TAK MAKAN PUJUK_APA NAK BUAT 3
 
Terlena sendiri. Kan betul dia mengamuk sebab dah mengantuk. Orang kata jangan cium anak masa tidur. Tapi hati ni macam nak pecah. Tak boleh tahan! Cium juga! Nampak tak permainannya di situ? Bukan kerana Mommy tak sayang, Mommy sayang... sayang sangat-sangat. Apa yang buatkan Mommy tak boleh tidur satu malam. Lantaklah kalau orang nak kata poyo ke apa kan? Tapi memang sebak hati ni bila lihat dia macam tu. Crying face.
 
Anak-anak adalah anugerah yang paling indah dan juga amanah dari Allah SWT. Mempunyai anak-anak yang kecil dan juga yang meningkat remaja adalah merupakan mencabar pada zaman kini. Kerenah anak-anak semuanya berbeza dari segi umur dan juga jantina masing-masing. Anak lelaki dan perempuan kesukaran tahap nak memujuk tu bergantung kepada apa ataupun sebab mereka merajuk. Mungkin cara Farah mendidik dan juga memujuk anak yang sedang merajuk agak berbeza dengan ibu-ibu lain. Tetapi pada dasarnya semua hampir sama. Ada sesetengah anak-anak yang suka dipujuk dengan cepat dan ada juga ada yang mengambil masa untuk memujuknya. 
 
Antara tips yang selalu Farah praktikkan semasa memujuk Iman Firash adalah: 
 
  • Berikan Iman Firash ruang untuk dirinya tenangkan diri semasa sedang merajuk.
  • Tenangkan diri Iman Firash dengan sebaik mungkin. 
  • Cuba mengawal diri Farah sebagai ibu daripada memarahi anak yang sedang merajuk. 
  • Usaha secara perlahan untuk bercakap dengan Iman Firash yang merajuk. 
  • Memujuk Iman Firash dengan perkara yang dia suka seperti hobi, perkara yang dia suka.
  • Jangan biarkan anak merajuk terlalu lama.

Jiwa anak-anak ni sebenarnya terlalu sensitif dan anak-anak cukup peka dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Maka, apabila anak-anak merajuk ataupun ada sesuatu yang tidak disukai, Farah cuba ajar Iman Firash berterus-terang dengan apa yang tidak disukainya. In Shaa Allah, Farah yakin secara perlahan-lahan hati Iman Firash akan lembut dan juga kami akan bertambah mesra dan erat kembali. 
 
Sedihnya dia bawa ke pagi ini... Bangun-bangun tidur, terus peluk Mommy. Tapi hari ni kami dah ok dah! Iman Firash pun dah tak merajuk dengan Mommy. Alaaa... biasalah tu kan? Senario nak membesarkan anak... tentu ada pelbagai ragam serta kerenah ya tak? Itulah warna dunia ibu. Smile with tongue out. Hati ibu kena kental. Memang kena jadi kental kalau nak didik anak…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Tak Makan Pujuk? Apa Nak Buat?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, January 30, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Saya dan isteri kalau sesuatu tu anak2 nak dan benda memang dah ada... memang buat derk je. Lantak la meraung nak macamana pun .. sbb nak tunjukkan siapa in control, kalau diikutkan memang susah la masa akan datang ...

    ReplyDelete
  2. huhuhu...dan2 teringat Aqil tantrum kt KL Sentral sbb nk naik LRT(ketapi katanya) pdhl ms tu ckp kt dia 'kejap...mama nk simpan beg' tp dia pnya tantrum mcm kita pukul2 dia. Zai biarkan dia tantrum kt situ smbil simpan beg pstu br pujuk naik LRT tp bj dh habis kotor dh la sbb guling atas lntai. Fuhhh...tu la 1st time dia tantrum. Mmg rs nk je pukul dia ms tu klau x sabar tp masih dok buat cool. Lps ja ckp 'jom naik ketapi' trus dia diam ok ja....hai la ank...mcm2 perangai

    ReplyDelete
  3. sabarnya awak.. kalau cik azue.. jenuh jaga tangan ler.. takut ter... karang.. pastu.. sendiri juga ngangis balik...semoga kita semua lebih sabar

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia