2nd Day: Drama Hari Kedua!

2ND DAY DRAMA HARI KEDUA! 
The first day went smooth. However on the second day, there's a bit of drama going on. Muahaha.…Open-mouthed smileIni kira hari-hari nak cerita tentang Iman Firash ke apa ni? Taklah sampai macam tu. Cumanya, minggu-minggu awal ni mungkin terlebih sedikit cerita tentang sesi persekolahan dia. Biasalah benda baru bagi Mommy Ash kan? Jadi macam agak seronoklah juga nak cerita walaupun mungkin tiada apa yang istimewa di mata orang lain. Ekekekeke... Bagilah peluang orang yang baru merasa ni membebel tentang anak sekolah ni. Kan? Please....Open-mouthed smileha ha ha... ting tong...

Kisahnya semalam, dia bangun awal! 7.30 pagi dah bangun. Jika hari sebelumnya ada sedikit battle di waktu pagi, sebab agak sukar nak pujuk untuk mandi pagi-pagi tetapi sangat gembira serta ceria di sekolah. Hari ini terbalik sedikit kisahnya... ceria dan gembira sewaktu bangun sendiri pada pukul 7.30 pagi. Sampaikan gosok gigi dan mandi pun menyanyi-nyanyi. Semuanya smooth di rumah. Akan tetapi?

Bila sampai ke tadika? Jeng jeng jeng... ada drama sedikit yang berlaku. Tiba-tiba hari ni bila dah masuk ke kelas, dakap Mommy ketat-ketat! Hati dah terasa dah ni bakal takut kena tinggal-lah ni. Ekekeke...Smile with tongue out Teacher nak ambil pun tak nak. Nak letakkan ke bawah pun tak nak. Tak menangis. Tapi dengan perlahan-lahan Mommy dan teacher bekerjasama untuk pujuk dia supaya teacher dukung. Agak berjaya. Bila teacher dah dukung. Apa lagi? Mommy pun sepantas kilat keluar dari kelas.

Rupa-rupanya dia kejar Mommy dari belakang dan teacher kejar dia dari belakang. Nasib teacher sempat grab dia. Firash... Firash... TIPS: Dah tinggalkan anak, jangan toleh belakang lagi dah ya? Biarkan guru-guru yang kendalikan anak kita. Sekali dah masuk ke kompaun kelas, anak-anak adalah di bawah pemantauan, pemerhatian serta di bawah tanggungjawab guru. That is their teacher obligations and what they supposed to function. Anak-anak kalau kita toleh belakang akan jadi lebih cranky. Jadi tolong kental.

Farah perhati jer dari kereta. Nampak dia di sebalik pintu kelas dia tapi teacher datang bawa dia untuk bersama kawan-kawan dia. Mommy ok jer! Tak susah hati pun cuma concern ajer. Dalam 5 minit macam tu, Farah pun gerak ke kedai mamak yang berhampiran untuk minum pagi sementara tunggu Babah dia sampai. Semalam memang Babah dah janji nak datang tengok Iman Firash di tadika. Cuma tak sempat nak hantar sama-sama jer sebab jauh kan? Takkanlah sebelum Subuh, Babah nak kena naik motor jauh-jauh semata-mata nak berkejar hantar Iman Firash ke sekolah. Dahlah hari sebelumnya Babah dia kena sakit kepala sampai blur vision. Teruk juga sakit kepala Babah dia semalam katanya.

Minum pagi sama-sama sekejap. Selesai jer terus bergerak ke Kelana Jaya. Dah janji dengan PR untuk ambil barangan Justice League sebagai token kepada salah satu advertorial di blog dan Instagram tahun lepas. Sebenarnya, barangan dah lama ada cuma semalam jer baru ada kesempatan sebab masih bercuti. Sempatlah. Sambil-sambil tu What's App juga teacher Iman Firash tanya progress dia.

2ND DAY DRAMA HARI KEDUA! 2 

Dah ambil barangan token advertorial, kami bergerak semula untuk ke tadika Iman Firash. Sampai-sampai jer di tadika Iman Firash pukul 12.15 pm. Ingatkan nak skodeng si anak bujang. Sebelum sempat nak turun kereta nak skodeng dia, dia dulu dah skodeng memantau ke luar kelas tengok Mommy dah sampai ke belum. Wakakaka... adoilahhh hai. Tapi oklah waktu tu tak menangis.

Bila dah 12.30 tengah hari jer. Mommy dan Babah tunggu depan pintu kelas. Teacher buka pintu kelas dan panggil dia... Iman Firashhh... datang tapi tak bawa beg. Errr... Firash nak balik ke tak nak ni? Bukan dia pandang Mommy... tapi straight pandangan dia kepada Babah dia sambil sebut Ba Bah! Nampak dia happy sebab Ba Bah ada. Ha ha ha... masuk dalam balik sebab teacher nak siapkan dia. Mommy pun tanya pada teacher macam mana Iman Firash semalam? Meragam? Buat perangai? Teruk ke?

Teacher beritahu, semalam nak duduk atas riba teacher sahaja tapi kaki tak nak kena lantai. Alahaiii... dah tunjuk manja dia lettew. Hu hu hu. Lepas tu dia ok. Lari pusing-pusing dalam kelas. Lepas tu menangis sekejap dan ok. Duduk balik atas riba teacher sama juga keadaannya. Lari pusing-pusing dalam kelas, menangis sekejap balik dan ok. Teacher dia kata biasalah tu. It will take him a while to adjust.

End of day 2 at kindy. Alhamdulillah, berjaya juga diharungi walaupun ada drama di hari kedua. Hari ni, Mommy masih hantar dia di waktu pagi. Memang decide nak hantar dia di waktu pagi dan Mommy akan ambil dia selepas habis waktu kelas dia. Hantar balik dan Mommy akan ke pejabat selepas itu. Half day. Minggu depan masih lagi ambil half day sehingga Rabu. Tapi, rasanya... Nak latih dia untuk balik teacher hantar supaya dia biasa teacher hantar bermula hari Isnin atau Selasa nanti, sambil-sambil Mommy perhati dari jauh. Observe bagaimana dia kan?

*2nd Day: Warna pensel dari 12 batang jadi 9 batang… Expected!

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 2nd Day: Drama Hari Kedua!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 6, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. heheh dah tu esok lusa tinggal 2 3 batang color pencil je

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY