ZIKIR FATIMAH Untuk Amalan Isteri & Ibu!

Farah Waheda Wahid
0
ZIKIR FATIMAH UNTUK AMALAN ISTERI DAN IBU

Kalau nak ikut-ikutkan, vitamin sat ni ke apa jenis vitamin semua dah dikonsumsi… Nak kata tak cuba cukupkan tidur, sedaya upaya curi masa untuk tidur… Namun, tetap juga rasa seperti seolah-olah tubuh badan tidak bermaya, lesu dan terasa lelah dengan kerja-kerja seharian yang tidak pernah ada akhirnya… Walaupun badan kurang bermaya, rasa letih yang tidak berkesudahan Sick smile namun tetap digagahkan diri untuk menempuh hari-hari berbakti kepada insan-insan tersayang. Bukannya tidak sayangkan diri sendiri, bukannya tidak sayangkan tubuh badan… Akan tetapi memikirkan itu adalah satu amanah, satu tanggungjawab dan insan-insan tersayang ini amat memerlukan atau mendambakan peranan kita sebagai isteri dan juga ibu. Smile. Yang pertama kali melalui pengalaman sebagai ibu juga walaupun anak baru sahaja seorang tidak kurangnya. Ada masa-masa bila terasa asyik juggling sana sini sinun boleh terasa lemah dan letih juga. Itu Farah tidak nafikan… Se-bionic mana pun wanita itu menggelar dirinya untuk menyedapkan hati sendiri…Ha ha ha… Se-supermom mana pun wanita itu memberitahu umum namun pasti akan terasa keletihan pada diri bila tubuh badan sudah tidak termampu untuk menampung lelah.

Wanita yang bergelar ibu dan bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat yang tidak pernah habis. Menguruskan suami, anak-anak, rumah tangga, tugas di pejabat bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Sebagai manusia biasa tentu sahaja akan berasa penat dan lelah. Selain mengeluh, mungkin ada wanita yang akan memperuntukkan masa untuk diri sendiri yang dikenali sebagai Me Time bagi menghilangkan stres dan juga keletihan yang dialami dengan memanjakan diri di spa, pergi berurut, bercuti atau keluar bersiar-siar bersama sesiapa sahaja termasuk suami sendiri. Hakikatnya kannn? tanpa kita sedari sebenarnya di dalam Islam telah ada penawar segala kepenatan ini sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Dulu Farah maklum tentang perkara ini, tapi entah bagaimana boleh terlupa langsung-langsung dan terlupa terus akan perkara yang satu ini yang pernah diajarkan oleh bapa saudara Farah sewaktu Farah berada di bangku persekolahan iaitu sewaktu Farah di Sekolah Menengah. Demi Allah, sungguh-sungguh Farah terlupa dan tidak teringat kan tips yang diajarkan beliau sehinggalah Farah terbaca artikel yang disiarkan di SINI .

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah r.a. mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan. Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya Baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah r.a. Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu, Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah SAW meminta mereka tetap di tempat pembaringan. Kemudian baginda bersabda:

Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu. (HR Muslim. no: 4906)


Jadi kepada ibu-ibu yang kepenatan bolehlah kita bersama-sama cuba untuk amalkan ajaran Rasulullah SAW ini untuk membaca Zikir dan Tasbih Fatimah sambil berbaring atau menyusukan bayi. Selain dapat beroleh ketenangan kita boleh dapat pahala juga kannn? Smile. Dalam masa yang sama, sentiasalah kita menanamkan dalam hati supaya ikhlas dan redha melakukan segala tanggungjawab sebagai isteri dan ibu supaya tidak terasa satu bebanan yang memenatkna. In Shaa Allah. Semoga kita yang bergelar isteri dan ibu-ibu ini, sama-sama dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT. In Shaa Allah… Amin…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !