Tercari-cari Susu Formula Dengan Harga PALING MURAH? Jom Ke KK SUPER MART!

Farah Waheda Wahid
2
TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART!

Crying face Huwaaa…NoteHendak kutangisss… Tiada berair mata… Oooppsss… ternyanyi pula ya? Tapi bersesuaianlah sangat dengan situasi yang berlaku pada masa kini yang ingin Farah kongsikan dengan anda semua. Kenapa? Kisahnya… tentang kehidupan yang sangat-sangat-sangat mencabar di zaman barang semuanya mahal dan di zaman nilai Ringgit Malaysia yang semakin hari semakin menyusut seadanya.

Terasa tak?  Pagi keluarkan RM 150.00 dari mesin ATM untuk kegunaan perbelanjaan harian, selepas itu, bila waktu tengah hari dah tinggal beberapa puluh RM sahaja di dalam poket? Berpeluh dingin dibuatnya! Open-mouthed smile Ha ha ha… Lebih parah lagi, apabila tiba-tiba stok bekalan susu formula anak habis! Dalam poket tinggal cukup-cukup jer ni! Esok nak pergi kerja, nak belanja juga lagi! Macam mana nak buat? Cukup ke? Nak beli susu formula untuk anak? Cukup tak cukup, kena cukupkan juga ya tak? Masa tu pandai-pandailah nak hidup macam mana… Muahahaha… Open-mouthed smile … Masa tu jugalah rasa semua serba tak kena dan rasa macam pening sangat kepala ni oiii… Pernah hadapi situasi sebegini?

Susu formula tu memanglah melambak-lambak di mana-mana kedai pun… Ada saiz kecil, ada saiz besar, ada yang MURAH, ada yang mahal melampau… Tapi persoalannya, bagaimana kita boleh berbelanja dengan seminima mungkin supaya masih ada baki duit belanja lagi untuk kita pada keesokan harinya? Kalau boleh takkanlah hari-hari-hari nak pergi ke mesin ATM nak cucuk kad dan keluarkan duit? Kalau duit dalam bank tu berkepok-kepok banyaknya yang ada tak apa. Ini kalau yang hado pun nyawa-nyawa ikan? Macam mana tu? Memang tak ada pilihan lain selain kena berjimat sehabis yang bolehlah jawabnya.

Yang belum bergelar ibu bapa, yang belum berpengalaman melalui perjalanan kehidupan sebagai ibu bapa, mungkin tak pernah merasa semua situasi dan juga keadaan sebegini. Bila rasa nanti taulah… Masa tu baru faham bagaimana perasaan ibu bapa yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini dan masa tu baru tahu keadaan sebenar di sebalik kehidupan insan yang bergelar ibu bapa.

Situasi yang Farah kongsikan di dalam entri ini bukan sesuatu yang baru dalam kehidupan Farah sebagai seorang ibu. Memang Farah tak nafikan berlakunya keadaan sebegini sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu. Ada masa-masa tu rasa macam nak menjerit kuat-kuat dan menangis sepuas-puasnya. Tapi… bila difikir-fikirkan balik kan? Untuk apa? Bukannya beri sebarang penyelesaian pun… Sebaliknya adalah lebih baik mencari jalan penyelesaian yang lebih membantu. Nak nak lagi, bila secara tiba-tiba susu formula anak habis, masa tu lah macam-macam perkara yang tidak dijangka berlaku. Phewww… Mencabar kan? Tak pun… bila tengah-tengah bulan! Memang sesak dada dibuatnya oiii! Sick smile

Macam insiden Sabtu yang lepas, Farah memang tak sedar yang susu formula Iman Firash dah hampir kehabisan. Pagi tu bila nak bancuh susu Iman Firash, tengok-tengok memang tinggal untuk satu bancuhan yang terakhir sahaja! Hurmmm… Tak ada lain, memang kena pergi dapatkan bekalan stok susu formula Iman Firash. Ini yang nak cerita ni…

Mula-mula, kami anak beranak pergi ke 99 Speedmart yang berdekatan dengan kawasan taman perumahan kami. Tapi… bila Farah tengok harga S26 LANGKAH 3 bernilai RM33.25, hati macam berkata-kata, cuba tengok tempat lain dulu? Kebetulan berdekatan dengan 99 Speedmart tu ada KK SUPER MART. Tesco pun dekat juga, tapi tak perlu kot nak ke Tesco sebabnya hari tu kawan Farah ada beritahu yang dia beli S26 LANGKAH 3 di Tesco, harganya RM35.19. Lagilah mahal kan?

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 2

Bab-bab membanding-banding harga ni, bukanlah satu perkara baru bagi ibu bapa ya tak? Sesiapa sahaja yang bergelar ibu bapa, pasti ada tabiat banding-membanding harga. Bha ha ha…Bukannya apa…Buat apa nak bayar mahal-mahal dan berbelanja lebih ya tak? Jadi rasanya tak salah jika sebagai ibu bapa yang ingin meminimakan perbelanjaan Farah cuba untuk melihat harga yang ditawarkan oleh KK SUPER MART.

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 3

Alaaa… bukan jauh mana pun… Nak jalan kaki boleh, nak pandu kereta pun boleh… Tapi kami berdua beranak gigih berjalan kaki. Saja… Ahaksss… Open-mouthed smile … Bagi Iman Firash jalan-jalan jauh sikit dan cuci-cuci mata. Bagi Mommy dia bersenam pun ya! Bakar lemak-lemak yang ada…Winking smile

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 4

Keputusan Farah untuk hold membeli susu formula Iman Firash dari 99 Speedmart tadi seakan tepat! I’m glad! Ha ha ha… Open-mouthed smile. Nak tau sebab apa? Kalaulah Farah terus jer beli tanpa membandingkan harga di antara satu tempat dengan satu tempat yang lain…Memang rugilah Farah…Harga susu formula S26 LANGKAH 3 di KK SUPER MART jauh LEBIH MURAH!

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 5

Tadaaa… Harga S26 LANGKAH 3 di KK SUPER MART HANYA RM 32.90 SAHAJA! Perbezaan harga sebanyak RM0.35. Mungkin ada orang berpendapat… Alaaa…setakat RM 0.35 sahaja… Apalah sangat kan? Memang pada sesetengah orang RM0.35 itu adalah kecil. Akan tetapi, yang kecil inilah boleh menjadi besar kan? Sekotak memang nilai perbezaan harganya cuma RM0.35 tetapi kalau stok susu formula yang dibeli adalah beberapa kotak, sebenarnya secara tidak langsung langkah penjimatan sebanyak beberapa RM dapat dilaksanakan. Sekotak penjimatan sebanyak RM0.35, kalau 4 kotak? Penjimatan sebanyak RM1.40 dapat terlaksana. Kena setahun? Sebanyak RM16.80 dapat dijimatkan. Walaupun RM16.80 tetapi sebenarnya ia tetap bernilai kan? Mungkin dapat jimat dari sudut ni dan wang tersebut dapat disalurkan untuk perbelanjaan yang lain.

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 6

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 7

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 8

Tanpa fikir panjang, Farah terus ambil keputusan untuk beli susu formula Iman Firash di KK SUPER MART. Untuk pengetahuan anda, merata dah Farah survey harga susu formula Iman Firash, akan tetapi yang PALING MURAH, PALING RENDAH harga jualan susu formula adalah tetap di KK SUPER MART.

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 9

TERCARI-CARI SUSU FORMULA DENGAN HARGA PALING MURAH_JOM KE KK SUPER MART! 10

Mungkin ada yang tertanya-tanya, banyak ke cawangan KK SUPER MART? Sebab mungkin ada di antara anda yang tak terperasan kot selama kini? Lalu-lalang, lalu-lalang hari-hari tapi tak perasan yang sebenarnya KK SUPER MART ada jer terselit di celah-celah kedai-kedai kan? Ok, kalau nak tau di manakah cawangan-cawang KK SUPER MART di Malaysia ni, anda boleh rujuk ke:



LAMAN INSTAGRAM KK SUPER MART


KK Super Mart Banner

Owhhh ya… sebelum Farah terlupa, lagi satu yang Farah suka mengenai KK SUPER MART adalah KK SUPER MART adalah dibuka selama 24 JAM SEHARI yang mana…kalau-kalaulah, kecemasan tengah-tengah malam…susu anak habis tengah malam kan? Adalah juga arah tuju nak dapatkan bekalan susu formula anak dari KK SUPER MART yang BEROPERASI SELAMA 24 JAM SEHARI tu… Kalau tak? Mana nak cekau? Tak ke kes naya kan? Betul tak?

*Jom sama-sama kita belajar-belajar berbelanja secara bijak dan berhemah di zaman harga barangan serba-serbi mahal dan di zaman nilai Ringgit Malaysia yang semakin menyusut kini. Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kalau dah ada kedai yang lagi murah farah...haruslah selalu datang ke situ kan..dah tak payah nak pening kepala cari tempat lain...xdelah bersesak sangat

    ReplyDelete
  2. Sha pun sama macam sis.. Suka bandingkan harga terlebih dahulu..
    Bukan apa.. walaupun 10sen kalau dikumpul banyak jadinya..
    Sama juga dengan membeli barang keperluan lain..
    Semuanya harus dibandingkan.. hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !