Rugi Kalau Tak Amalkan DOA-DOA Ini Untuk ANAK!

Farah Waheda Wahid
1
Rugi Kalau Tak Amalkan DOA-DOA Ini Untuk ANAK!

Tugas serta tanggungjawab ibu bapa, bukan hanya terbatas kepada memberikan sokongan, dorongan, bantuan serta galakan kepada anak-anak di dalam perkembangan pendidikan serta kehidupan anak-anak. Akan tetapi, doa daripada ibu bapa juga adalah amat penting untuk anak-anak. Ibu bapa perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dan ibu bapa tidak boleh berasa lemah atau berputus asa mendoakan yang lebih baik untuk anak. Sungguhpun menghadapi kesukaran dan kesedihan, janganlah kita sebagai ibu bapa meletakkan diri sebagai ibu bapa yang lemah untuk terus berdoa demi kebaikan anak-anak. Doa ibu bapa itu kan penuh dengan pengharapan? Khususnya doa seorang ibu kan? Doa seorang ibu itu adalah dengan kesempurnaan dan kehebatan kasih sayang yang terdapat pada dirinya. Bayangkan jika kasih sayang yang sepatutnya ada pada seorang ibu itu hilang? Maka anak akan dipukul, syariat Islam tidak dididik dengan sempurna dan akhirnya anak-anak terbiar dengan kehidupan tanpa bimbingan yang betul. Ibu bapa yang kasih dan sayang kepada anak sudah pasti tidak mahu melihat anak hidup susah, anak diazab kerana tidak mengenal Allah SWT.

Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran kadangkala sememangnya menguji kesabaran ibu dan bapa. Jangan cepat melenting… Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin. Dalam Islam sendiri kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.

Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan. Macam tulah juga yang harus kita lakukan sebagai ibu dan bapa kepada zuriat sendiri sepertimana yang dikongsikan melalui artikel yang dimuatnaik di SINI:

1. Amalkan membaca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir “Ya Latif” sebanyak 129 kali diikuti Surah As-Syura ayat 19 yang bermaksud: “Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya; Ia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah”. Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al-Imran ayat 200 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” 

4. Banyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
 
6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud: “ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
 
7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
 
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud: “Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud: “ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
 
9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
 
10. Saat anak-anak bergaduh baca surah al-Baqarah, ayat 102, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
 
11.  Anak-anak pandai belajar baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud: “Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.”
 
12.  Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran baca surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud: “Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”
 
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dunia dan akhirat. Jadi, amalkanlah demi kesejahteraan seisi keluarga. Jadikan doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Jom sama-sama lakukan demi kebaikan anak-anak kita semua? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. thanks farah...memang sangat berguna untuk ibubapa di luar sna termasuk akak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !