POP ME A QUESTION! PopDQ Featured Experts?

Farah Waheda Wahid
2
POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts

Pada yang pernah membaca satu entri yang pernah Farah muatnaik-kan pada 5 September 2016 yang bertajuk Ya… ANAK SAYA Memang Seorang! anda pasti teringat akan pesanan si pengirim misteri ataupun Cik Anon yang mengecam Farah kerana menggelarkan diri sebagai seorang parenting blogger.


POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts 2


Farah tak terkesan pun dengan emel yang dihantarkan yang seolah-olah mahukan Farah berhenti ber-niche-kan parenting itu dan Farah tak terkesan dengan emel yang dihantarkan yang seolah-olah mahukan Farah berhenti ber-blog itu. Cuma secara jujurnya, Farah terkesan dengan adab si pengirim emel layang itu. Open-mouthed smile… Ha ha ha, tipulah bila orang sentuh anak awak, awak tak terasa kan? Nak nak lagi itulah intan payung buah hati pengarang jantung yang tunggal! Dan Farah terkesan dengan fakta yang cuba disampaikan, bahawasanya sepertimana yang pernah Farah nyatakan dahulu di dalam entri yang berkenaan…

Sebelum berani-berani nak menobatkan diri sendiri sebagai Parenting Blogger sila cermin diri sendiri di hadapan cermin dan fikirkan sama ada anda layak untuk menobatkan diri sebagai Parenting Blogger! Salah satu kriteria utama... ANAK YANG DILAHIRKAN WAJIB LEBIH DARI SEORANG! Kalau  seketul tu jer JANGAN CUBA-CUBA, JANGAN BERANGAN, JANGAN ADA HATI, JANGAN PERASAN, JANGAN SYOK SENDIRI, JANGAN RASA DIRI LAYAK SANGAT nak letakkan diri sebagai Parenting Blogger!
 
Farah tak lupa! Sekalipun Farah tak lupa pengalaman ber-blog yang banyak mengajar Farah ini. Farah belajar bahawasanya kehidupan ini sememangnya adalah zaman di mana manusia suka label-melabelkan manusia yang lain mengikut apa yang mereka hendak dan apa yang mereka rasa. Zaman sekarang zaman melabel. Zaman sekarang zaman menilai kehidupan serta keadaan manusia lain. Akhir zaman kan? Macam-macam jenis perangai dan sikap manusia yang timbul. Akan tetapi? Farah tidak ambil pusing apa yang disampaikan oleh si pengirim emel misteri tersebut sehingga membuatkan Farah merasa depressed dan tidak bersemangat untuk meneruskan minat Farah di dalam bidang penulisan secara separuh masa ini. Jujur Farah nak sampaikan kepada si pengirim e-mel misteri tersebut… Terima kasih awak! Kerana awak telah membakar semangat saya untuk teruskan minat saya di dalam penulisan dan terima kasih kerana awak telah membakar semangat saya untuk teruskan perjalanan saya sebagai seorang blogger.
 
Bukanlah niat di hati untuk berbangga ataupun menunjuk-nunjuk, Farah sendiri sebenarnya masih di dalam proses pembelajaran, dan Farah sendiri sebenarnya masih banyak perkara lagi yang Farah tidak ketahui dan perlu Farah cari ilmunya. Cumanya, walaupun ada pihak yang cuba membuatkan Farah merasa down ataupun depressed. Masih ada pihak yang sudi menyokong perjalanan Farah sebagai seorang blogger yang ber-niche-kan parenting dan serba sedikit mengenai lifestyle. Iman Firash adalah sebagai pembakar semangat… sokongan suami, sokongan ibu bapa, semuanya menjadi penguat. Dannn…. terima kasih kepada pihak PopDQ yang sudi menghulurkan sokongan mereka dan memberikan Farah satu suntikan semangat untuk meneruskan minat Farah ini.
 
Owhhh… Bukannya nak bercerita tentang si pengirim emel misteri itu… Ahaksss…Malas nak ingatkan beliau tu sebenarnya, akan tetapi sebenarnya nak bercerita mengenai PopDQ yang asyik tertangguh-tangguh sahaja Farah nak bercerita mengenainya. PopDQ? Apa tu?

 
POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts 3
 

PopDQ adalah merupakan satu aplikasi yang dibangunkan sebagai sebuah platform untuk pertanyaan dan menjawab pertanyaan untuk selebriti, ahli dan juga para profesional. Pop pertanyaan anda! Tentang apa sahaja yang terlintas di kotak pemikiran anda kepada barisan featured experts yang disediakan oleh pihak PopDQ. Untuk pengetahuan anda, PopDQ bukan sekadar platform pertanyaan dan menjawab pertanyaan akan tetapi ianya dapat membantu para pengguna applikasi yang berkenaan untuk menjana pendapatan pasif dalam bentuk tunai secara tidak langsung.
 
Anda ada pertanyaan? (sebarang pertanyaan yang relevan sahaja ya? bukan pertanyaan yang merapu meraban ok? hu hu hu)… Maka ini adalah kesempatan anda untuk meminta sesiapa sahaja di kalangan featured experts termasuk selebriti dan para profesional untuk menjawab pertanyaan anda dengan kadar segera! Anda boleh bertanyakan seberapa banyak soalan yang anda mahu dan mendapatkan seberapa banyak jawapan yang anda perlukan. Anda boleh memilih sama ada untuk meminta ahli panel PopDQ untuk menjawab pertanyaan anda melalui teks ataupun rakaman suara. Semuanya terpulang kepada anda. Anda juga boleh menetapkan harga yang tersendiri untuk menjawab sebarang pertanyaan ataupun tidak menetapkan apa-apa harga. Segalahnya terserah kepada anda.
 
Sebagai satu langkah lagi di dalam perjalanan sebagai seorang blogger yang ber-niche-kan parenting dan juga serba sedikit lifestyle, Farah telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak PopDQ bagi bersama-sama bekerjasama untuk mengerakkan aplikasi ini.

 
POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts 4

Pada masa kini, setiap satu dari bentuk jawapan yang akan Farah jawab di dalam bentuk teks, rakaman audio mahupun video adalah masih secara PERCUMA khusus kepada anda-anda yang diluar sana yang mungkin mempunyai beberapa pertanyaan mengenai keibubapaan, kecantikan, fesyen dan juga gaya hidup. In Shaa Allah, apa-apa sahaja soalan yang relevan dari anda yang Farah rasakan Farah mampu menjawab dan membantu akan Farah cuba sedaya upaya untuk memberikan anda jawapan terbaik yang mungkin anda perlukan. Nak kata pakar sangat tu tidaklah… Akan tetapi In Shaa Allah, berdasarkan pengalaman serta berbekalkan ilmu yang dicedok dari sana sini sinun, Farah happy untuk berkongsi dengan anda. Lebih banyak yang dapat Farah kongsikan, lebih seronok rasanya hati ini kerana dapat sekurang-kurangnya berkongsi apa yang Farah tahu dan apa juga pengalaman Farah untuk kebaikan serta manfaat orang lain.


POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts  5

POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts  6

POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts  7

Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam paparan gambar di atas, ianya adalah beberapa soalan yang telah diajukan kepada Farah dan telahpun Farah jawab dengan seadanya. Smile. Jika anda ingin mengajukan apa-apa persoalan yang relevan, anda boleh sahaja mengajukan pertanyaan sama ada di dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris. Tidak ada salah dan silapnya. Ikut keselesaan anda masing-masing… Dan ikut apa yang anda rasa bersesuaian.


POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts 8

POP ME A QUESTION NOW! - PopDQ Featured Experts 9


Apa yang anda lihat di dalam gambar di atas adalah screenshot mengenai Farah sebagai featured parenting experts atau salah seorang ahli panel bagi aplikasi PopDQ yang telah dikongsikan oleh pihak PopDQ di dalam blog mereka melalui pautan di SINI. Ia adalah satu pencapaian bagi Farah walaupun mungkin tidak seberapa bagi orang lain. Smile. Farah dapat merasakan kepuasannya tetapi tidaklah Farah merasakan Farah bagus ataupun cuba untuk mendabik dada dengan pencapaian ini. Tapi Farah akui, bagi Farah ianya adalah salah satu pencapaian yang terindah dan salah satu pencapaian yang memberikan Farah satu memori yang sangat indah dan manis sepanjang bergelar blogger. Sebenarnya kannn… Send a kiss dalam hati ianya ibarat nak beritahu dengan mereka-mereka yang berada dengan Farah sepanjang perjalanan sebagai blogger separuh masa… Look! Blog ni bukanlah sesuatu yang membuang masa! Bukanlah sesuatu yang sia-sia ataupun sesuatu yang merugikan ataupun merosakkan… Jika kena caranya, In Shaa Allah… pasti ada hasilnya walaupun perjalanan itu penuh dengan liku-liku. Iyalah, tidak semuanya indah, tidak semuanya manis-manis sahaja…Terkadang ada waktu suram, ada waktu cerah, ada waktu gembira, ada waktu duka, ada waktu kita sebagai manusia biasa yang tak lari dari khilaf serta tersilap di dalam mengambil sesuatu langkah. Tapi itu bukanlah pengakhirannya. Setiap hari Farah beritahu diri Farah untuk terus berjalan dan berjalan walaupun sesukar mana pun perjalanan itu. Yang penting usaha…Hidup ini jangan pernah berhenti berusaha. Yang silam, yang silap, perbetulkan…Jika tidak mampu sekaligus, sedikit demi sedikit…In Shaa Allah, pasti ada jalannya.

Sekadar coretan sebagai kenangan untuk Farah dan untuk Farah abadikan di Bubblynotes.Com mengenai apa yang telah dikongsikan di dalam write-up oleh pihak panel PopDQ:

PopDQ offers an array of experts for you to choose from in the category of your interest; be it health, fashion, or even feng shui. This week, we shine the spotlight on one of our Featured Experts.
Introducing PopDQ’s parenting expert, Bubblynotes!
Farah Waheda, better known as Bubblynotes, is a blogger of many trades, with a niche in beauty, fashion, lifestyle, and parenting. Her personality clearly translates in her writing, so expect only “bubbly notes’’ from her whether it’s written in Bahasa Malaysia or English. As a Mommy Blogger of one (a boy) she blogs about all the things mommies love: motherhood, fashion, beauty, food, travel, and more. Her aim in blogging is to share her experiences and tips as a mother to help her readers breeze through parenthood smoothly.
She is hugely influential (+13K followers on Instagram). Her how-to guides are largely backed up with proper research. Ask her just about anything about pregnancy, post-pregnancy, and toddler troubles. When asked about her views on traditional punishment (such as spanking) as a form of discipline, she stands her ground that it is incompatible with current norms, and instead cause more negative impact. She advocates being firm with ground rules, and enforcing “beneficial punishment” (e.g. doing chores) as an alternative approach.
As a modern mom in the modern age, I always believe that the way we educate our children should be different from those days we were brought up.
She offers helpful advice to young first-time couples on baby troubles like nappy rash problems, or how to effectively handle a hyperactive toddler on a day out. She not only addresses the why, but also the how.
And that’s not all! She’s not only well-versed in the parenting department, but also knows a few tips and tricks in beauty and fashion. Pop her a question about how to style yourself after pregnancy, and she could go on and on about how to look young and beautiful again! She knows her stuff, clearly. She has done the countless reviews on products for children, food, beauty and et cetera, on her blog.
There are some who relate ‘pregnancy glow’ to the sex of the baby in the womb. But those are just words; what matters is you and how you carry yourself.
Start popping your questions to Bubblynotes on PopDQ today!
 
Sekali lagi tolonglah jangan tersalah anggap, ini adalah sekadar perkongsian pencapaian Farah dan tidak lebih dari itu. Jauh sekali ingin mendabik dada. Farah ni bukannya blogger terkenal mahupun blogger yang mempunyai ratusan ribu pengikut… Farah sekadar blogger picisan yang belajar dan terus menulis demi minat dan niat untuk berkongsi dengan semua. Masih banyak lagi kekurangan pada diri Farah… Pada Farah kita semua sama-sama belajar… Cumanya, dalam kehidupan…ada masanya kita akan tersenyum melihat sejauh mana minat itu telah membawa kita… Walaupun tidaklah segah mana dan Farah pun bukannya hendak bermegah…tetapi pada Farah ini adalah sesuatu yang bermakna buat diri Farah.
 




PopDQ adalah aplikasi yang telah dibangunkan untuk pengguna Android melalui Google Play melalui pautan INI dan juga bagi pengguna iOS melalui Apps Store melalui pautan INI.

*Bukan tujuan mendabik dada, sekadar coretan kenangan perjalanan untuk dikenang pada masa akan datang. Sekali lagi Farah tegaskan… sekelumit pun tak ada niat nak mendabik dada atau mengatakan yang Farah bagus, akan tetapi sekadar untuk berkongsi kegembiraan sahaja.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. haa puas hati.. mudah je ada application mcm ni..:)

    ReplyDelete
  2. Kalau nak tunggu anak ramai baru nak share pasal parenting, macam tak boleh terima je .😅

    Kita patut jadi masayarakat yang banyak menulis dan berkongsi pengalaman.

    Biarpun sedikit ilmu yang dikongsi, asalkan berkat pun dah mencukupi 😄

    Kes ini sama macam anggalan, asalkan belajar jadi chef mesti pandai masak. Asalkan cikgu mesti pandai mengajar. 😃

    Sedangkan pengalama. Hidup lebih diyakini daripada teori yang kita baca di dalam buku tanpa amalan

    🎉🎇 Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan 🎑🎁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !