Persiapan Tadika? Selesai Sudah Satu Bahagian!

Farah Waheda Wahid
4
PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN

Amboiii… amboiii… amboiii….bukan main lagi kannn? Winking smile  Setakat persiapan nak ke tadika jer pun… bukannya persiapan nak masuk ke Sekolah Rendah (Darjah 1) segala bagai… Itu pun nak juga menyelit bercerita tentang persiapan anak nak ke sekolah… Tak apalah kannn? Sekadar nak berkongsi kepelbagaian rasa pengalaman pertama seorang ibu dengan seorang anak apabila pertama kali anaknya bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan tadika. Walaupun tadika bukannya Sekolah Rendah (Darjah 1) – Sekolah Rendah nanti, lainlah pula ceritanya ya tak? Tetap namanya sekolah juga kan? Dalam hati ni…Dalam hati ni haaa… macam-macam rasa ada dah ni… Teruja, gembira, seronok, risau, bimbang, terkenang-kenang, terbayang-bayang… Semua adalah bercampur-baur… Phewww… Relaks Mommy relaks… Belajar untuk bertenang dan melepaskan… Muahahaha… Janganlah menggelabah sangat Mommy oiii! Mommy-nya punnn kannn? Smile with tongue out

17 Disember 2016… Alhamdulillah… Satu bahagian lagi sudah selesai… Tak adalah teruk sangat pun persiapan untuk Iman Firash ke tadika… Tidak seperti macam ibu bapa yang buat persiapan untuk anak-anak masuk ke Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, sebab bezanya bila masuk ke tadika, tidak perlu nak membeli pakaian seragam sekolah di pusat-pusat membeli-belah, tidak perlu membeli buku di kedai buku sekolah atau kedai-kedai buku di luar, tidak perlu membeli kasut sekolah di kedai kasut dan segala bagai… Semuanya all-in  di dalam yuran pendaftaran yang telah atau akan dibayar. Pakaian seragam dan kelengkapan tadika semuanya disediakan oleh pihak tadika. Tugas ibu bapa, cuma datang ambil jer… Kannn? Kalau mim alif lam alif sin juga, tak taulah nak cakap kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Semua dah dilakukan untuk ibu bapa…tinggal nak langsaikan yuran pendaftaran yang telah ditetapkan dan ambil jer kelengkapan ke tadika yang telah disediakan… Begitulah halnya dengan persiapan Iman Firash nak ke tadika bermula 4 Januari 2017 nanti ni… Selesai sudah collection pakaian seragam dan juga beberapa keperluan lain hari ini…

Jom? Farah nak kongsi… Apa ajer yang Iman Firash dapat hari ni dari pihak tadika?

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 2

4 pasang pakaian seragam tadika. Winking smile. Senang kan? 4 pasang sekali jalan… Hari Ahad, gosok sekali keempat-empat pasang untuk dipakai pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Kemudian Khamis gosok kembali pakaian seragam yang telah dicuci bersih sebanyak 3 pasang untuk dipakai pada hari Jumaat dan boleh jadi stok untuk Isnin dan Selasa minggu hadapan. Kalau 4 hari pakai pakaian seragam dan sehari lagi perlu pakai pakaian sukan… Perghhh…Memang senyum lebarlah Mommy… Seminggu sekali jer menggosok pakaian sekolah dia… Muahahaha… Smile with tongue out… Jadi Mommy yang juggling dan sentiasa banyak benda nak difikirkan, diselesaikan, dikejar dan dilakukan ni, memang kena fikir lebih sedikit untuk memudahkan perjalanan urusan seharian kehidupan diri sendiri dan anak. Bila dah siap-siap gosok semua… Memang tak perlu nak fikir lagi dah tentang pakaian anak yang tak bergosok lagi… Macam tulah perkiraannya dan perancangannya…

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 3

2 unit kopiah rasmi tadika yang perlu dipakai bersama pakaian seragam. 1 kopiah pakai selama 2 hari berturut-turut selepas tu boleh dibasuh. Jadi tak adalah kotor ataupun berbau peluh sangat kan? Walaupun peluh kanak-kanak tak adalah sehebat bau peluh orang dewasa. He he he… Open-mouthed smile… Gurau-gurau…Jangan marah ok? Bagi Farah, walaupun baru memasuki alam tadika di usia 3 tahun 2 bulan (ikut kiraan bulan) tetapi 4 tahun jika ikut kiraan tahun, amalan menjaga presentation diri agar tampil kemas dan juga kebersihan tetap perlu dididik sedari awal kan? Jadi kenalah biasakan dia dengan rutin kebersihan pakaian dan kekemasan diri sedari awal permulaan dia memasuki alam persekolahan ini. Lagipun, si anak bujang ni, memang dari kecil pun, sejak pandai demand… pakaian dia walaupun pakaian rumah mesti bergosok. Kalau tak gosok tak nak pakai dia…Menangis-nangis tak nak pakai… Eye rolling smile… (elehhh…nak cakap banyak pula…Mommy yang ajar lepas tu nak bising kannn? ha ha ha).

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 4

Sepasang pakaian sukan untuk aktiviti lah ni kan? Baju t-shirt tu Farah tak buka lagi. Tapi seluar tu Farah dah buka. Panjang dan besar. Memang kena cari track-suit lain yang sebegini ni… Baju tu pun Farah jangka pasti besar macam baju pinjam tu…Ha ha ha… Open-mouthed smile… Macam nak kena cari baju t-shirt putih dari luar jer ni? Al-maklumlah anak kita ni memang kecil molek orangnya wak! Makanya, memang tak dapat nak cakap apalah kan? Saiz S adalah saiz yang paling kecil untuk kanak-kanak lelaki. Kalau kanak-kanak perempuan ada juga saiz XS-nya. Hu hu hu… Kenalah cari alternatif yang lain gittew…

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 5

1 unit beg sekolah, yang mana dah tentu-tentu pada alam realitinya beg sekolah ni kannn…ha ha ha…sangat-sangat besar untuk tuan yang berbadan kecil molek… Memang kalau Iman Firash bawa macam kartun rupanya nanti… Besar beg dari tuan… Jadi kita simpan beg sekolah ini dahulu untuk masa yang lebih bersesuaian bila ia dah jadi padan dengan saiz badan Iman Firash nanti. He he he… Dan Mommy memang menjangkakan yang Iman Firash akan bawa beg sekolah Thomas & Friends yang dia ada dua unit di rumah. Satu tu Babah dia belikan. Memang dia akan rotate di antara kedua-dua tu nantilah tu… Nak isi apa jer? Isi bantal “papam” dia ke? Isi cat dia ke? Ha ha ha… Yang pastinya isi lampin pakai buang dia memang wajib tu! Buku? Manalah isi buku dalam beg… Konsep tadika Iman Firash adalah semua buku-buku adalah ditinggalkan di sekolah. Tidak dibawa balik. Mungkin tambahan dalam beg tu adalah alat tulis dan pensil warna kot?

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 6

7 unit tag nama bersulam yang boleh dijahit atau ditampal pada pakaian seragam, pakaian sukan dan kopiah dia. Ini bakal menjadi tugas Mommy-lah ni kannn? Kenalah buka kotak jahitan dan menjahit tag nama Iman Firash ni. Lama juga tak jahit-menjahit ni. Lagipun, Mommy bukan jenis yang berseni sangat nak jahit-menjahit ni. Tapi bolehlahhh…. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Nantikan hasil jahitan tangan Mommy Firash nanti ya? Kita lihat bagaimana rupa gayanya jahitan Mommy Firash… Winking smile wink wink…

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 7

Tag dan lanyard yang perlu dipakaikan pada Iman Firash. Ini Mommy nak kena bawa dia pergi ambil gambar passport ni… Ok, remark siap-siap sebagai reminder dalam telefon. Bukan apa… Mommy dia ni kadang-kadang boleh jadi pelupa… Hu hu hu…

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 11

Sebuah buku mewarna dan juga satu set pensil warna 12 batang yang turut diselitkan di dalam pek yang diberikan oleh pihak tadika tadi. Hurmmm… dapat dekat dia memang habislah kannn? Tapi rasanya cikgu dia mungkin tak kisah kot kalau Iman Firash dah warna dulu sebab pada Farah ini adalah mungkin sebagai token or gift untuk Iman Firash. Nanti sekolah bawa jerlah ya Iman Firash pensil warna ni. Hu hu hu… Itulah yang telah tersedia dan diambil dari tadika Iman Firash pada hari ini…

Cumanya… ha ha ha… bila dah ambil pakaian seragam kenalah catwalk sedikit kan? Winking smile Sebab Mommy nak tengok kesesuaian saiz baju dengan saiz badan anak sendiri ni ha… Kecil molek katakan… Diulangi lagi untuk kesekian kalinya… Kecil molek… Macam Farah nyatakan di atas tadi… Walaupun itu adalah saiz paling kecil tetap ianya besar kepada Iman Firash… Jeng jeng jeng…. Jom lihat Iman Firash menggayakan pakaian seragam tadika dia…

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 8

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 9

PERSIAPAN TADIKA_SELESAI SUDAH SATU BAHAGIAN 10

Baju tu mungkin tak boleh nak buat apa dah, dah kira oklah tu kot pada dia… Kurang-kurang umur 5 dan 6 tahun nanti kalau baju tu masih ok kondisinya, masih boleh dipakai lagi. Tak perlu nak bazir duit beli pakaian seragam baru banyak-banyak kan? Ikut macam Mommy masa sekolah dulu ya Firash? Selagi baju sekolah muat lagi pada badan dan selagi kelihatan seperti baru, kita belasah jer sampai betul-betul lunyai. Lepas tu baru kita ganti baru. Belajar dari kecil tau? Tapiii… Seluar tu nampak gayanya perlu dipotong sedikit dan dilipat serta dijahit… Kena potong sedikit jer… Tak boleh potong banyak-banyak… At least labuhkan sedikit untuk dilipat dan supaya lipatan tu boleh dibuka bila dia meninggi nanti… Cumanya, nampak gayanya terpaksa jahit tangan jer lah ni oiiii… Mesin jahit kat rumah dah lama rosak dah! Apa pun tak boleh… Nak baiki belum cukup bajet lagi… Ha ha ha, apatah lagi nak ganti baru kan? Tak pun, kalau tak sempat Mommy nak mengerjakan kenalah hantar ke kedai untuk alter seluar Iman Firash nanti… Tengoklah macam mana nanti…

*Nenek dia asyik dok ulang… Macam tak percaya jer Iman Firash nak sekolah dah… Ha ha ha… Nenek mula terasa sedih lettew… Alaaa, nenek jangan sedih-sedih, Iman Firash pergi school setengah hari jer… Lepas tu Iman Firash balik temankan nenek ya? Nanti teacher hantar Firash balik rumah…

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. comelnya.. rindu zaman tadika dulu2 :')

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Itulah yang Sha lakukan bila anak Sha masuk sekolah tadika.. Beli pakaian seragam sekolah ngam2 pakai seminggu.. kebetulan kena beli 4 je sebab satu hari dia kena pakai pakaian sukan.. gosok seminggu sekali je Farah.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Wah. Bersemangat la mommy ash.
    Memang excited la farah.
    Aida lom abis ready kan semua utk anak2 bertiga ni.
    Esok nak urus kan buku2 skola kakak2.
    Ikat 24hb nanti...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..hihihi comel je ash..

    cik kembar kite pun dh dpt...mcm ash jugak, nak kena potong kaki seluar tu..hihiih.

    yuran je blum abis byr...berpeluh jap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !