Perkara Biasa Yang Dihadapi Oleh Ibu Bapa!

Farah Waheda Wahid
0
PERKARA BIASA YANG DIHADAPI OLEH IBU BAPA!

Yang bakal jadi ibu bapa tu, kena ambil tahu tentang perkara-perkara yang Farah nak kongsikan di dalam entri pada kali ini… Open-mouthed smile… muahahaha… Yang sudahpun menjadi ibu dan juga bapa yang belum pernah sekalipun berhadapan dengan perkara yang bakal Farah kongsikan ini, rasanya tak salah untuk ambil tahu juga… Winking smile he he he…sebab tidak mustahil one of these days ianya akan terjadi di hadapan mata anda… Sememangnya pengalaman kita semua sebagai ibu bapa adalah unik dan berbeza…Tidak monotonous semuanya akan mengalami perkara yang sama… Tidak sama tetapi hampir serupa! Perjalanan tidak sama tetapi kisah-kisah gelagat anak pasti ada yang hampir serupa… Kannn? Bila Farah beritahu ni, sekurang-kurangnya tak adalah anda yang belum melalui pengalaman sebegini rasa macam ya ampun sangat… Wakakaka…

Anak-anak yang sedang giat berekplorasi memang macam-macam ceritanya. Ada yang boleh menguji tahap kesabaran dan memohon kita mengucap banyak=banyak demi menahan amarah ataupun rasa geram Angry smile… Ada yang boleh membuatkan kita ketawa besar Open-mouthed smile kerana merasakan ianya terlalu lucu serta menghiburkan kita…ada yang boleh membuatkan kita rasa seperti nak menangis! Crying face … Memang penuh warna kehidupan sebagai ibu bapa ni… Macam-macam kisah boleh terjadi…

Perkara yang sering Farah terlihat lalu di timeline Facebook Farah adalah apabila anak-anak kecil suka sangat bermain dengan bedak! Habis ditaburnya bedak ke lantai – ini memang boleh menimbulkan rasa risau di hati kita sebagai ibu ataupun bapa… Sebab…Kalau bedak tu ditaburkan ke atas lantai, dah tentu-tentu licin… Ada ibu bapa naik angin atau marah bukan kerana bedak yang habis begitu sahaja… Akan tetapi risaukan keselamatan anak sekiranya tergelicik akibat taburan bedak yang menjadikan lantai licin. Yang boleh membuatkan ibu bapa ketawa besar pula, adalah mungkin apabila si anak berlumuran dengan bedak ibarat tepung gomak ataupun Raja Kapur di dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Macam tepung gomak muka kau! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Bahagian bermain bedak ni, tak terkena pada Farah lagi setakat pada hari ini… Akan tetapi… apa yang telah terjadi pada Farah adalah sepertimana paparan video di bawah…




Crying face huwaaa… kalau macam nilah keadaannya setiap minggu, memang tauke kilang sabun pun boleh bungkus tau tak? Suka sangat main botol sabun… Bukan tak pernah gunakan trik dengan menyimpan botol sabun yang telah dikosongkan sebelum ini untuk tujuan bermain botol sabun sepertimana paparan video di atas. Pernah jer cuba… Macam acah-acah atau olok-olok itu adalah merupakan botol sabun yang sedia ada atau baru… Sajalah letakkan sedikit sabun dalam tu supaya tak ketara sangat itu botol sabun yang dikitar semula setelah dikosongkan oleh dia sendiri… Uhuksss… tapi tulah, akalnya panjang… Macam tau jer itu botol sabun yang pernah dia kosongkan… Nak juga minta botol sabun baru yang diletakkan bagi menggantikan botol kosong yang telah dikosongkan dengan jayanya oleh dia… Macam tau-tau ajer… Crying face

Walaupun botol sabun itu adalah merupakan botol sabun jenis pam… Dia tau! Bukan sekadar pam…tetapi boleh dipusingkan penutupnya juga untuk dibuka… Tak perlulah nak fikir yang dia tak tau Mommy oiii! Cumanya kannn… Winking smile trik yang Farah lakukan bila dia merengek minta Farah membuka botol sabun yang berkaitan… Ha ha ha… Berlakonlah Mommy dia ni agak kelihatan seolah-olah penutup botol sabun itu adalah sangat ketat dan tidak boleh dibuka langsung… Bermain secara psikologi namanya ni… Terpaksalah kan? Berlakon demi nak menyelamatkan sabun mandi oiiii… Kesian dengan sabun mandi tu, bukan tuan empunya pakai untuk kegunaan harian tetapi sebaliknya digunakan sebagai medium untuk menghasilkan buih di dalam baldi atau besen dan juga sebagai eksprimen mini fountain yang dapat anda lihat pada paparan video di bawah….

Kenapa tak letak di tempat yang tinggi yang tidak dapat dicapai oleh Iman Firash… Mata dia tajam! Letak setinggi mana pun tempatnya…. Mata tu macam mata helang! Liar jer mencari di manakah letaknya botol sabun… Walaupun terletak di tempat yang tinggi, dia tetap akan merengek suruh ambilkan dia botol sabun yang berkenaan… Phewww…Pengsan! Rugi Mommy nak oiii… elok-elok sabun mandi atau syampu boleh tahan selama sebulan atau sebulan lebih… Bila dapat jer ke tangan anak… Dengan petik jari sekali dan sekelip mata jer dah boleh habis macam tu ajer!

Jadi pada yang bakal-bakal bergelar ibu bapa tu, atau yang belum pernah mengalami, sekiranya perkara sebegini terjadi tak perlu terkejut sangat tau? Kalau anda membaca entri ini secara keseluruhannya dan apa yang Farah kongsikan serta sampaikan, anda akan tahu yang ini adalah situasi normal yang berlaku.

Apakah cara yang paling mudah untuk elakkan atau kurangkan pembaziran yang berterusan dari berlaku? Hurmmm … Sarcastic smile… mungkinlah, mungkin, kalau dah terdesak…Demi nak jimatkan sabun mandi terpaksa beli toileteries container untuk tidak mendedahkan anak, nahhh ini ada sebotol  besar sabun baru untuk pesta buih dalam bilik air… Ihikss… Kannn? Masukkan dalam toileteries container sedikit dan kemudiannya sorok botol sabun yang asal. Mungkin bukan cara yang terbaik, akan tetapi mungkin juga akan berhasil yer tak? Sekurang-kurangnya tak adalah rasa ralat sangat jika sabun yang telah dimasukkan ke dalam toileteris container tu habis ditontong oleh anak bujang Farah ni… Toileteries container ni memang ada dan banyak dijual di farmasi-farmasi di Malaysia…

Masuk minggu ni… Dah 2 botol selamat dikosongkan oleh Iman Firash… Aduyaiii…apasal Mommy tiba-tiba rasa pitam nih? Wakakaka… Open-mouthed smile… anak bujang kita dah pandai main sabun dan botol sabun wak…. Apa nak buat? Redha ajerlah… Tapi dalam masa yang sama kena didik dia ni supaya jangan lakukan pembaziran seumpama itu… dan bawa sehingga satu tempoh masa yang panjang… Kena fahamkan dia juga ni, pembaziran itu adalah amalan syaitan dan dia tidak sepatutnya membazirkan sabun sebegitu sahaja.

Buat masa sekarang… memanglah dia masih belum memahami tapi rasanya dah boleh dah mula secara perlahan-lahan untuk fahamkan dia erti pembaziran… Firashhh…Mommy tak ambil jer sabun mandi berbotol-botol dari kedai macam tu tau… Kena bayar nak, kena bayar… Agagaga… Rolling on the floor laughing

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !