My Review On CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus… It’s PERFECT!

Farah Waheda Wahid
0
MY REVIEW ON CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS


Ingin kelihatan cantik, ingin kelihatan flawless, ingin kelihatan berseri-seri penampilan wajah TIDAK SEMESTINYA memerlukan barangan kosmetik yang berjenama mahal! Winking smile. Apa yang penting adalah KESERASIAN si pemakai kosmetik dengan barangan kosmetik yang diaplikasikan. Kalau jenama mahal, harga ratusan RM untuk satu unit komestik tetapi TIDAK SERASI pun tak guna juga jika ianya hanya merosakkan kulit wajah anda ya tak? Lagipun, bukan orang sentiasa nak bertanya jenama apakah yang kita pakai? Melainkan kalau orang itu benar-benar berminat dengan kesan barangan kosmetik yang kita pakai ataupun orang itu sekadar ingin ambil tahu tentang barangan kosmetik yang kita pakai.

Farah memang penggemar barangan kosmetik! Farah memang suka bersolek! Suka bermain dengan solekan. Bila mood memuncak-muncak nak bersolek tu…Memang macam-macam gaya contengan yang hinggap di muka ni haa… Bila mood agak biasa-biasa, sekadar yang asas sahaja yang cukup untuk kelihatan presentable sahaja. Ahaksss…bila mood hilang… tak bernafsu nak bersolek… sekadar memakai bedak asas ataupun foundation sahaja. Bila sebut tentang foundation, sepanjang terlibat dengan aktiviti solek menyolek ni… Ada beberapa jenis foundation yang pernah Farah aplikasikan ke muka Farah ni ha. Ada yang serasi dan selesa, ada yang tidak serasi dan langsung tidak sesuai dengan kulit muka Farah sehingga menimbulkan kesan seperti bercapuk-capuk, berminyak serta berkilat-kilat. Kalau yang bagi kesan sebegitu memang Farah terus pangkah jer. Memang tak akan sesekali aplikasikan lagi ke kulit wajah.

Sepanjang memakai pelbagai jenis macam foundation yang ada di pasaran, setakat ini, Farah paling sesuai dan serasi dengan foundation atau bedak asas dari jenama Dior dan juga Revlon: PhotoReady. Kedua-dua jenama ini sememangnya yang terbaik bagi Farah. Nothing beats their effects on my face! Memang setia dengan kedua-dua jenama ini sejak sekian lama. Sesekali tu, adalah mencuba juga jenama-jenama lain. Yang agak sesuai tu memang boleh diterima dan yang tak sesuai tu memang tak dapat nak buat apalah kan? Terbaru? Farah berkesempatan untuk mencuba CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus.

MY REVIEW ON CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS 9

Farah pasti ramai di antara anda pernah melihat iklan CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus ini dari iklan di kaca televisyen anda. Apa tu? Tidak perlu gunakan jari untuk meratakan bedak lagi! Dengan span berkualiti tinggi sapuan jadi lebih sekata! Wajah nampak lebih flawless dan glowing! Haaa…macam tulah lebih kurang tagline-nya kan? Ianya adalah merupakan gabungan daripada moist cake foundation dan juga serum ampoule. Secara ringkasnya:

PELEMBAP + SPF SUNBLOCK + FOUNDATION + CONCEALER + KOLAGEN : CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS

Tinted Lip USP

Serum ampoule tu apa?

MY REVIEW ON CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS 12

Serum ataupun pelembab yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding serum biasa seperti:
  • Pelembab / serum yang nipis dan tidak berminyak.
  • Sesuai untuk semua kulit terutamanya kulit sensitif.
  • Digalakkan untuk digunakan sebelum memakai solekan atau penjagaan kulit.
  • Berfungsi untuk melembabkan, mencerahkan dan merawat kulit wajah.

Dikatakan sebelum wujudnya CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus di pasaran… Para pengguna produk CHRISZEN disarankan supaya memakai CHRISZEN Ampoule Serum sebelum memakai CHRISZEN Moist Cake Foundation. Tapi bila dah ada CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus…tak perlu lagi dah! Sebab memang dah terkandung di dalam CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus tu dah serum ampoule tu. Smile… Senang kan? Mudah kerja!

Orang kata produk CHRISZEN ni bagus! Tapi sekalipun Farah tak pernah mencuba. Bila dapat kesempatan untuk mencuba, Farah pun ambil masa sehari untuk membuktikan yang ianya adalah benar-benar bagus serta memberikan kesan yang sering digembar-gemburkan itu. Saja Farah mencuba untuk memakainya untuk satu tempoh masa yang agak panjang sebab? Farah nak tengok sama ada ada kesan bercapuk-capuk apabila Farah berpeluh atau tidak, ada kesan kulit berkilat serta berminyak atau tidak? Dua keadaan ini penting untuk penampilan wajah bagi Farah. Lagi satu…haaa… ini paling penting… Adakah ianya memberikan kesan seperti jerawat dan juga alahan kulit yang lain? Iyalah… siapa nak muka jadi rosak kan?

MY REVIEW ON CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS 11

Ini adalah gambar setelah seharian mengaplikasi CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus tanpa sebarang edit dan gambar kelihatan agak pecah kerana Farah zoom in untuk memberikan fokus kepada tekstur kulit muka Farah setelah mengaplikasikan CHRIZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus. Sememangnya tidak ada sebarang editing dilakukan dan ianya adalah gambar asal dengan adanya CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus yang telah dioleskan di wajah. Tidak ada kesan berminyak, tidak ada kesan berkilat, mahupun alahan kulit yang berlaku. Sebab itu, apa yang dapat Farah simpulkan it’s perfect! Serasi dan sesuai dengan kulit wajah Farah.

MY REVIEW ON CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS 3

Secara automatik, dah jadi jatuh cinta dengan CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus. Bagi Farah, it’s perfect dan berbaloi juga dengan harga pasaran yang mampu milik untuk semua golongan. Ya..harganya tidaklah sampai beratus-ratus RM. Di Lazada Malaysia, anda boleh dapatkan CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus ini, dari serendah RM 65.00 (tidak termasuk yuran pos) dan di farmasi Guardian juga anda boleh dapatkan CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus dengan nilai belian RM 65.00. Itu sebab promosi… Smile. Kalau ikut-ikutkan harga pasarannya adalah RM 69.71 bagi West Malaysia dan RM 72.55 bagi East Malaysia dari laman web jualan atas talian CHRISZEN di pautan INI.

MY REVIEW ON CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS 4

MY REVIEW ON CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS 5

Didatangkan dalam tiga warna dan warna yang menjadi pilihan Farah mengikut kesesuaian warna kulit Farah adalah MC02 iaitu Medium Beige. Awak ni tak adalah putih pun! Nak kata gelap sangat pun tidak juga! Yang sedang-sedang ajer… He he he… Open-mouthed smile. Cara penggunaannya adalah sangat-sangat mudah dan tidak renyeh!

Tinted Lip USP

Mudah jer! Tak susah mana pun! Dan ianya menjimatkan masa Farah di dalam memastikan yang bedak yang dioleskan adalah serata di seluruh wajah. Tak perlu nak touch-up banyak kali demi nak memastikan ianya serata dan tidak bercapuk. Memang mudah. Oh ya, roller sponge tu boleh dibuka dan juga dibasuh. Memang di dalam masa yang sama ianya dapat membantu memastikan kebersihan wajah agar muka tak rosak akibat bakteria yang terperangkap pada span solekan jika tidak dibersihkan ya tak?

Tinted Lip USP

Jom kita lihat checklist kelebihan atau manfaat CHRISZEN Roller Moist Cream Ampoule Plus ini menurut kesesuaian Farah dan seperti apa yang diperkatakan:
  • High Definition Foundation (HD Effect) - Red heart Red heart Red heart 
  • Easy to apply and save time - Red heart Red heart Red heart
  • More flawless look with roller NBR sponge - Red heart Red heart Red heart
  • No need to use finger to blend and more hygienic - Red heart Red heart
  • NBR sponge which is easy to remove and washable - Red heart Red heart Red heart
  • Sweatproof and waterproof - Red heart Red heart Red heart
  • Moisturizing and glowing effect - Red heart Red heart Red heart
  • UV Protection with SPF 50/PA+++ - Red heart Red heart
  • Whitening effect after 1 month usage – yet to discover upon 1 month.
  • Fully cover scars, acne, pores and black spot -Red heart Red heart
  • Suitable for all skin types - Red heart Red heart Red heart

*Rating are based on scaling over 3.

Farah puas hati dan all that I can say that it’s perfect! Farah suka! Anda bagaimana? Dah cuba? Atau ingin mencuba?

UNTUK MAKLUMAT DAN INFORMASI LANJUT:





Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !