KEMASKINI Dan PERMOHONAN BARU BR1M 2017

Farah Waheda Wahid
2
KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 (2)

Pssstt… dah kemaskini permohonan BR1M 2017 anda? Yang berhajat nak memohon BR1M bagi tahun 2017 dah kemukakan permohonan anda? Open-mouthed smile Ha ha ha… Sibuk jer kan? Sedangkan diri sendiri tak layak pun untuk mengemukakan sebarang permohonan dan cuba-cuba memohon. Sebelum memohon dah tahu dah, permohonan bakal gagal. Smile. Kaitannya cuma pada peringkat permulaan dulu mengemukakan permohonan secara atas talian untuk nenek Firash dan kemudiannya untuk tahun-tahun yang seterusnya, mengemaskini permohonan untuk nenek Firash. Tu jer! Tak lebih dari itu… Dah jadi tugas rasmi Farah dah setiap tahun dah sekarang ni… He he he… Owhhh… kawan-kawan bolehlah mengemukakan permohonan BR1M 2017 anda dan juga mengemaskini permohonan BR1M 2017 anda. Dah boleh dah! Bagi sesiapa yang belum maklum ataupun mungkin terlepas pandang tu mungkin entri Farah ni boleh jadi sebagai pemakluman kepada anda. Winking smile

Untuk makluman anda, sekadar sebagai makluman walaupun anda mungkin telah tahu mengenai perkara ini… kelayakan dan jumlah bayaran BR1M 2017 adalah seperti yang tertera di bawah berikut:
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan kurang daripada RM 3,000.00 : RM 1,200.00
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan RM 3,000 – RM 4,000: RM 900 – #ehhh… Ha ha ha Open-mouthed smile macam dah boleh cuba mohon jer ni?
  • Pembayaran kategori berpendapatan RM 2,000.00 dan ke bawah: RM 450.00
  • Pembayaran untuk Daftar E Kasih: RM 1,200,00

Kenapa Anda Perlu Kemaskini Permohonan BR1M 2017?

Mungkin ada di kalangan kita, dalam ramai-ramai ni yang bertanya kenapa kita perlu mengemaskini permohonan BR1M pada setiap akhir tahun? Sedangkan maklumat yang kita beri tu, dah sah-sah maklumat kita sebagai pemohon yang benar dan sah kan? Mestilah ada sebab kalau orang dah suruh tu kannn???

Begini, banyak permohonan yang gagal disebabkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan yang tidak tepat dan jelas. Pembayaran BR1M bagi tahun 2017 akan dibuat berperingkat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat akaun bank supaya bayaran dapat dibuat dengan lebih cepat. Banyak surat kelulusan tidak dapat diposkan kerana alamat yang salah dan tidak lengkap. Maklumat waris penting dinyatakan supaya pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BR1M dapat dibuat dengan sempurna. Akaun Bank yang dikemukakan mestilah tepat agar tidak berlaku kesilapan atau kegagalan pembayaran kepada pemohon yang berjaya. Kegagalan penerima sedia ada mengemaskini dan mengemukakan maklumat secara tidak tepat dan terkini boleh menyebabkan permohonan gagal atau lambat diproses untuk BR1M 2017. Ianya juga bertujuan bagi mengesahkan bahawa penerima masih wujud selain maklumat tersebut akan diverifikasi sebagai yang terkini.

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2017?

Kemaskini permohonan BR1M bagi tahun 2017 boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu:

Kemaskini Secara Atas Talian
Sekiranya tidak perlu membuat sebarang pindaan atau tamKEbah maklumat dalam sistem aplikasi kemaskini e-BR1M tersebut, untuk menghantar kemaskini sila tekan butang kemaskini dalam sistem berkenaan dan tunggu sehingga paparan mesej pengesahan muncul di skrin serta ikuti arahan selanjutnya yang diberitahu. Sila pastikan pengesahan kemaskini maklumat anda diterima oleh sistem e-BR1M ya?

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 9

Kemaskini Secara Manual (Menggunakan Borang)
Dalam borang tandakan (✔) pada ruangan Kemaskini Maklumat kemudian lengkapkan butiran yang berkenaan, kalau butiran yang dilengkapkan itu memerlukan dokumen sokongan sila sertakan. Borang kemaskini yang dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir.

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 10

Panduan Pengguna Bagi Mengemaskini Permohonan BR1M 2017


KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 2

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 3

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 4

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 5

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 8

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 6
KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 7
Jika panduan bergambar yang Farah paparkan di dalam entri ini kurang jelas, anda boleh pergi ke pautan Panduan Pengguna Kemaskini Maklumat Permohonan BR1M 2017

Untuk sebarang maklumat lanjut ataupun pertanyaa berkaitan dengan permohonan atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my ataupun boleh berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

Maklumbalas  ke atas pengemaskinian,  notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017.

Bagi setiap permohonan ataupun pengemaskinian yang berjaya, bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun 2017 dan tarikh yang tepat pengkreditan akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2017 11

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

*All the best kepada yang baru mengemukakan permohonan… Dan selamat mengemaskinikan permohonan anda pada yang perlu mengemaskini permohonan masing-masing… Winking smile… Untunglaaaa…Farah tumpang tengok jer dan tumpang happy untuk rezeki yang bakal anda dapat tu…

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !