JANGAN Marah Anak Lelaki Pada Waktu PAGI!

Farah Waheda Wahid
2
JANGAN MARAH ANAK LELAKI PADA WAKTU PAGI!

Setakat ke hari ini, belum lagi bertukar menjadi raksasa gorgon Vampire bat pada waktu pagi hari. Mungkin kerana Farah tidak berkecah di waktu pagi untuk menghantar Iman Firash ke pusat asuhan ataupun ke sekolah lagi. Tahun hadapan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… kita nantikan cerita di Bubblynotes.Com akan datang… Sama ada Farah akan bertukar rupa menjadi raksasa gorgon Vampire bat di waktu pagi ataupun tidak? Harap-harapnya tidaklah… Harap-harapnya segalanya smooth lah kannn?

Cumanya…wahai ibu-ibu, wahai bapa-bapa… kalau bolehlah…kalau boleh… tolong elakkan marah ANAK LELAKI anda pada waktu pagi. Farah ni bukannya sesiapa nak larang atau nak tegah anda sebagai ibu bapa pada anak-anak anda. Tak ada hak punnn…. Apa yang Farah sampaikan ini, cumalah sekadar sebagai perkongsian yang mungkin bermanfaat untuk kita semua yang mempunyai anak lelaki. Itupun, perkongsian ini berlaku secara spontan setelah Farah terserempak dengan satu posting di laman Facebook Pn. Nurhaslaily.

ANAK LELAKI sifatnya apabila bangun pagi, HANYA BOLEH BERFIKIR SATU PERKARA PADA SATU MASA, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya. Satu PANTANG jika ANAK LELAKI DIMARAHI PADA WAKTU PAGI, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali jika ada tempat untuk anak itu melepaskan kecamukan di dalam fikirannya, seperti punching bag.

Disebabkan oleh tingginya paras hormon testoteron dalam diri kanak-kanak lelaki. Otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 TAHUN, hanya OTAK KANAN yang MATANG, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuouspatial sangat baik. Contohnya, suka lihat benda bergerak, mereka tidak boleh duduk diam, jika objek tidak bergerak dia yang akan gerakkan objek tersebut. Jangan marah ketap-ketap bibir kalau mereka tak boleh duduk diam sopan santun. Itu fitrah itu fakta.

Kanak-kanak perempuan pula sudah matang kedua-dua bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Menurut kajian, kematangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak-kanak perempuan 4 tahun. Subhanallah!

Makanya, janganlah membanding-bandingkan anak lelaki kita dengan anak perempuan yang sebaya. Jangan bandingkan anak lelaki kita dengan anak perempuan kita. Don’t judge, don’t compare! Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tidaklah sama lelaki dan perempuan. Rujuklah Ali Imran ayat 36.

*Bagusnya terserempak dengan posting ini, sebabnya sekurang-kurangnya ia memberi peringatan kepada Farah dengan lebih awal supaya jangan marahkan Iman Firash di waktu pagi bermula pada hari ini dan juga akan datang… In Shaa Allah…Setakat ni memang belum pernah lagi… Harapnya berterusan….Moga diri terus tabah dan bersabar dengan kerenah apa jua yang dilakukan oleh Iman Firash di dalam proses mendidik dan mengasuh dia… Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !