Home » , , , , , » Ingin Rasa Indonesia Sebenar? Carilah… YUK! BEBEK

Ingin Rasa Indonesia Sebenar? Carilah… YUK! BEBEK

INGIN RASA INDONESIA YANG SEBENAR_CARILAH...YUK! BEBEK

YUK! BEBEK? Yuk tu dah tentulah bermaksud jom ataupun mari kan? Itu satu perkataan common yang ramai orang tahu… Bebek? Bebek tu pula adalah bermaksud itik. Iya di dalam bahasa Indonesia itik dipanggil sebagai bebek. Farah pun baru tahu semalam bila Farah rujuk kepada rakan-rakan Farah di komuniti SMULE yang berasal dari Indonesia. He he he… Smile with tongue out… bukan tak ada Google Translate untuk cari maksud yang tersebut, akan tetapi lebih mudah kalau terus rujuk pada rakan-rakan yang sedia ada. Tak perlu buka browser, cuma hantarkan mesej pertanyaan melalui aplikasi What’s App dan kemudiannya dah dapat jawapan! Cepat! Tangkas! Tepat! Gittew…

INGIN RASA INDONESIA YANG SEBENAR_CARILAH...YUK! BEBEK 7

Kuek! Kuek! Jadi di dalam konteks entri ini, apakah maksud YUK! BEBEK? Meh sini nak cerita meh… Meh duduk rapat-rapat dengan kakak… Biar kakak ceritakan satu persatu supaya semua jelas, faham dan kenal dengan YUK! BEBEKYUK! BEBEK adalah merupakan sebuah servis perkhidmatan penghantaran makanan kepada para pelanggan di mana makanan-makanan yang ditawarkan adalah berkonsepkan authentic Indonesian food. Chef YUK! BEBEK adalah merupakan chef yang telah berpengalaman selama 25 tahun. YUK! BEBEK adalah dikendalikan oleh sepasukan anak Malaysia yang sangat berpengalaman dengan makanan-makanan authentic dari Indonesia sebelum YUK! BEBEK dilancarkan.

Farah diberikan kesempatan untuk merasa salah satu hidangan dari YUK! BEBEK tengah hari semalam. Send a kiss. Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Sesekali, kita bertukar menu makanan tengah hari sewaktu hari bekerja seronok juga. Asyik menu yang sama ajer setiap hari boleh jadi membosankan! Betul tak? Memang ada kelainan di dalam menu makanan tengah hari Farah semalam! Yummeh!

INGIN RASA INDONESIA YANG SEBENAR_CARILAH...YUK! BEBEK 2

AYAM GORENG BANDUNG dari YUK! BEBEK yang dihidangkan bersama-sama NASI UDUK. Ayam yang disediakan dengan perapan rempah ratus serta campuran khas herba Bandung selama 2 jam kemudiannya digoreng secara deep fried dengan suhu yang optimum. Memang sedap weiii! Memang cukup rasa, tak ada satu pun yang kurang… Shall I say perfecto! Cukup juicy, tidak kering merenting, tidak berminyak dengan sangat banyak… just nice to fit my taste! Top-up pula lagi dengan sambal cili hijau ataupun dikenali sebagai sambal ijo klasik yang digiling, sup sayur masin dan sambal kicap hitam… Perghhh… Merecik ok? Thumbs up

INGIN RASA INDONESIA YANG SEBENAR_CARILAH...YUK! BEBEK 3

Cumanya, Farah tak makan seorang diri-lah kan? Selepas menerima penghantaran makanan tengah hari dari YUK! BEBEK semalam, Farah gegas pulang ke rumah pada waktu rehat tengah hari semalam. Bila dapat makanan sedap memang teringat pada anak di rumah. Satu hidangan, kami kongsi dengan penuh kasih sayang bertiga bercucu! Smile. Nenek, Iman Firash dan juga Mommy. Iman Firash kan agak cerewet  bab makan ni? Tak semua makanan yang dia makan dan tak semua makanan yang boleh diterima oleh tekak dia. Kalau tak betul-betul, silap-silap haribulan boleh terkeluar balik.


Bila dia cuba hidangan AYAM GORENG BANDUNG dari YUK! BEBEK semalam… laju! Suka betul dia! Tapi memang betul, tak dapat dinafikan, rasa masakannya adalah benar-benar seperti rasa masakan Bandung yang sebenar. Macam ala-ala bila kau makan, kau rasa kau sedang makan di Bandung, Indonesia gittew! Ahaksss… Open-mouthed smile… Tak perlu nak tunggu sehingga melancong ke Bandung, Indonesia baru dapat hilangkan craving kepada masakan Bandung asli… Di Malaysia sekarang ni pun dah boleh dah…. Cari jerlah YUK! BEBEK… Hilanglah rasa kempunan nak merasa masakan Bandung yang asli tu… Memang ohsem! Thumbs up

Selain daripada AYAM GORENG BANDUNG? Ada apa lagi yang menarik?

Lepas dah rasa masakan YUK! BEBEK semalam, satu persatu Farah belek menu yang ada di laman Instagram YUK!BEBEK… Wahhh… ada macam-macam menu yang menarik yang boleh dicuba ni! Terutama BEBEK GORENG EMPUK kan? Sebab Farah tak pernah makan daging itik! Yang suka daging itik ni adalah nenek Firash. Sewaktu hamilkan Farah dahulu, nenek Firash memang mengidam rendang daging itik… Nasibbb… Dapat makan ok? Tak adalah melelh jer air liur Farah ni haa… Wakakakaka… Smile with tongue out… Sekarang ni, kalaulah, kalaulah ada yang sedang hamil dan mengidam nak makan masakan daging itik…Para suami tak perlu nak berputar kepala lagi nak mencari masakan daging itik yang halal… Cari jer YUK! BEBEK…Haaaa…kan mudah tu kan? Winking smile

Anda boleh melakukan tempahan ataupun pesanan sama ada di dalam bentuk set ataupun ala-carte. Dari segi harga hidangan pula, komen jujur dari Farah… it is economically worthwhile! Berbaloi. Harga mampu bayar dan cuma di dalam belasan ringgit sahaja ya? Di mana nak lakukan pesanan?

INGIN RASA INDONESIA YANG SEBENAR_CARILAH...YUK! BEBEK 8

Hidangan authentic Indonesia ini boleh anda nikmati dengan menghantarkan pesanan melalui foodpanda, what to eat at malaysia? dan juga yumcious. Dah lakukan pesanan, tunggu jerlah sampai ke pintu pejabat atau pintu rumah anda… He he he… Open-mouthed smile… Macam Farah katakan di peringkat awal tadi? Tak perlu nak naik kapal terbang nak merasa masakan sebenar Indonesia yang lazat! Kini dengan hanya membuka laman sesawang yang berkaitan jer pun anda dah boleh nikmati keinginan tekak yang kita tak tahu datang secara tiba-tiba tu kan?

INGIN RASA INDONESIA YANG SEBENAR_CARILAH...YUK! BEBEK 5

UNTUK MAKLUMAT DAN INFORMASI LANJUT:



ALAMAT EMEL:

WAKTU OPERASI:
11.00 PAGI SEHINGGA 9.00 MALAM

NO TELEFON:
012-420 2437

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ingin Rasa Indonesia Sebenar? Carilah… YUK! BEBEK, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 8, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia