Home » , , , , , , » Entri TOP 20 www.bubblynotes.com Pada Tahun 2016

Entri TOP 20 www.bubblynotes.com Pada Tahun 2016

ENTRI TOP 20 WWW.BUBBLYNOTES.COM PADA TAHUN 2016 2
Kredit: Gambar dari Sumber dari Google

Hari terakhir untuk tahun 2016 – Bermaksud? Hari Farah godek, gali semua laporan statistik blog ikut semua celah. Dari total pageviews, unique views, bounce rate, keywords, organic keywords, bla bla bla sehinggalah view counts untuk setiap entri yang telah dimuatnaik oleh Farah pada tahun 2016. Tak ada sesiapa kata wajib pun buat semua ni. Tak ada sesiapa kata harus pun buat semua ni dan tak ada sesiapa yang ajar atau suruh Farah buat macam ni. Tapi, Farah sendiri yang nak susah-payahkan diri sendiri untuk buat semua ni…Muahahaha… Open-mouthed smile… Tapi yang pastinya, mestilah Farah ada sebab yang tersendiri kan atas tindakan yang Farah lakukan sebagai rutin setiap hari terakhir setiap tahun ni kan? Winking smile. Yang faham tu fahamlah… Tak perlu Farah elaborate panjang-panjang…

Yang boleh Farah kongsikan adalah entri top 20 www.bubblynotes.com pada tahun 2016. Yang lain-lain tu, Farah simpan buat diri sendiri. Winking smile. Kira aci tak macam tu? Kira aci-lah kan? Okay… tak naklah bebel panjang-panjang sebab sekarang ni mood tengah tak berapa rajin nak mengomel panjang-panjang… rajin-rajin malas macam tu… Ha ha ha… Open-mouthed smileMood hujung minggu dan cuti umum, macam nilah…

ENTRI TOP 20 WWW.BUBBLYNOTES.COM PADA TAHUN 2016

Inilah dia, 20 entri pada tahun 2016 yang telah sempat Farah susun mengikut view count yang tertinggi sehingga yang terendah. Tahun 2016 ni, meletopsss pula cerita tentang ulser mulut kanak-kanak. Huhhh…teringat pada waktu dan ketika itu bila mana Iman Firash melancarkan kempen mogok makan disebabkan ulser di mulutnya. Sebabkan ulser tu jugalah, bermula dari ulser selepas itu walaupun sudah baik, Iman Firash sangattt susah nak makan. Memang bercinta betul waktu memberi makanan kepada Iman Firash sehinggalah sekarang. Sehinggakan ada dua tiga kawan-kawan yang dah tegur yang Iman Firash dah nampak susut tubuh badannya. Hu hu hu… Mujurlah ada sokongan nutrien dari susu formula yang memastikan Iman Firash tidak kekurangan gizi dan zat seimbang yang diperlukan oleh tubuh badannya untuk proses pembesaran dia. I don't know smile.

Yang kedua, entri tentang mandian aura 7 bunga jenama DHerbs… Ramai rupanya weiiii yang minat nak mandi bunga ni… Muahahaha… Open-mouthed smile… Iyalah masing-masing nak naik seri, nak berseri-seri dan jadi memikat kaedahnya… tidak kira apa pun kepentingannya… Memang laku keras entri mandian aura 7 bunga jenama DHerbs di www.bubblynotes.com. Produknya pula, agaknya dah tentu laku keras juga di pasaran kan? Winking smile. Yang lain-lain adalah sepertimana yang tersenarai di dalam summary yang dah Farah lakukan di atas. Untuk membaca entri-entri yang berkaitan, anda boleh taipkan tajuk entri di kotak carian di side bar blog ini dan kemudiannya klik pada button cari dan ia akan membawa anda kepada entri yang berkaitan. Farah tidak sertakan jaringan setiap entri tersebut di dalam entri ini disebabkan terlalu banyak sangat jaringan. Heeee…kan Farah kata tadi, Farah ni sedang di dalam mood rajin-rajin, malas gittew…

Itu 20 entri dengan view count yang tertinggi pada tahun 2016. 10 entri dengan view count yang tertinggi sepanjang Farah mula berblog sehingga yang terkini adalah seperti yang dipaparkan di bawah:

ENTRI TOP 20 WWW.BUBBLYNOTES.COM PADA TAHUN 2016 3

Yang tertinggi view count di Bubblynotes.Com bagi satu-satu entri setakat ini adalah sebanyak 85,203 view count. The bright side of it, Alhamdulillah sekiranya ia benar-benar memberikan manfaat kepada mereka yang mencari dan memerlukan informasi. Diharapkan apa sahaja bentuk perkongsian Farah di www.bubblynotes.com dapat memberikan manfaat serta kebaikan buat anda. The dark side of it, entri dengan view count tinggi tidak semestinya entri yang dibaca sehingga ke penghujungnya. Open-mouthed smile… Ha ha ha…Betul tak? Ada orang just speed reading sahaja, ada orang benar-benar membaca… Tapi tak baik bersangka-sangka kan? Tak apalah, biarlah apa pun… yang penting, Farah teruskan minat ini dan diharapkan minat ini secara tidak langsung dapat memberikan kebaikan buat semua pihak. Winking smile.

*Gembira juga di hati bila mana ada sesuatu yang ingin Farah capai dengan www.bubblynotes.com pada tahun 2016 telahpun tercapai dan In Shaa Allah, Farah akan terus mencuba untuk konsisten dan mengekalkan momentum supaya apa yang telah dicapai itu boleh menjadi lebih baik. In Shaa Allah, Amin… Bukan publisiti ataupun glamour tau… Tak glamour dan popular pun… Ada sesuatu yang Farah sasarkan dan Alhamdulillah, ia dapat dicapai tetapi masih boleh diperbaiki lagi…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Entri TOP 20 www.bubblynotes.com Pada Tahun 2016, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, December 31, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Salam Tahun Baru 2017 Farah :)

    ReplyDelete
  2. Semoga tahun 2017 lebih hebat blog ni...happy new year 2017!

    ReplyDelete
  3. Wah.. Tahniah! Banyak pageview.. Blog reen tak tahu bila dapat pageview sebanyak Farah 😊

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY