Boleh Jer Tampal! Nak Juga Jahit! Ok-Lah Juga Kan?

BOLEH JER TAMPAL! NAK JUGA JAHIT! OKLAH JUGA KAN

Okay, okay… Ya saya tahu jahitan tangan saya kasar dan tidak halus serta sekemas mana… Ahaksss… Nyah-Nyah… Al-maklumlah tangan ni memang keras dan tak berseni dalam hal jahit menjahit tangan. Kalau jahit mesin tu kira boleh tahan lagilah. Masalahnya mesin tu dah nak dekat 2 tahun dah rosak oiii… Sekoci dia stuck dan tak nak berpusing. Nak pergi ke kedai Singer, tak kepergian lagi sehingga sekarang. Adalah kekangan peribadi yang tidak mengizinkan. Hari tu dah hampir-hampir nak beli dah mesin mudah alih atau portable sewing machine yang berharga RM 31.00 di Lazada Malaysia dah. Hua hua hua… Rolling on the floor laughing… Tapi bila memikirkan yang ianya merupakan satu pembaziran dan bajet kurang mengizinkan… Lupakan saja.

Sebenarnya tak perlu kecoh-kecoh pun. Saja kan? Nak dijadikan cerita di Bubblynotes.Com. Memandangkan mata masih lagi segar dan agak macam rasa nak tebus balik kesunyian sewaktu waktu bekerja di Bubblynotes.Com, makanya jari jemari pun lancarlah menaip di papan kekunci komputer riba. Maka terhasil-lah sebuah entri cerita tak sudah mengenai persiapan anak tunggal Farah, Iman Firash nak masuk ke sekolah tadika pada minggu hadapan. Surprised smile What??? Minggu depan jer? Tak lama jer lagi tu…

Kisahnya kegigihan dan keterujaan seorang Mommy yang pertama kali merasai pengalaman anak nak masuk sekolah. Ahaksss… Open-mouthed smile Mengalahkan nak masuk sekolah rendah cerita tentang persiapan Iman Firash nak ke sekolah tadika ni. Esok-esok kalau masuk sekolah rendah tak taulah macam mana pula gayanya penceritaan Farah kan? Biarlah… blog saya, suka sayalah…Eceh wahhh, dah pandai dah sekarang guna perkataan tu kan? Selama kini tak pernah pandai pun nak guna perkataan seumpama itu. Wakakaka… Sesekali apa salahnya… Sebabnya, memanglah cerita berkisarkan dunia ibu bila ber-niche kan parenting ni kan? Kalau tak cerita tentang dunia ibu, mungkinlah sikit-sikit touch tentang beauty, lifestyle, travel and all sorts of things.

Memanggg…Farah akui, memang nampak kasar jahitan Farah tu. Tak cantik! Tak kemas! Saya akui kekurangan saya! Tapi kira ok-lah kan? Sekurang-kurangnya ada effort dan semangat nak buat sendiri untuk anak. Kalau ada mesin jahit ni, memang kira settle dah ni. Guna jer mesin jahit… Apa susah kan? Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah kot? Teacher Iman Firash pun ada beritahu cara. Guna gam UHU dan kemudian iron jer. Memandangkan dah terlepas jahit, malas pula nak buka balik dan buat aktiviti tampal-menampal ni kan? Tapi tak apalah, jom rekodkan kaedah tampal menampal yang diberitahu oleh teacher Iman Firash supaya tahun depan boleh gali balik bila nak buat aktiviti ini pada pakaian seragam Iman Firash.

Bahan-Bahan:
1. Gam UHU
2. Tuala Lembab
3. Keratan Kotak

Cara-Cara:
1. Keratan kotak di dalam poket atau di belakang kawasan kain yang mana tanda nama ingin dilekatkan.

2. Letakkan  gam UHU di belakang lencana atau tanda nama.

3. Letakkan lencana atau tanda nama pada kedudukan yang betul.

4. Kemudian, letakkan tuala lembab atas lencana atau tanda nama tersebut.

5. Seterika pada suhu sederhana. Tunggu sampai lencana atau tanda nama tersebut betul-betul melekat.

Peringatan: Jangan letakkan gam UHU banyak sangat. Takut nanti meleleh-leleh dan tak sempurna jadinya.

BOLEH JER TAMPAL! NAK JUGA JAHIT! OKLAH JUGA KAN 2

Dok belek gambar Iman Firash memperagakan kopiah yang dah siap berjahit tanda nama ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tengah nak pujuk hati sendiri dah nampak ok dah tu. Kalau gagal pujuk hati sendiri ni, ada juga yang buka dan gunakan teknik tampal dengan gam UHU tu karang. Moga-moga dapat memujuk hati.

*Pssttt, rasanya yang baki tak sempat jahit lagi tu, bolehlah cuba kaedah gam UHU ni kan? Nanti nak geledah dalam laci, kot-kot ada sisa baki gam UHU yang masih boleh digunakan. Cepat pun cepat cara tampal menampal ni. Mudah pun mudah ya tak? Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Boleh Jer Tampal! Nak Juga Jahit! Ok-Lah Juga Kan?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, December 31, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY