Beza PARFUM, EAU DE PARFUM, EAU DE TOILETTE & EAU DE COLOGNE

Farah Waheda Wahid
3
BEZA PARFUM, EAU DE PARFUM, EAU DE TOILETTE & EAU DE COLOGNE

Ramai yang dah tahu bezanya di antara satu jenis minyak wangi dengan satu jenis minyak wangi yang lain. Akan tetapi tidak kurang juga ada yang masih tidak mengetahui tentang perbezaannya. Ada yang masih main pakai dan main beli jer… Tak kisahlah apa pun yang tercatat di botol minyak wangi tersebut… Parfum ke? Eau De Parfum ke? Eau de Toilette ke? Eau de Cologne ke? Asalkan wangi jer bau dah cukup untuk menggembirakan hati si pemakai…Muahahaha… Open-mouthed smile Yang benarnya, ada perbezaan setiap satu dari jenis minyak wangi yang Farah nyatakan…

Ketika memilih minyak wangi, mana boleh tak perasan, mesti akan perasan perkataan dalam bahasa Perancis yang tertera pada botol minyak wangi yang berkenaan . Wangian yang anda pilih itu deskripsinya mungkin salah satu daripada empat kategori minyak wangi iaitu Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette dan Eau de Cologne.

Kategori ini sebenarnya menjelaskan kandungan minyak wangi dan ketahanan harumannya bila ia digunakan.

Parfum

Ia mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi (20%). Wangian jenis parfum biasanya lebih tahan lama daripada yang lain. Ia boleh kekal wangi sehingga lapan jam.

Eau de Parfum

Memiliki ketumpatan kedua tertinggi. Biasanya Eau de Parfum mengandungi 10% sehingga 15% pati minyak wangi. Eau de Parfum biasanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam.

Eau de Toilette

Pati minyak wangi jenis ini biasanya di bawah 10%. Jadi wangiannya akan bertahan selama lebih kurang tiga jam sahaja. Namun, dalam minyak wangi lelaki, Eau de Toilette boleh disamakan dengan Eau de Cologne.

Eau de Cologne

Biasanya Eau de Colonge lebih murah daripada Parfum dan Eau de Parfum. Ini kerana kandungan pati minyak wangi di dalamnya hanya 5%. Ada mungkin perlu menyemburnya kembali selepas dua jam.

Jelas kan? Lepas ni jangan salahkan minyak wangi kalau tak tahan lama tau? Winking smile… Tengok dulu di botol tu… apa deskripsi jenisnya…

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sy biasa pakai edt..kalau spray dekat badan dia lebih tahan berbanding spray dekat baju hehe..

    ReplyDelete
  2. oh baru jelas.biasanya kalau eau de toilette mila akan beli sebab bau tahan lama berbanding cologne tapi parfum lagi pekat ye pati nya. lepas ni nak beli minyak wangi boleh tengok dulu. tq for info

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !