Berdebar-debar Pula Rasa Hati!


Dulu semalam dapat What's App dari Pengetua Tadika Iman Firash yang memberitahu bahawasanya pakaian seragam tadika sudah boleh mula diambil bermula dari 15 Disember 2016 dan sesi orientasi untuk Iman Firash adalah bermula dari 4 Januari 2017 sehingga 6 Januari 2017. Denggg! Tiba-tiba jantung terasa dup dap dup dap dup dap. Ha ha ha... Ini dah mulalah jantung terasa berdegup dengan kencang ni kan? Apa yang dilalui oleh ibu bapa lain sebelum-sebelum ini, kini dirasakan oleh Farah. Mungkin dulu anda merasa, kini giliran Farah pula. Tahun depan ibu bapa lain pula. Macam tulah kehidupan. Bila tiba ketika dan masanya pasti merasa juga bahagian masing-masing. Jadi... bila ada ibu bapa yang merasa perasaan sebegini janganlah memperlekehkan mereka kerana masa kita nanti tak tahu lagi bagaimana. Betul tak? 

Ini anak yang berdebar ke? Atau Mommy yang berdebar lebih? Biasanya mak-mak lah yang berdebar lebih bila anak baru nak memulakan alam persekolahan kan? Kaum bapa selalunya walaupun ada debaran di hati tetap kelihatan tenang. Maintain cool ajer katanya. Yang menambahkan debar lagi adalah apabila anak tu tak pernah ke nurseri ataupun mana-mana rumah pengasuh! Macam dalam kes Iman Firash ni lah! Macam-macam bayangan yang bermain di ruang kotak pemikiran dan mata halus ni ha. Hakikatnya? Mommy kena kental! Mommy kena kuat! Mommy kena belajar untuk melepaskan anak ke tadika dan bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya serta biarkan anak dipantau oleh oleh guru-guru dia. Jika Mommy tidak belajar melepaskan sebegini, sampai bila kan? 

Ini memang salah satu fasa kehidupan yang perlu dilalui oleh semua yang bergelar ibu bapa. Melahirkan, menjaga, mengasuh, mendidik dan kemudian kena belajar untuk melepaskan anak-anak di bawah pengawasan guru-guru di tadika serta sekolah apabila tiba masanya. Anak-anak takkan selamanya kekal di usia bayi, kekal di usia toddler... Hakikat yang tidak boleh lari. Mungkin Farah ni rasa terkesan sedikit kerana belum pernah ada tangan lain yang menjaga dia sewaktu Farah bekerja. Muahahaha... nak-nak lagi tulah satu-satunya cahaya hati kami. (At least for now...). Yang sudah biasa meletakkan anak-anak di nurseri atau pusat jagaan ataupun pengasuh mungkin tak rasa terkesan seteruk Farah ni kot? Belajarlah Farah... belajarlah... 

Tapi jujur ya... memang sedar ianya adalah satu keperluan tapi masih ada berat-berat sedikit di hati. Farah sedang belajar untuk melepaskan Iman Firash ke tadika dari Isnin ke Jumaat untuk setengah hari. Bukan berat nak suruh anak menuntut ilmu pengetahuan! Bukan itu maksud Farah. Faham tak maksud macam bila anak you tak pernah dijaga oleh orang lain semasa ketiadaan you? Haaa... macam tulah keadaannya. Yang berat di kepala adalah bagaimanakah penerimaan dan maklum balas dia? 

Farah dapat bayangkan yang hari pertama orientasi nanti, bila mula-mula dia jumpa kawan-kawan yang ramai, pasti dia teruja. Akan tetapi, setelah menyedari ketiadaan Mommy di sisi, cari-cari tak jumpa juga... cari-cari tak jumpa juga. Mau meraung Iman Firash ni nanti. Bukan malu! Tapi risau! Ha ha ha... risau kalau-kalau cikgu tak tahan dengan raungan dia. Tu yang lebihnya sebenarnya! Tapi Mommy dia ni cuba positifkan diri dengan memujuk hati supaya chill! Sekejap jer tu! Nanti dah seronok dengan kawan-kawan... mungkin akan baik-baik sahaja! 

Disebabkan itu, semalam juga Farah mula merancang cuti tahunan yang berbaki pada tahun 2016 sebanyak 8 hari lagi untuk digunakan pada awal tahun 2017 nanti. Tak adalah habiskan semuanya sederap walaupun cuti tahunan 2016 yang berbaki itu perlu dihabiskan sebelum penghujung Mac 2017. Cuti tahunan yang bakal diambil tu pun, Farah cuba imbangkan dengan keperluan boss. Personal Assistant mana molek cuti lama-lama sangat? Kecuali kalau boss tiada di Malaysia. Itupun kena faham dan tahu hakikat, walaupun bercuti seorang Personal Assistant kena bersedia berkhidmat pada bila-bila masa yang diperlukan. But so far... I am happy with what am I doing! 

Makanya... selepas ditambah tolak darab bahagi... akhirnya keputusan yang diambil adalah dengan menggunakan 4 hari cuti tahunan yang berbaki bagi tahun 2016 ini. 4 dan 5 Januari 2017, Farah akan bercuti selama 2 hari penuh dan lagi 2 hari akan dibahagikan kepada pecahan cuti separuh hari di waktu pagi sehingga 11 Januari 2017. Fuhhh... lama kan? Ha ha ha... Hari pertama, hari kedua tu bagi peluanglah 2 hari penuh kan? Masuk hari ketiga sampai hari keenam tu, sebenarnya standby ajer. Harap-harapnya dia baik-baik sahaja selepas itu. Selepas 11 Januari 2017, bermula 12 Januari 2017 teacher akan ambil dan hantar dia dah. Nak tak nak, Firash kena belajar sesuaikan dan biasakan diri juga. 

Ha ha ha... gigih berangan atur cuti macam tu kan? Moga-moga boss bermurah hati lah nak luluskan cuti Personal Assistant dia ni. Ayat dah susun juga ni... boss saya cuti setengah-setengah hari tu sebab saya kena masuk pejabat juga. Takkan saya nak biarkan boss sorang buat semua benda? Gittew... tapi betullah! Atas rasa dan dasar tanggungjawab kerja dan tahu yang Farah kena accomodate and cater to boss needs kan? 

*Walaupun sekolah tadika, walaupun sekolah main-main... tetap berdebar bila anak pertama kali nak mulakan persekolahan serta bab separation anxiety tu. Babah dia kata, tawakal ajer. Doa yang baik-baik dan semoga segalanya berjalan lancar. In Shaa Allah... Amin. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Berdebar-debar Pula Rasa Hati! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 15, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. cepatnya masuk tadika...hopefully dia tak boring nanti...

    ReplyDelete
  2. Inshaaallah.. moga baik-baik aje..

    ReplyDelete
  3. hahahaha...relax la kak..kasi dia teroka dunia baru :)

    ReplyDelete
  4. Sha pun xsabar ank nk sekolh thn depn..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY