Bagaimana MENCEGAH Kanak-Kanak Daripada PENDERAAN SEKSUAL? | Bahagian 2

Farah Waheda Wahid
1
BAGAIMANA MENCEGAH KANAK-KANAK DARIPADA PENDERAAN SEKSUAL

Kesinambungan perkongsian mengenai child sexual abuse awareness ataupun kesedaran mengenai PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK dari perkongsian pertama Farah di entri Lindungi Anak Anda Dari PENDERAAN SEKSUAL | Bahagian 1. Kali ini intipati entri adalah berkenaan dengan bagaimana untuk mencegah kanak-kanak daripada PENDERAAN SEKSUAL?

LANGKAH 1: BERCAKAP MENGENAINYA


Beritahu Anak Anda:

1. Tidak ada seorang pun yang berhak untuk menyentuh badan mereka.
2. Jangan menyimpan rahsia yang membolehkan mereka merasa tertekan.
3. Sekiranya seseorang itu menyentuh tubuh badan mereka, pastikan mengenainya mereka BERITAHU kepada seseorang dan terus bercakap sehingga mereka percaya.
4. Adalah salah menyentuh bahagian alat sulit orang lain.

Mulakan Bicara SEKARANG Juga!

Adakan perbualan terbuka dengan kanak-kanak (bermula umur 3 tahun) tentang tubuh badan mereka, dan had-had di bahagian anggota badan mereka yang orang lain tidak boleh sentuh. Terangkan apakah itu PENDERAAN SEKSUAL dan pada umur yang sesuai apakah itu hubungan seksual. Terangkan kepada anak anda bahawa orang lain tidak perlu menyuruh anak anda untuk menyentuh bahagian sulit tubuh badan orang lain ataupun untuk mencium orang lain atau bahagian sulit tubuh badan.

Semua Kanak-Kanak Mempunyai Hak Untuk Berkata TIDAK!

Adalah penting untuk kanak-kanak melindungi tubuh badan mereka sendiri. Ajarkan mereka untuk berkata tidak sekiranya mereka tidak mahu badan mereka disentuh, ini termasuk memberi ucap selamat kepada saudara mara atau rakan-rakan dengan pelukan dan ciuman.

Pastikan Anak Anda Berasa Selamat Apabila Bercakap Dengan Anda

Supaya sekiranya mereka dhampiri oleh seseorang dengan perlakuan tidak bermoral atau mempunyai unsur-unsur seksual atau mreka tidak selesa berada dengan seseorang itu, mereka boleh memberitahu anda dan anda sebenarnya bersikap tenang untuk mendengarnya. (Pendera sering menggunakan tipu helah, sogokan, mengelirukan mangsa, mengugut atau menakutkan mereka supaya tidak memberitahu tentang pengalaman mereka.)

Jadilah Pendengar

Yang tenang dan berilah keyakinan kepada anak anda supaya mereka tidak merahsiakan sebarang perkara daripada anda.

LANGKAH 2: PENCEGAHAN

Anda hendaklah sentiasa menyediakan persekitaran yang selamat bagi memastikan kanak-kanak tidak berada di dalam keadaan berdua-duaan dengan sebarang orang dewasa ataupun kanak-kanak yang lebih dewasa tanpa sebarang pengawasan. Semua perlakuan di antara kanak-kanak dan orang dewasa hendaklah di kawasan yang senang untuk diawasi dan mudah untuk diselangi. Ajar anak anda untuk memberitahu anda sekiranya ada berlaku apa-apa perkara yang tidak menyenangkan atau selepas menghadiri sesuatu majlis ataupun semasa berada di dalam kelas.

LANGKAH 3: KENALI TANDA-TANDA PENDERAAN SEKSUAL

Tanda-tanda fizikal dan emosi mangsa PENDERAAN SEKSUAL mungkin tidak terlalu ketara dan kesan-kesannya adalah berbeza. Sesetengah kanak-kanak mungkin langsung tidak mempamerkan sebarang perubahan emosi dan tanda-tanda perlakuan kerana mereka mungkin tidak memahami apa yang telah berlaku kepada mereka adalah PENDERAAN SEKSUAL. (Sila ambil perhatian bahawa tidak kesemua tanda-tanda ini menunjukkan kes PENDERAAN SEKSUAL).

Emosi dan tanda-tanda perubahan tingkah laku yang kerap berlaku:
  • Menyisihkan diri.
  • Kemurungan.
  • Marah, memberontak, ingkar.
  • Tidak tenteram dan tidak mampu memberi tumpuan.
  • Takut dengan persekitaran dan orang ramai.
  • Perubahan tingkah laku seksual dan pertuturan yang tidak sepadan dengan umur.
  • Pelajaran menurun.
  • Perubahan dalam tingkah laku.

Tanda-tanda fizikal mungkin tidak ketara namun anda perlu membawa mereka untuk diperiksan oleh pakar sekiranya mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan di bawah ini:
  • Lebam, pendarahan, kemerah-merahan, ruam, berkuping atau berkeruping khususnya di bahagian alat sulit.
  • Jangkitan saluran kencing.
  • Penyakit jangkitan seksual.
  • Penyakit kelamin (lelehan tidak normal).
  • Sakit perut kronik, pening atau apa-apa gejala kesakitan fizikal yang tidak dapat dijelaskan.

Hubungi pusat khidmat perlindungan kanak-kanak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya (03-80008000) atau mana-mana JKM di daerah anda. Hubungi Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Protect and Save the Children (03-79574344, 03-79564355) dan Voice of the Children (03-79604776) untuk meminta pertolongan secepat mungkin.

LANGKAH 4: TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB

Apabila kanak-kanak telah bersedia untuk berkongsi rahsia, ketakutan atau kebimbangan mereka dan memilih anda sebagai orang yang dipercayainya, dengarlah dengan tenang”
  • Percaya kepada mereka.
  • Mendengar dengan tenang dan terbuka.
  • Jangan menyampuk atau tergesa-gesa untuk bertanya butiran.
  • Jangan bertanya soalan-soalan yang terlalu terperinci.
  • Hanya bertanya soalan-soalan yang lebih terbuka seperti, “Apakah yang berlaku seterusnya?” atau cakap “saya mendengar dan teruskanlah bercerita”.
  • Beritahu anak itu bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
  • Beri pujian di atas keberaniannya untuk bercerita.
  • Bersedialah untuk memberitahunya apa yang akan berlaku selepas itu dan yakinkan dia bahawa ada orang yang akan membantu.
  • Pertimbangkan dan dapatkan pertolongan seorang pakar psikologi kanak-kanak untuk bercakap mengenai PENDERAAN SEKSUAL.

Penemuan
Anda telah menyaksikan perlakuan PENDERAAN SEKSUAL oleh orang dewasa atau remaja atau kanak-kanak, atau anda mendapat tahu melalui cara yang berbeza seperti kawan atau rakan sepejabat yang mengesyaki sesuatu. Sekiranyg terdapat sebarang kes pendedahan atau penemuan, laporkan segera ke pejabat penguatkuasa undang-undang tempatan (hubungi Unit D11 – Jenayah Seksual Terhadap Wanita & Kanak-Kanak di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman – 03-2262222) atau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan tempatan untuk bantuan segera.

  • Nyatakan nama kanak-kanak tersebut dan di mana mereka tinggal.
  • Nyatakan butiran. Ini termasuk maklumat dan gambaran yang telah diberitahu oleh kanak-kanak itu kepada anda atau perlakuan salah laku yang anda nampak.
  • Nyatakan tanda-tanda PENDERAAN SEKSUAL yang anda nampak pada kanak-kanak itu.
  • Nyatakan apakah yang telah dilakukan oleh PENDERA SEKSUAL terhadap kanak-kanak itu.

BAGAIMANA MENCEGAH KANAK-KANAK DARIPADA PENDERAAN SEKSUAL 2

BAGAIMANA MENCEGAH KANAK-KANAK DARIPADA PENDERAAN SEKSUAL 3

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !