AWAS! Hanya Sebiji Ubat Berbentuk PIL Yang MAMPU MEMBUNUH KANAK-KANAK!

Farah Waheda Wahid
1
AWAS! HANYA SEBIJI UBAT BERBENTUK PIL YANG MAMPU MEMBUNUH KANAK-KANAK!

Ini bukan sekadar nak bagi blog ada entri, tapi ini lebih berupa kepada peringatan kepada diri sendiri dan juga perkongsian untuk semua ibu bapa dan orang-orang dewasa di luar sana yang berkitaran dengan kanak-kanak! Bukannya tak ada kes kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan tertelan ubat-ubatan yang berbentuk pil, dah ada kes sebegini terjadi. Hanya kerana ubat-ubatan yang berbentuk pil ya? Jangan sangka jika kanak-kanak tertelan ubat-ubatan berbentuk pil tidak akan mendatangkan bahaya kepada mereka. Bukan masalah tercekik, tetapi masalah yang lebih serius…. Nak tahu apakah jenis ubat pil yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak walaupun hanya tertelan sebiji sahaja? Nak tahu apakah kesannya? Kenalah baca entri Farah ni sehingga habis ya?

Bukan sekadar ubat berbentuk pil ya? Tetapi juga ubat sapu atau makan pun boleh jadi merbahaya kepada kanak-kanak. Berdasarkan pembacaan Farah dari sumber di Mercola.com, di antara ubat-ubatan yang merbahaya kepada kanak-kanak adalah seperti yang disenaraikan di bawah berikut:

  • HEART PILLS: In children, they can cause dangerously low blood pressure and heart rate, and even lead to shock.

  • MUSCLE RUBS: Camphor is especially dangerous because ingesting it works so quickly; symptoms occur within 10-20 minutes, and often children can go into seizures without any warning.

  • PRESCRIPTION PAIN MEDICATIONS:  For an infant, even half a tablet of hydrocodone can be lethal.

  • ASPIRIN AND OIL OF WINTERGREEN: Oil of wintergreen is particularly hazardous because its pleasant smell tempts toddlers to ingest it, but one teaspoon of oil of wintergreen is the equivalent of nearly 90 baby aspirins – a life-threatening dose for a toddler or child.

  • ANTIDEPRESSANTS: After pain medications, antidepressants are the second highest cause of accidental death from poisoining in children younger than 6.

  • BLOOD PRESSURE PATCHES, EYE DROPS AND NASAL SPRAYS: These medications, designed to be absorbed over time through your skin, can lead to serious consequences when ingested by a toddler. As little as 6 ml can lead to a coma.

  • DIABETES DRUGS: As these medications are more commonly prescribed, the incidence of pediatric poisonings has also increased, with over 2,500 occurrences in the United States in 2001.

Kanak-kanak biasalah kan? Mereka memang senantiasa ada perasaan ingin tahu dan mereka menghabiskan masa yang sangat banyak untuk mengeksplorasi keadaan sekeliling; belajar dan menyerap dengan semua deria yang mereka ada. Sebab kanak-kanak macam nilah sangat-sangat penting bagi kita untuk memastikan persekitaran di rumah kita adalah selamat. Bukan setakat rumah sahaja, malahan di rumah pengasuh, di rumah atuk dan nenek ataupun di nurseri sewaktu ibu bapa bekerja pun perlu pantau juga. Malang tak berbau dan kita tak boleh nak jangka di mana ia akan berlaku, betul tak?

Prevention is always better than cure, jadi marilah kita sama-sama ingatkan diri untuk sentiasa pastikan yang segala ubat-ubatan adalah di luar jangkauan kanak-kanak.

  • simpan semua ubat-ubatan di luar penglihatan dan jangkauan kanak-kanak.
  • simpan ubat-ubatan di dalam botol yang dilengkapi dengan child-resistant caps dan pastikan botol tersebut ditutup semula setelah digunakan. Jangan biarkan botol ubat terbuka begitu sahaja sampai kanak-kanak boleh capai.
  • cuba untuk tidak mengambil ubat-ubatan atau makan ubat-ubatan anda di hadapan kanak-kanak bagi mengurangkan risiko mereka mengajuk perbuatan anda memakan ubat.
  • jangan sesekali mengatakan yang ubat itu adalah gula-gula.
  • ingatkan semua tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda untuk menyimpan ubat-ubatan mereka di luar jangkauan kanak-kanak.
  • buang semua ubat-ubatan yang telah luput tarikhnya dan semak tarikh luput ubat-ubatan sebelum anda memberikan ubat-ubatan kepada anak-anak anda.

Ingat… Ingat…dan ingat! Sila ingat Farah! Anda pun sama tau… Beringat selalu…In Shaa Allah…Sama-sama kita cuba melakukan yang terbaik…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !