Aktiviti KAYU PELANGI Untuk PRESCHOOLER

AKTIVITI KAYU PELANGI UNTUK PRESCHOOLER

Atas tilam pun boleh uolsss! Ilmu bukan kira tempat, waktu dan keadaan. Haaa…ni nak kongsi salah satu aktiviti belajar sambil bermain kami berdua beranak. Iman Firash lah yang belajar sambil bermain tu… Nerd smile. Mommy pula kenalah acah-acah belajar sambil bermain bersama-sama dengan dia. Role play katanya… untuk menyokong perkembangan anak dan menjadikan aktiviti pembelajaran si anak kecil lebih menarik, tertarik dan da bomb! di matanya… Kaedahnya…

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483021561299","width":1951,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":1951,"subsource":"done_button","total_editor_time":25,"brushes_used":0}

Dulu sewaktu mula-mula nak lakukan aktiviti belajar sambil bermain Iman Firash dengan menggunakan kayu aiskrim atau popsicle stick sebegini. Jangan kata nak yang berwarna-warni sepertimana yang dipaparkan pada gambar di atas. Bayang yang tidak berwarna atau plain pun Farah tak tahu di mana nak beli atau jumpa selain daripada di bilik doktor di klinik. Muahahaha… Open-mouthed smile…Rasa ringannn jer mulut nak bertanya kepada doktor atau jururawat yang bertugas di klinik yang berkenaan. Ermmm… Agak-agak boleh tak kalau saya nak beli segenggam dua kayu aiskrim yang doktor guna untuk periksa tekak tu? Ekekekeke…. Smile with tongue out.

Mujurlah ada di antara rakan-rakan blogger yang terbaca entri Farah dan baik hati lagi berpengalaman beritahu yang kayu aiskrim atau popsicle stick tu boleh didapati di kedai alat tulis. #ehhh memang ya lah… ada di kedai alat tulis yang berhampiran dengan rumah Farah secara kebetulan. Ada yang berwarna-warni seperti pelangi dan ada yang plain. Satu bungkus atau satu paket ada 40 batang dijual dengan harga RM 4.50. Tapi tak semua kedai alat tulis ada tau… Ada certain-certain kedai alat tulis yang ada menjual kayu aiskrim atau popsicle stick sebegini.

AKTIVITI KAYU PELANGI UNTUK PRESCHOOLER 3

Macam-macam aktiviti yang boleh direkacipta dengan kayu aiskrim atau popsicle stick, tidak kira sama ada yang berwarna-warni ataupun yang tidak berwarna. Yang paling jelas, ia dapat melatih anak-anak kecil di dalam beberapa perspektif seperti:

  • IDENTIFIKASI  DAN KLASIFIKASI MENGIKUT KATEGORI WARNA ATAU KUMPULAN.
  • PENGENALAN WARNA.
  • PENGIRAAN ATAU OPERASI MATEMATIK MUDAH SERTA RINGKAS.
  • MELATIH KREATIVITI DAN IQ ANAK KECIL.

Sesuai sangat oiii dengan anak-anak di fasa preschooler. Setakat ini, berikut adalah aktiviti yang telah kami lakukan bersama-sama dengan kayu aiskrim atau popsicle stick:

Identifikasi Dan Klasifikasi Mengikut Warna Atau Kumpulan Serta Pengenalan Warna

Apa yang Farah lakukan bersama-sama Firash adalah:

1. Menunjukkan kepada Firash kayu aiskrim atau popsicle stick yang berbeza warna dan meminta Firash menyebut warna kayu aiskrim atau popsicle stick yang Farah pegang serta tunjukkan kepada dia. Jika betul berikan pujian lah kannn? Jika salah, Farah betulkan. Ini Farah lakukan secara berulang-ulang sehingga Iman Firash betul-betul mahir dan kenal dengan warna. Alhamdulillah, sememangnya ia membuahkan hasil bila mana Iman Firash kini sememangnya kenal dengan warna-warna seperti orange (ini mestilah kan? warna kegemaran dia… Open-mouthed smile ahaksss), pink, purple, blue, brown, black, yellow, red, green. Walaupun pelat di dalam sebutannya, yang penting, setiap kali dia melihat warna dia dapat menyebutkan warna yang dilihat dengan pantas. Winking smile.

2. Meletakkan kayu aiskrim atau popsicle stick di dalam bekas yang dilabelkan dengan warna-warna tertentu. Koordinasi dan juga ujian sama ada Iman Firash benar-benar telah kenal dengan warna-warna yang ada. Aktivitinya, Farah meminta Iman Firash untuk meletakkan kayu aiskrima atau popsicle stick mengikut bekas yang telah ditandakan dengan warna-warna tertentu. Nak tengok…boleh ke tidak dia kategorikan warna mengikut kumpulan yang betul. Terkadang tu, kalau dah nak tidur… Memang tak sempat nak keluarkan bekas-bekas yang dah dilabelkan dengan warna-warna tertentu. Farah cuma letakkan satu penanda aras, sebatang kayu aiskrim berwarna untuk setiap kategori warna dan minta Iman Firash susun kayu-kayu aiskrim yang ada mengikut warna yang telah Farah asing-asingkan di atas tilam. Pun boleh kannn? Yang penting kreativiti… Winking smile

Operasi Matematik Mudah Serta Ringkas

Ini pun adalah sesuatu yang dapat dipraktikkan ketika beraktiviti dengan kayu aiskrim ataupun popsicle stick. Apa yang Farah lakukan adalah:

1. Mengira bersama-sama Iman Firash berapa batang kayu aiskrim yang ada untuk sesuatu kategori warna. Betul kalau dengar sesuatu yang sama disebut secara berulang-ulang terkadang kita boleh merasa bosan. Tapi, bersabarlah di dalam mendidik. Fikirkan satu perkara sahaja, anak-anak kecil baru nak mengenal, kita memang dah lama kenal, beri peluang untuk mereka benar-benar kenal. Practice makes perfect kannn? Walaupun berjuta kali telinga kita mendengar mereka mengira 1 sehingga 10… 1 sehingga 20… tabah ok? Ini semua adalah proses…

2. Pengenalan kepada operasi matematik seperti tambah, tolak dan bahagi. Gunakan kayu-kayu aiskrim yang ada untuk operasi matematik tambah, tolak dan bahagi. Ringkas jer… 1 kayu aiskrim ditambah dengan 1 kayu aiskrim berapakah jumlahnya? Suruhlah anak-anak kira… Kannn? Farah nampak ini adalah satu opportunity untuk memperkenalkan Firash kepada operasi matematik. Bagi dia berkenal-kenalan dulu.

Melatih Kreativiti Dan IQ

Belajar jer direct tanpa sedikit hiburan is no fun! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Macam skema sangat oiii! Kita dah melaluinya…Kita tahulah bagaimana rasanya… Farah tak salahkan Iman Firash kalau dia ada rasa nak belajar tapi nak cara yang santai dan fun. Sebab Farah pun sama! Muahahaha… Nyah-Nyah… Sewaktu belajar dulu, selalu nak jadikan waktu belajar itu adalah sesuatu yang menyeronokkan tanpa membosankan. Lebih-lebih lagi kalau subjek-subjek kompleks seperti matematik tambahan ataupun fizik…Wakakaka… Open-mouthed smile….Sebab tak minat dengan dua subjek tersebut, cubalah nak kasi minat kannn? Jadi kenalah cipta sesuatu yang menyeronokkan.

Dah puas sorting, dah puas counting… Beri Iman Firash sedikit kebebasan untuk bersuka-ria dan menjana apa yang difikirkan serta dibayangkan di kotak pemikiran dia… Biarkan dia beraktiviti bebas dengan kayu aiskrim atau popsicle stick yang ada. Buatlah apa yang nak dibuat asalkan tidak membahayakan keselamatan diri. Hasilnya… Tanpa diajar atau ditunjuk ajar…

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483021146942","width":3344,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":2508,"subsource":"done_button","total_editor_time":45,"brushes_used":0}

Dia susun sendiri satu persatu kayu aiskrim atau popsicle stick yang berkenaan sehingga menjadi landasan keretapi dan memang nampak bentuk landasan keretapi punnn… Semata-mata? Untuk Thomas and Friends dia yang ada semua tu lalu dan dia bermain di dalam imaginasi dunia khayalan dia sendiri.

Seronok sebenarnya bila dapat menghabiskan masa berkualiti dengan anak dengan aktiviti sebegini. Bukan sahaja mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak, tetapi juga sebenarnya ia dapat memberikan manfaat kepada anak. Smile. Untuk lebih jelas dan beberapa idea lagi, Farah sertakan video yang Farah pinjam dari YouTube sebagai panduan ibu bapa yang membaca entri ini.  







The next time you stumble upon this kind of popsicle stick, you will know what you can do with it with your kids! Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Aktiviti KAYU PELANGI Untuk PRESCHOOLER, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, December 30, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. semalam masuk MR.DIY...dah nak beli dah ni..tapi umi terbeli yang lain pulak.hahaha

    ReplyDelete
  2. Nice sharing...Wah..Ash dh teror dah...huhu

    ReplyDelete
  3. teringat masa akak mintak Sally beli..tapi time tu mmg jauh dah tempat Sally beli tuu haa...xtau kat mana dah nak cari..hihihi

    ReplyDelete
  4. rsa mcm cik timm pulak yg excited tgk popsicle warna warni tu..hehe..

    ReplyDelete
  5. fae pun ada beli tapi untuk kegunaan craft fae hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY