2017 Blogging PLANNER!

Farah Waheda Wahid
7
2017 BLOGGING PLANNER! (2)

Selama ber-blog, belum pernah sekalipun Farah ada blogging planner… Muahaha… Open-mouthed smile… Tiba-tiba tahun depan, tahun 2017 muncul pula blogging planner dalam kamus kehidupan Farah sebagai seorang blogger. Winking smile… #ehhh, dah kenapa? Terpaksalah… terpaksa… Tetiba kannn? Bajet dah retis sangat ke ko? Sampai nak kena pakai blogging planner? Haippp! Kita sekadar blogger picisan jer ok? Blogger biasa-biasa, cuma bila sedar diri yang kehidupan sejak kebelakangan ni semakin terkejar-kejar dan juggling sana-sini… Makanya, kehadiran blogging planner ni dirasakan amat diperlukan dah sekarang… Nak-nak lagi bila anak dah mula nak bersekolah tadika tahun hadapan… Pastinya keadaan akan semakin berubah… Pastinya keadaan akan lebih mencabar… Pastinya kemungkinan menjadi pelupa itu akan meningkat… Ahaksss… Sebelum apa-apa hal eloklah bawa-bawa adakan blogging planner sebelum blog menjadi tunggang-langgang tak terurus dan juga konsistensi terganggu.

Tak pernah terfikir langsung pun nak ada blogging planner selama kini dan terasa macam poyo semacam pula kalau ada blogging planner ni… Nanti orang kata bajet bagus dan bajet ko tu dah top blogger sangat kannn? Tapi bila difikir-fikirkan balik… Pedulilah apa orang nak kata… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Yang penting diri sendiri tahu apa yang diri sendiri buat untuk diri sendiri. Sebelum Bubblynotes.Com jadi ke laut dan ke darat dan ibarat tongkang pecah, baiklah lakukan langkah-langkah yang sewajarnya. Sedangkan sekarang pun rasanya macam dah ribut sangat…apatah lagi bila anak sudah mula bersekolah nanti? Kenapa perlu semua ni? Kenapa sibuk sangat nak ada blogging planner dan nak pastikan semuanya tersusun dan teratur. Hurmmm… Sebab Farah suka menulislah…Sebab Farah suka menyusun ayatlah… Sebab this is my passion… Sesuatu yang merupakan stress reliever untuk Farah dan cara Farah untuk lepaskan segala tekanan kehidupan dan kalau penat pun boleh jadi hilang oiii dengan blogging… Ha ha ha… Bunyi macam minat sangat nau… YA! Memang minat lah… Kalau tak, buat apa nak sibuk-sibuk penat-penat perah otak susun ayat dan menaip walaupun badan dah exhausted sangat! Bukan nak glamour pun dalam dunia blogging… Platform untuk Farah mencurah minat… Dan sambil-sambil tu, cuba-cubalah cari duit poket sikit… Smile


BlogEnergizer nama laman web yang menyediakan pautan muat turun blogging organizer yang Farah gunapakai bermula pertengahan Disember 2016 ini dan In Shaa Allah, seterusnya sehingga ke tahun 2017 hadapan. Taklah kata ianya satu kemestian dan keperluan. Tapi buat Farah, Farah rasakan perlu dengan keadaan semasa Farah sekarang… Sebenarnya bergantung kepada individu juga… Kalau rasa tak perlu, tak perlulah… Mungkin anda ada cara anda yang tersendiri kan? Tapi kalau merasakan ini adalah merupakan satu idea yang bagus… Why not? Kan?

*Bukan blogger hebat punnn Farah ni… cuma Farah cuba sedaya upaya untuk pastikan segalanya teratur dengan cara yang Farah rasa selesa dan sesuai dengan jiwa Farah…Tu jerrr… Winking smile
Ini kira-kira macam acah-acah, langkah persediaan diri apabila anak sudah bersekolah nanti… Sebab nak pastikan sana sini sinun tidak terganggu. Bukan sekadar blogging tetapi juga tugasan hakiki, tanggungjawab hakiki…Semua serba-serbi Farah kena pastikan agar tidak terganggu konsistensinya… Tak nak mix up planner  untuk tugasan hakiki dan juga peribadi, Farah ambil keputusan untuk adakan satu planner khas untuk blog sahaja. Kurang-kurang tahun hadapan bolehlah perhatikan movement blog Farah sendiri. Ha ha ha…Nak tengok produktif ke kurang produktif ke? Semakin rajin ke? Atau semakin malas ke? Time management semakin ada peningkatan ke? penurunan ke? Bertambah baik ke? Atau sebaliknya…

Gigih dok Google mencari sana sini sinun yang rasa bersesuaian di hati ini dan rasa Farah minat…akhirnya ketemu jua yang memikat hati dan Farah rasa selesa… Tak perlu bayar pun, tetapi ianya adalah dari sumber yang membekalkan blogging planner untuk 9 tahun berturut-turut secara PERCUMA. Oklah tu kan?

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Menarik.. kalau ada nie lebih teratur kerja sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. dah muatturun..tp byk ratus gak ms nya...x larat nak print..

    ReplyDelete
  3. menarik nih..ok boleh cuba..semoga tahun depan lebih teratur dan terancang xtvt blogging kita.. maklumlah keje dan blogging dlm masa yang sama memerlukan komitment lebih sikit dari orang lain..ye dakk?? anyway, thanks for the sharing.

    -ainie-

    ReplyDelete
  4. wahhh... bagusnya benda ni... tq farah sebab share... sesuai sgt untuk orang yang susah nak manage macam ayu nih. huhu

    ReplyDelete
  5. bagusnya untuk saya yang suka planner ni. thanks! :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !