Whad’Up On 34th Birthday?

Farah Waheda Wahid
0
WHAD'UP ON 34TH BIRTHDAY

Laaa… tak habis lagi cerita tentang hari lahir ke 34 ni rupanya? Smile with tongue out…Setahun sekali! Bagilah peluang self-centred sekejap! Bukannya selalu… ahaksss… Open-mouthed smileMy born day kan? Tak salah rasanya kalau sekadar mengomel kosong sebegini sesekali kan? Ok ok ok… Berbeza dengan sambutan tahun lalu sewaktu hari lahir ke 33…Bolehlah rujuk pada entri Birthday cakeGift with a bow hari lahir ke 33 di 24.11.2015 | “Officially 33 Years Old”, tahun ini yang benarnya entah kenapa hati jadi rasa sebak sangattt! Sayu pula hati pada hari lahir ke 34 ni… Crying face… Tiba-tiba syahdu dan sendu pula bila usia mencecah 34 ni kan? Last year was a blast! Meriah sangat! Yang paling meriah kot? Mungkin ini sebabnya…

WHAD'UP ON 34TH BIRTHDAY 2

Semalam memang Farah ambil cuti tahunan bukan kerana nak meraikan hari lahir Farah, ikutkan hati malas nak ambil cuti tahunan tu, sebab boss ada di sini, tak travel ke mana-mana. Kesian boss bila Personal Assistant tak ada di pejabat dan dia ada di pejabat. Rasa macam tak sedap hati pula. Cuma, Farah lagi rasa tak sedap, bekerja tetapi selepas itu Farah keluar sekejap atas urusan peribadi yang tidak tahu cepat ke lewat masanya. Bila dah bercuti ni, makanya bangun tidur pun tak adalah pukul 4 pagi kan? Malam sebelumnya pun bukannya tidur sangat pun… Tidur pun setelah rasa kepala ni sakit sangat. Nak hilangkan sakit kepala jer tidur tu yang benarnya… Dapat tidur sekejap pun jadilah kan? Entah pukul berapa terlena di hadapan laptop pun Farah tak sedar dan tak perasan… Tau-tau ajer dah Sleeping half-moon.

Bangun pagi lebih kurang dalam pukul 6.30 pagi dan Iman Firash dah bangun! Awal sungguh dia bangun semalam. Biasalah, bangun tidur mesti cium anak dulu… Tapi semalam terbalik! Iman Firash bangun, Farah duduk, dia datang dekat… Dia pegang kedua-dua belah pipi Farah, kemudian dia cium pek pipi kanan kiri, pek cium di mulut Farah dan kemudiannya dia peluk Farah. Lama pelukan dia tu… Allahu… I am touched… Dan dia bercakap sebutan yang cuba disebut… yang Farah faham maksudnya… Happy Birthday Mommy! Crying face Ko tak rasa touching macam tu? Mana-mana mak pun akan terkesan, terkesan yang amat dalam jauh di lubuk hati ok? And he is just almost turning 3 years old soon! But… He understands a lot! Dia seolah-olah sangat matang! Semoga berbahagialah nak bakal menantu Mommy nanti kalau dapat bertemankan hidup Iman Firash. Winking smile He he he… Sweet angat-angat nih! Dari mana? Atas gerakan apa? Farah tak pernah ajar dia semua benda-benda ni… It comes from within himself! Bukannya Farah exeggarate cerita ya? Akan tetapi itulah yang sebenar-benarnya kejadian pagi semalam…

Selepas itu? Surprised smile kejutan yang seterusnya… Nenek Firash datang membawa satu bungkusan plastik dan serahkan pada Farah. Mama ucap selamat hari lahir, kemudiannya Mama peluk dan cium anak dia ni yang dah jadi mak orang ni macam I am still her baby! Crying faceFarah buka bungkusan yang Mama beri dan dapati:

WHAD'UP ON 34TH BIRTHDAY 3

Ada dua helai baju dari Mama. Bila Mama beli dan masa bila Mama pergi? Itu Farah sendiri tak tau…Mungkin Papa yang bawa Mama pergi beli kot? Sebab rasanya tak nampak bungkusan ni sebelum-sebelum ini. Touching lagi… Mama minta maaf kalau pemberian dia tak seberapa… Crying face… Janganlah cakap macam tu! Ini pun dah bersyukur sangat-sangat dah atas ingatan dan effort Mama untuk adakan juga hadiah untuk Farah. Walaupun Mama tak lagi bekerja, walaupun Mama sudah tidak semewah dulu tetapi Mama tetap usaha juga untuk adakan hadiah hari jadi untuk Farah… Menaip entri ni pun bergenang air mata ni weiii! Macam tulah juga kita ni bila dah bergelar ibu kan? Macam tulah perasaannya…

Tidak ada sebarang perancangan untuk sambutan di mana-mana. Tidak ada sebarang perancangan nak ke mana-mana. Cumanya fokus tujuan dan niat asal bercuti adalah untuk renew lesen memandu yang tamat pada hari ini setelah tempoh 5 tahun berlalu. Pertama, pergi ke bengkel, tukar bateri kereta yang dah kong malam sebelum itu… Phewww…Mujur ada kakak dan abang dari Alam Budiman yang datang bantu Farah sewaktu eve birthday Farah dulu semalam. Kalau tak, tak taulah terkail-kail macam mana nak balik…Muahahaha…. Open-mouthed smile…Sebab dah malam kan? Lebih kurang dalam pukul 10.00 malam macam tu… Masa tu nak balik dari arah pejabat lah tu… The first damage on my 34th birthday adalah tukar bateri kereta… Makanya berterbanganlah RM 145.00… Adoiii… Time-time macam ni kan?

Destinasi kedua adalah menuju ke kedai gambar yang terletak di pasaraya Econsave yang berada di dalam kawasan perumahan Farah…Ambil gambar untuk renew lesen memandu Farah lah tu kononnya… Dah 5 tahun tak renew lesen makanya belum pernah ada pengalaman lagi bertukar ke lesen memandu baru… Poyo-poyo pergilah ambil gambar dengan latar belakang berwarna putih untuk tujuan perbahurui lesen memandu… The second damage on my 34th birthday adalah sebanyak RM 14.00. Beralih ke destinasi ketiga, iaitu Pejabat Pos Besar Shah Alam… Mak aiii… banyaknya kereta di parking… Tapi mungkin rezeki agaknya… Sekejap jer dapat parking betul-betul di hadapan Pejabat Pos Besar Shah Alam tu. Betul-betul bertentangan dengan pintu masuk. He he he… Smile.

Ambil angka giliran dan tunggulah giliran Farah sampai… Sap sap soi…Tunggu punya tunggu… Sambil-sambil tu buka beg duit, kira berapa bajet yang ada sebab nak fikir nak renew lesen untuk berapa tahun? Selalunya Farah akan renew untuk tempoh 5 tahun sekali. Akan tetapi tahun ni nampaknya bajet tak berapa nak ada ni. Memang dah sediakan bajet awal-awal tapi disebabkan oleh insiden bateri kereta kong, makanya faham-fahamlah, kena kira balik Ringgit Ringgit Malaysia yang ada sebab kena stand by untuk nak ulang alik pergi kerja dan juga untuk makan minum Iman Firash… Hu hu hu… Fikir punya fikir… Akhirnya, ambil keputusan renew lesen untuk tempoh 4 tahun instead of 5 tahun.

WHAD'UP ON 34TH BIRTHDAY 4 

WHAD'UP ON 34TH BIRTHDAY 5

Jumlah bayaran yang dikenakan adalah RM 122.10 termasuk dengan GST sekali… Phewww… Ok selesailah bab yang seterusnya ini… Rasanya dah selesai urusan untuk hari semalam…Dah tak ada apa-apa lagi. Lagipun dah maklumkan yang selepas selesai nak terus balik. Maka kita kenalah terus balik kan? Dalam perjalanan balik teringin pula nak jugaaa ada kek untuk diri sendiri…Ha ha ha… Open-mouthed smile…Memandangkan tahun ni tak ada kek lagi… Sedih ok? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Makanya dalam perjalanan balik kita singgah sebentar…

WHAD'UP ON 34TH BIRTHDAY 6

Inilah dia self-reward untuk birthday kali ini… Ha ha ha… Open-mouthed smileSo the self-centered tau tak? Alaaa…macam Farah kata, sesekali tak ada salahnya kan? He he he… Winking smileCan’t wait for the upcoming birthday bash soon! Yang itu memang ada kek! Kek dia special sikit tahun ni! Kek yang bakal membuatkan dia teruja… Tunggu nanti Farah cerita selepas kek dah selamat terima! Tunggu tau? Tunggu tau?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !