Home » , , , , , , , , » Tips Menjimatkan Minyak Masak!

Tips Menjimatkan Minyak Masak!

TIPS MENJIMATKAN MINYAK MASAK!
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Hari tu ada seorang rakan seperjuangan, blogger juga – dia maklumkan yang minyak masak jenama Saji seberat 5kg naik sebanyak RM 7.00. Confused smile… Fuhhh, berpeluh dingin, terketar lutut dan semakin hari semakin takut pula nak tempuh cabaran kehidupan yang mendatang ni. Semuanya serba naik tak ada yang serba turun. Agagagaga… Open-mouthed smile. Nilai Ringgit Malaysia, nampaknya semakin lama semakin mengecil. Adakah kita rakyat marhaen seantero Malaysia bakal kehilangan terus kuasa membeli? Sekarang ni bukan tak ada kuasa membeli tetapi kuasa membeli itu sudah semakin mengecil segmentasi-nya nampaknya. Pagi cucuk RM 100.00 di ATM, tak sampai petang dah boleh tinggal se-coet jer bakinya. Beza dengan waktu dulu-dulu kan? RM 100.00 boleh tahan seminggu kot dulu? Huwaaa… Crying face… Farah terasa perit oiii… Tapi kalau anda tak terasa perit mungkin poket anda berganda-ganda tebalnya sampai tak muat-muat dari Farah lah tu…Alhamdulillah, rezeki anda… Farah tumpang gembira…Tak dengki pun, tak cemburu pun, itu rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan kan? Bersyukurlah dengan apa yang ada… Hidup dengan apa yang ada seadanya…Gittew!

Bila poket tak berapa nak tebal dan duit tak berapa nak berkepok-kepok ni, memang kena buat apa sahaja yang possible untuk langkah penjimatan. Termasuklah menjimatkan minyak masak. Ada orang lagi best! Nak jimat minyak masak tak perlu memasak! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi mungkin anda tak jemu makan, makanan kedai… Macam Farah ni, Farah lebih suka makan, makanan yang disediakan di rumah berbanding kedai. Cuma sesekali bila datang selera tekak nak layan masakan kedai tu, memang akan makan kedai lah kan? Makanya, bila memang dapur akan berasap di rumah hampir setiap hari, kenalah cari tahu bagaimana caranya Farah ni dapat menjimatkan penggunaan minyak masak. Gali punya gali, cari punya cari terjumpa satu perkongsian melalui artikel di SINI. Artikel ini sebenarnya telah dimuatnaik pada tahun 2011, akan tetapi tak mengapa, yang mana relevan tu kita ambil pakailah kan? Yang tidak relevan tu sendiri masing-masing faham.

Boleh dikatakan minyak masak adalah salah satu keperluan yang penting di dalam setiap masakan kita. Masakan yang dimaksudkan di sini adalah masakan jenis deep fry seperti ayam goreng, ikan goreng ataupun masakan goreng yang lain yang menggunakan kuantiti minyak masak yang agak banyak.

Smoke Point (Takat Mula Minyak Berasap)

Pelbagai jenis minyak masak dan jenama minyak masak yang terdapat di dalam pasaran semasa. Bermacam-macam jenis iklan segala bagai mengenai kebaikan minyak masak keluaran sesuatu jenama di dalam media. Tetapi yang agak mengecewakan adalah tiada penerangan yang mendalam mengenai minyak masak yang kita gunakan setiap hari. Ramai di antara kita cuma mengetahui tentang kolestrol yang bersangkut-paut dengan Polyunsaturated Fattty Acid (PUFA) asid lemak yang dapat meningkatkan kolestrol baik (HD) dalam tubuh badan kita. Pengeluar minyak masing-masing dari bunga mataharai, jagung atau minyak biji kapas, minyak zaitun dengan megahnya mengatakan minyak mereka paling terbaik. Memang betul cakap mereka itu, tetapi tahukah anda bahawa minyak-minyak yang mengandungi PUFA ini punyai kelemahan untuk masakan deep fry yang memerlukan suhu yang tinggi di dalam proses gorengan.

Kelemahan kumpulan minyak ini, apabila digunakan minyak-minyak seperti ini untuk gorengan yang bersuhu tinggi akan menghasilkan komponen toksik, semasa kepanasan minyak masak mencapai suhu smoke point. Apakah itu smoke point? Sebelum kita melompat pada tajuk lain, eloklah sangat kalau kita memahami apa itu smoke point ataupun dalam kata lain, takat minyak berasap. Smoke point ialah apabila minyak dipanaskan dengan suhu tinggi, lemak (fatty) dalam minyak masak mulai pecah kepada glycerol dan ia juga membebaskan asid lemak (fatty acid)  dan bila asid lemak pecah lagi untuk menghasilkan acrotein. Acrotein ini pula bersebati dengan arcolein untuk menghasilkan asap (smoke) yang sangat tidak menyenangkan dan menyebabkan mata kita gatal dan berair apabila terkena asap ini. Sekiranya suhu minyak itu naik lagi atas paras smoke point maka wujudlah Fire Flash Point (takat suhu sambar api) untuk menghasilkan api. Api terbentuk dengan sekiranya ada tiga faktor. Bahan Api (minyak, kayu, kertas dll), Oksigen (udara) dan suhu takat sambar api atau flash point. Smoke point untuk jenis-jenis minyak adalah seperti berikut:

  • Minyak Bunga Matahari 232 darjah C.
  • Minyak Soya 238 darjah C.
  • Minyak Sapi 252 darjah C.
  • Minyak Zaitun 191 darjah C.
  • Minyak Jagung 232 darjah C.
  • Minyak Kelapa 232 darjah C.
  • Minyak Kelapa Sawit 240 darjah C.

Kesimpulannya untuk gorengan (deep fry) yang penting bukanlah jenama minyak atau jenis minyak tetapi smoke point minyak itu. Kita perlu cari minyak yang punyai smoke point yang tinggi. Kalau tidak minyak yang digunakan walau pun tinggi mutu tetapi ia tidak sesuai jenis gorengan yang diperlukan.  Lihat jadual di atas smoke point minyak zaitun itu terlalu rendah. Bolehkah digunakan untuk menggoreng ayam atau ikan?. Pasti tidak boleh kerana suhu minyak yang diperlukan untuk  menggoreng ayam atau ikan adalah 180 -190 darjah C.    Walau pun minyak zaitun dikatakan punyai nilai nutrisi yang tinggi tetapi ia tidak sesuai untuk gorengan. Ia sesuai digunakan tanpa suhu panas. Suri rumah jangan pulak kerana terlalu pening tentang minyak masak dengan baca buku diet, menggoreng ayam menggunakan minyak zaitun. Nanti bukan kalori tubuh badan yang terbakar, dapur dan tubuh badan yang terbakar. Hu hu hu.
 
Minyak sawit amat sesuai untuk menggoreng dengan suhu panas. Ia juga memiliki kandungan Monosaturated dan Saturated Fatty Acid yang seimbang. Kalau kedua ini tak seimbang maka minyak jenis ini tidak baik untuk kesihatan. Ia juga dipanggil Omega 3 dan Omega 6.
 
Faktor- faktor luaran menyebabkan suhu smoke point minyak masak jatuh rendah:
  1. Mencampuradukan minyak baru dan minyak terpakai.
  2. Suhu memanaskan minyak terlalu tinggi.
  3. Kekerapan minyak diguna pakai.
  4. Penyimpanan minyak terpakai yang salah.
  5. Membiarkan minyak terpakai tidak ditapis dan tidak tutup rapat.

Cara-Cara Menggoreng Deep Fry Yang Betul

  • Semasa menggoreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa menggoreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan ke dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuaian akan cepat membentuk perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak. Isi ayam atau ikan  yang digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh dijimatkan.

  • Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan  sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.

  • Sekiranya anda menggoreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan kedalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.

  • Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah digoreng (tapi payah stail kita). Goreng ikan keli perlu awas!. Ada yang jadi buta kerana goreng ikan keli ini.

  • Sekiranya ingin goreng French Fries, goreng terus dari keluarkan dari peti sejuk (masih keras lagi). Ini akan mengurangkan penyerapan minyak dan French Fries menjadi rangup.

  • Elakkan gorengan yang terlalu banyak dalam satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak akan menurun mendadak.

  • Sekiranya minyak terlalu panas tambahkan minyak yang baru untuk mengawal suhu minyak.

  • Keperluan sukatan minyak untuk gorengan  ialah 1 isi padu bahan gorengan bersamaan dengan 6 isipadu minyak. 1:6.

Minyak sebelum gorengan perlu dipanaskan dahulu sebelum gorengan dilakukan dengan 7-8 darjah C lebih rendah dari suhu gorengan yang dikehendaki.
 

Tanda-Tanda Minyak Terpakai Tidak Boleh Digunakan

  • Minyak bertukar warna menjadi kehitaman.
  • Kepekatan minyak bertambah dari biasa.
  • Minyak terpakai yang disimpan mendapati terdapat bendasing yang terapung atau membentuk lapisan di permukaan minyak.
  • Apabila minyak gorengan telah mengelurkan asap atau minyak yang telah terbakar.
  • Sekiranya minyak berbau yang tidak menyenangkan atau masih berbau dari bahan gorengan yang lepas.

Cara Memanjangkan Hayat Minyak Masak

Hayat minyak masak terpakai akan menjadi pendek bila anda suka memanaskan minyak untuk masa yang panjang. Apabila anda mula menggoreng jangan biarkan minyak itu panas tanpa bahan gorengan. Masa selingan gorengan perlu cepat dan jangan biarkan minyak panas terlalu lama tanpa gorengan. Selesai gorengan cepat padamkan api dapur dan sejukkan minyak.
 
  • Dapatkan jangka suhu untuk Deep Fry. Jangka suhu ini akan banyak membantu anda semasa gorengan dan menjimatkan masa gorengan dan kegunaan minyak.
  • Semasa gorengan dikeluarkan untuk masukkan kembali bahan gorengan, pastikan tapis minyak goreng terdahulu dengan menggunakan penapis tangan yang mudah. Ia tidak mahal tetapi akan menjadikan minyak gorengan anda sentiasa bersih.
  • Apabila minyak masak telah sejuk dan selamat untuk ditapis, tapiskan minyak telah gunakan dengan penapis kantung teh atau kain nipis. Anda juga boleh dapat kertas turap yang berkon untuk tujuan ini. Jangan masukan dalam minyak baru.
  • Gunakan kembali bekas minyak dan tuangkan minyak terpakai kedalam. Tentukan ia ditutup rapat dan kalu boleh simpan di peti sejuk anda sebelum digunakan. Ia menjadi beku tidak mengapa. Apa di keluarkan dan dibiarkan dalam udara biasa ia akan cair cepat.

Nasihat penulis artikel tentang minyak masak satu sahaja katanya… JANGAN BELI MINYAK MURAH DIBUNGKUSKAN DALAM BEG PLASTIK WALAUPUN IA MURAH. Dikhuatiri minyak lama digunakan dan kita tidak dapat memastikan sama ada ia bercampur dengan minyak baru atau tidak. Kedua, minyak ini tidak sesuai untuk disimpan dan semasa menggunakan banyak minyak tertinggal dalam beg plastik itu. Kadangkala timbangan 1kg amat meragukan. Gunakan minyak 5kg dalam botol. Ia bermutu dan cuma harganya tinggi sedikit.
 
Cubalah ya? Mana tau kot-kot kalau-kalau berhasil untuk jimatkan penggunaan minyak masak. Hu hu hu… Tapi rasanya, lagi satu cara elok kita kurangkan penggunaan minyak di dalam masakan ke arah pemakanan yang lebih sihat dan less oily. Kannn? Winking smile. Nak lagi senang, mungkin dah tiba masanya masyarakat Malaysia termasuk diri ini beralih kepada menu pemakanan sihat atau by eating clean diet menu. Muahaha…Lepas ni semua rakyat Malaysia akan turun berat badan dan selim melim dengan figura masing-masing…Oklah tu kan? Sihat pun sihat…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Menjimatkan Minyak Masak!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 8, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Hehehe...poket PC pun tak tebal..

    ReplyDelete
  2. tq farah for sharing..xpenah tau pun sebellum ni..byk sgt tip..

    ReplyDelete
  3. boleh guna tips ni nanti..
    banyak sangat kenaikan harga tu kan...
    cekik darah betul..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY