THOMAS & FRIENDS King of The Railway Deluxe Set

Farah Waheda Wahid
1
THOMAS & FRIENDS KING OF THE RAILWAY DELUXE SET

Hilang mengantuk youuu! Dari dah lemah gemalai dan nampak seperti sudah tidak berkemampuan nak membuka mata selepas balik dari bergelumak di Little Kingdom, Parkson Maju Junction Kuala Lumpur semalam… Apabila pintu rumah dibuka sahaja, terus dia buat ekpresi Surprised smile dan sebut “Owhhh wowww!”… Sambil kedua-dua tapak tangan memegang pipi sendiri dan mulut berbentuk huruf O. Yang Mommy tengah sibuk-sibuk nak angkat segala barang-barang dari dalam kereta jadi terkejut, ya lah kot-kot ada apa-apa yang tak kena kan? Cepat-cepat tengok dia… Lahaiii… Ingatkan apa benda…Rupa-rupanya like a dream come true… pucuk dicita ulam mendatang kaedahnya… Terus dia pandang Mommy dia ni dengan muka senyum lebar sambil boleh nampak anak mata dia yang bersinar-sinar tu…

Ada hadiah birthday dari Atuk! Satu set permainan Thomas & Friends King of The Railway Deluxe Set… Terus jadi segar bugar dan terus melompat-lompat kegembiraan yang tidak terkata… Open-mouthed smile… Ha ha ha, tahun ni memang rezeki Thomas & Friends jer sewaktu hari kelahiran dia… Memang jelas terpancar kegembiraan di wajah dia sepanjang hari….Alhamdulillah, Firash happy Mommy lagi happy tengok Firash… Cumanya, sampai rumah semalam pun dah agak lewat… Ini agak-agak pukul berapalah agaknya nak tidur ni? Bisik Farah dalam hati sendiri jer lah… Tapi dah boleh jangka dah, mesti lewat tidur ni… Tak boleh jadi ni! Mommy dia ni dahlah bersambung-sambung tak berapa sihat sedari Selasa lepas… Mata dah mula rasa panas jer dan hidung memang dah selesema… Hu hu hu… Sick smile… Tak boleh jadi ni, kena paksa juga dia tidur… Tapiii, semalam hari kelahiran dia…Sesekali bagi dia buat apa yang dia suka tak salah rasanya kot? After all it is his day kan?

THOMAS & FRIENDS KING OF THE RAILWAY DELUXE SET 2


Yang jadi mangsa untuk assemble all the parts siapa lagi kalau bukan Mommy dia ni kan? Tak sempat nak salin pakaian ke? Nak letak beg ke? Nak cuci muka ke? Nak ke tandas ke? Semua tergendala sebab kena paksa dengan Iman Firash… “Mommy, sit down…”… Dah faham sangat dah tu… Dah faham sangat-sangat dah…Dia suruh Mommy buka kotak tu dan pasangkan untuk dia… Hurmmm… Bertabahlah Mommy dan bersabarlah Mommy walau rasa nak terkucil sekalipun… Ahaksss.. Rolling on the floor laughing… Bukan main nalaaa, dia punya baring atas lantai kan? Punyalah khusyuk dia melayan set trek keretapi Thomas & Friends yang paling terkini dalam koleksi dia…

THOMAS & FRIENDS KING OF THE RAILWAY DELUXE SET 3

THOMAS & FRIENDS KING OF THE RAILWAY DELUXE SET 4

THOMAS & FRIENDS KING OF THE RAILWAY DELUXE SET 5

THOMAS & FRIENDS KING OF THE RAILWAY DELUXE SET 6

Macam-macam posisi boleh dilihat…sambil Mommy tengah berselubung dengan baju sejuk sebab dah mula terasa sejuk dah badan ni ha… Walaupun hakikatnya cuaca tak adalah sesejuk mana pun… Ada juga yang tertidur atas lantai ni kang? Tapi macam tak jer? Ha ha ha… Open-mouthed smile sebab apa? Sebab nampak jer macam lemah gemalai macam tu…Lepas tu… Dia jadi segar balik dengan tak semena-mena…Sempat juga Farah rakamkan video dia waktu tu…


A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on


Untunglaaa… orang dapat tambah koleksi trek keretapi Thomas & Friends… Seronok-seronok juga, tetapi di dalam masa yang sama, Farah ingatkan diri Farah sendiri supaya ajar anak tu untuk berterima kasih… didik anak tu untuk selalu mengucapkan terima kasih… Makanya, Farah pun minta Iman Firash mengucapkan terima kasih kepada Atuk dia dan minta Iman Firash sebut Alhamdulillah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT… Besar atau kecil kebaikan itu tidak menjadi penanda aras bagi melayakkan seseorang itu untuk mendapat ucapan terima kasih daripada kita kan? Sebaliknya, setiap satu kebaikan, wajar dihargai dengan rasa terima kasih kita kepada pemberinya.

Hikmah melalui ucapan terima kasih itu ialah mereka akan sentiasa berterima kasih atau bersyukur atas semua nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Tidak kira nikmat itu besar atau kecil, rasa bersyukur itu perlu dipulangkan semula kepada Pemberinya iaitu Allah yang Maha Memberi. Oleh itu, setiap hari anak-anak tidak boleh terlepas daripada connection dengan Allah. Mulakan berterima kasih dengan manusia, In Shaa Allah, Farah yakin secara automatik anak-anak akan bersyukur dengan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

Jika kita tidak tahu berterima kasih terhadap manusia, maka kita juga tidak akan tahu berterima kasih terhadap Allah.

Itu sebabnya Farah rasa tidak salah jika kita sebagai ibu bapa mulakan seawal mungkin. Bentuk anak-anak kita menjadi manusia yang bergantung kepada Allah SWT melalui jambatan taubat dan syukur. In Shaa Allah, mudah-mudahan… Amin…

Mommy pun sama, ucap terima kasih pada Atuk Iman Firash kerana susah payah membelikan hadiah untuk Iman Firash. Kami tidak meminta pun… tetapi itulah kasih sayang Atuk kepada cucunya… Rezeki Iman Firash… Smile

*Tahun ni tema sambutan hari lahir Iman Firash memang Thomas & Friends…Tahun depan tak taulah apa pula…Itu semua bergantung kepada perkembangan semasa dan minat semasa dia juga…In Shaa Allah…

** Owhh, akhirnya Farah tidurkan juga dia selepas bagi ruang untuk dia menikmati permainan baru dia selama lebih kurang 30 minit. Waktu tidur kena jaga kan? Lebih-lebih lagi masih kecil…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !