Strategi Mendidik Anak Bagaimana Berhadapan Dengan Pembuli!

Farah Waheda Wahid
1
STRATEGI MENDIDIK ANAK BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN PEMBULI!

Serammm!!! Ghost … Zaman sekarang ni, kes buli bukan sahaja melibatkan anak-anak remaja tetapi juga anak-anak yang masih berada di dalam lingkungan usia sekolah rendah. Lagi bertambah serammm!!! Ghost… Bukan setakat yang berjantinakan lelaki yang terlibat, yang perempuan pun turut sama naik!!! Bila dikenang-kenang balik semua tayangan berita mengenai keskes buli yang viral di media sosial dan juga media massa tempatan, memang boleh jadi ngeri disebabkan memikirkan yang awak ni pun ada anak juga, anak awak bakal menempuhi alam persekolahan… Bermaksud, anak sendiri pun open to risk sebenarnya. Advanced betul anak-anak zaman sekarang ni ya? Daring pun ya juga…  Semakin ekstrem pula kes buli membuli ni. Bukanlah nak kata zaman-zaman sebelum-sebelum ni, termasuk zaman Farah tak ada kes buli, ada… Cumanya tidaklah se-ekstrem ini kan?

Contohnya seperti video yang dipetik dari YouTube di bawah ini, yang mungkin pernah anda tonton juga.

Video Buli Murid Sekolah Rendah





Pelajar Perempuan Kena Buli Di Kelas




Ini kalau terjadilah (minta sangat-sangat-sangat dijauhkan) kepada Iman Firash, memang sampai ke akar umbi mendapat si pelaku buli yang terlibat. Tidak ada mana-mana seorang ibu bapa pun yang sanggup jika anaknya diam sahaja saat menjadi korban buli! Biasalah, ibu bapa, akan cuba yang terbaik untuk melindungi anak-anak masing-masing. Tapi, kita-kita ni sebagai ibu bapa, bukannya akan 24 jam sentiasa berada di sisi anak-anak. Kita masing-masing punya tanggungjawab untuk mencari nafkah dan rezeki buat keluarga masing-masing demi kelangsungan hidup. Anak-anak juga perlu meneruskan rutin seharian mereka. Masing-masing ada tanggungjawab serta jadual waktu sendiri tanpa kehadiran antara satu sama lain. Kes-kes buli ini, memang sah-sah berlaku tanpa kehadiran kita kan? Tak nak anak jadi mangsa buli dengan teruk ataupun tak nak anak terjebak menjadi mangsa buli, jadi ibu bapa kenalah fikirkan cara yang terbaik bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk melindungi diri walaupun kita tiada di sisi pada waktu kejadian berlaku ya tak?

Tetapi bagaimana ya? Di sinilah di mana peranan ibu bapa menjadi sangat penting di dalam mendidik anak-anak untuk membela diri mereka sendiri demi mencegah kemungkinan buruk yang mungkin boleh berlaku. Maksud membela diri di sini, bukanlah bermaksud untuk mendidik anak kita supaya memukul kembali si pelaku buli tu, akan tetapi tentang perkara-perkara yang sebaiknya yang dilakukan oleh anak yang dinamakan sebagai strategi membela diri di saat dibuli. Gittew... #ehhh tapi betullah kan? Masing-masing ada anak kan? Ada yang sudahpun bersekolah, ada pun yang bakal memasuki alam persekolahan, seperti Farah ni lah, Iman Firash bakal memasuki alam persekolahan pada tahun hadapan. Walaupun sekadar sekolah main-main, tetapi ini adalah salah satu sudut yang tidak boleh dipandang enteng oleh Farah. Al-maklumlah, Mommy Firash memang over-protective dan tidak mahu anak menjadi mangsa buli. Jujur diakui, for my son I will do anything and I can be anything. Even I can't, I will be. Haaa...Macam tu kan? Ko rasa ko sorang? Ha ha ha...Open-mouthed smile Semua ibu bapa pun macam tu kan? Dah namanya anak tentulah sayang oiii... Tentulah tidak mahu apa-apa terjadi kepada anak-anak kita kan?

Melalui sumber yang Farah sempat baca beberapa hari yang lepas di SINI, di antara strategi untuk mendidik anak untuk membela diri di saat dibuli adalah sepertimana yang telah disenaraikan di bawah:

Memantau Sudut Kepercayaan Diri / Self-Confidence

Ibu bapa perlu membina kepercayaan diri / self-confidence di kalangan anak-anak masing-masing. Membina sikap percaya kepada diri sendiri boleh dimulakan dengan melatih anak-anak untuk memberikan bahasa tubuh yang menyakinkan (body language) seperti berjalan dengan tenang dan berani untuk bertentang mata dengan orang lain. Latihlah anak untuk mampu melakukan hal-hal sebegini dengan baik supaya apabila sekalipun dia berada di dalam keadaan yang ketakutan amat sangat, dia masih lagi mampu untuk percaya kepada diri sendiri. Kekuatan mental adalah kunci utama agar tidak ditindas.

 

Membentuk Kumpulan Kawan

Pelaku buli kebiasaannya tidak menjadikan anak yang mempunyai kawan sebagai sasaran. Mereka biasanya menyerang anak-anak yang tidak mempunyai kawan atau berseorangan. Jika anak anda adalah jenis yang tidak mempunyai kawan atau tidak suka berkawan, makanya, sebagai ibu bapa, kita seharusnya menggalakkan serta membimbing anak-anak untuk menjalinkan persahabatan walaupun hanya dengan seorang kawan. Apabila berada di dalam kelompok kawan-kawan, ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencegah kes buli dari berlaku.

Ajar Anak Untuk Lebih Peka

Ajar anak untuk lebih berhati-hati dengan lingkungan persekitaran mereka. Apatah lagi jika terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sekeliling mereka. Melatih kepekaan anak-anak tentang persekitaran tidak dapat dilakukan di dalam tempoh waktu sehari. Ajar anak membela diri dengan melatih sikap berhati-hati terhadap persekitaran dengan tujuan untuk menghindarkan diri mereka dari menjadi mangsa keadaan buli dan juga dibuli di tempat yang sunyi.

Elakkan Pergaduhan Dan Salah Faham

Ada masanya, mengelakkan pergaduhan dan salah faham itu dianggap sebagai tindakan seorang yang pengecut. Akan tetapi, anda boleh mengatakan kepada anak anda bahawa mengelakkan pergaduhan dan salah faham adalah bagi mencegah situasi yang lebih buruk terjadi. Oleh yang demikian, sebelum situasi menjadi semakin teruk, elakkan pergaduhan dan salah faham adalah cara terbaik untuk mencegah kes buli. Ajar anak untuk peka kepada naluri hati tentang keadaan selamat dan bahaya dan larikan diri apabila perlu.

Gunakan Suara Yang Tegas

Para pembuli kebiasaannya tidak akan menyerang orang yang memiliki kepercayaan diri dalam suaranya. Akan tetapi, hal ini memerlukan latihan khusus, terutama di dalam situasi darurat. Suara yang tegas dapat mempengaruhi pemikiran mental para pembuli yang bahawasanya lawan mereka bukanlah orang yang lemah.

Selalu Mencari Pintu Keluar

Walau ke mana sekalipun anak pergi, ajar anak untuk selalu mencari di mana letaknya pintu keluar. Ini akan menjadi sesuatu yang sangat berguna jika nantinya anak dikepung di sebuah tempat oleh segerombolan orang tertentu.

Menjerit

Salah satu cara untuk mendidik anak membela diri pada saat terjadinya kes ini adalah dengan memintanya menjerit dengan kuat. Selain dari mengganggu kosentrasi pihak pembuli, ia juga adalah kebarangkalian di mana akan ada juga bantuan yang datang untuk membantu anak anda. Yang pastinya, diam bukanlah merupakan satu idea yang baik.

Seni Pertahanan Diri

Ini adalah melibatkan serangan fizikal. Dengan mengikuti kelas seni pertahanan diri, anak akan dapat membela diri sewaktu mereka dibuli.

Gunakan Teknik Bela Diri

Ibu bapa selalunya risau sekiranya anak-anak masing-masing teribat di dalam perkelahian secara fizikal. Akan tetapi, di dalam menghadapi pembuli yang melakukan serangan fizikal, teknik bela diri iaitu mengelakkan serangan dan bukannya menyerang sangat perlu digunakan. Didik anak untuk fokus kepada mengelakkan serangan yang bakal dihadapi. Anak yang tidak dapat melindungi atau mengelakkan serangan sewaktu terjadinya buli berpotensi mengalami depresi saat dia dewasa nanti.

Nyatanya kan? Anak-anak yang menjadi mangsa buli dengan kerap sebenarnya bakal berhadapan dengan pelbagai kemungkinan negatif, ada yang mengalami depresi, gangguan emosi, kecacatan seumur hidup. Tentunya sebagai ibu bapa kita tidak mahu semua perkara ini terjadi kepada anak kita sendiri. Apa yang telah disenaraikan di atas adalah asas kepada strategi untuk mendidik anak bagaimana untuk menghadapi si pelaku buli yang dapat membantu mereka. Dengan membela diri atau melindungi diri sendiri, anak juga akan lebih mudah mencari jati diri. Bukan sekadar perlunya kita mendidik anak untuk membela diri akan tetapi adalah amat penting sebenarnya kita didik anak kita supaya tidak menjadi pembuli!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ena skrg susah hati dengan anak2 buah ena kat sekolah lepas dengar macam2 kes buli kt sekolah. Semoga mereka dilindungi oleh Allah. Thanks share kak pasal ilmu2 ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !