Sorry-Lah Too Good To Share!–MAMMAM DELIVERIES

Farah Waheda Wahid
0
SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES

Kisah terjadi minggu lepas… Tengah-tengah leka menyiapkan tugas hakiki di pejabat tiba-tiba terasa perut ni lapar sangat-sangat… Memang orang kata lapar tahap heavy metal lah sampaikan otak jadi blank dan terhenti seketika… Open-mouthed smile Ha ha ha… Jadinya macam tak tau nak fikir apa masa tu, fokusnya perut lapar! Maunya tak lapar? Sejak kebelakangan ini, memang jarang sangat makan. Jarang sangat-sangat… Selera tak terbuka katanya… Bukan sebab diet! Nasi? Lagilah… Boleh kira dengan jari kot? Berapa kali sebulan sentuh nasi? Perut ni rasa merengat-rengat sangat! Nak tunggu pukul 12.30 tengah hari macam lama sangat sedangkan jam pada waktu itu baru menunjukkan pukul 9.30 pagi. Awak ni masuk pejabat dan mula bekerja pukul 8.00 pagi… 9.30 pagi dah rasa lapar oiii… Ngeee…. Tapi??? Takkanlah nak keluar tiba-tiba pergi beli makanan kan? Malas tu memang satu hal, jaga-jaga dengan environment sekeliling pun ya juga… nanti jadi bahan pula… Bahaya! Walaupun tak ada salahnya minta izin dari boss seketika dalam 15-20 minit untuk beli makanan tetapi ibarat macam tak proper pula rasanya. Makanya mencarilah kita alternatif yang ada…

Ligat otak ni berfikir, macam mana nak satisfy the hunger yang semakin mendesak ni… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Main pusing-pusing tetikus komputer… Tiba-tiba… Light bulb Ting ting ting… Kita Google ajerlah untuk food delivery! Kannn? Browse punya browse terjumpa dengan sesuatu yang baru yang selama ini belum pernah lagi Farah dengar atau cuba. Apa tu? Sepertimana tajuk entri ini… MAMMAM DELIVERIES.

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 5

Tu dia… The Deliciousness Tahap Dewa Food Delivery Company dia punya tagline…Meh sini sikit! Farah tiba-tiba berkata-kata dalam hati… Smile… Nak cuba rasa apa yang tahap dewa sangat sedapnya makanan yang disediakan oleh MAMMAM DELIVERIES ni kannn? Apa lagi? Muka ada senyum lah kan? Sebab seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal kaedahnya… Mulalah episod browsing apa pilihan makanan yang ada di dalam menu yang disediakan oleh MAMMAM DELIVERIES.

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 7

Wahhh macam-macam ada ni! Malay Cuisine, Chinese Cuisine, Indian Cuisine, Malaysia All Time Favorites, Vegetarian Cuisine, Thai Cuisine and Dish Only. Lai lai lai… Pilih mana nak pilih ikut selera tekak masing-masing… He he he …. Winking smile…. Seronok pula tengok senarai menu dan secara automatik jadi drooling sangat-sangat oiii! Dahlah memang lapar! Skrol ke atas, skrol ke bawah, klik sana, klik sini… Akhirnya… Ini yang menjadi pilihan hati Farah untuk memenuhi keinginan perut pada waktu dan ketika itu…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 8

CHETTINAD VARUVAL (SPICY) CHICKEN… Masakan popular dari Chettinad (Selatan India) yang mana sama ada daging ayam ataupun kambing yang dimasak secara kering. Kiub ayam ataupun kambing yang diperap dan digoreng bersama campuran rempah kari masala yang dimasak sehingga separa kering. Dihidangkan bersama nasi dan juga sayur. Nyummeh! Smile with tongue out… Tak sabar pula rasanya nak tunggu makanan yang dipesan tu sampai…Harga pun bolehlah tahan kan? Sesekali tak salah kan? Khidmat penghantaran pula adalah percuma, tiada sebarang perkhidmatan pembayaran yang dikenakan kepada para pelanggan. Apa lagi kita teruskan dengan tempahan lah kan?

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 10

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 9

Isi semua maklumat seperti alamat penghantaran, kemudiannya pilih masa penghantaran, request pihak MAMMAM DELIVERIES untuk bawa wang tukar siap-siap jika kita memilih untuk pay cash on delivery. Pilihan pembayaran ada 3 kaedah…pilih yang mana yang anda selesa. Dah selesai semua…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 6

Tempahan kita akan diproses dengan kadar segera dan juga resit pembayaran (sekiranya anda membayar melalui kad kredit atau online banking) akan dihantar ke e-mel anda… Tunggu ajerlah sampai makanan kita tu sampai. Jangkaan waktu penghantaran adalah 90 minit. Tak apa… 90 minit perut Farah masih mampu untuk bertahan lagi tu… Ahaksss…

Akhirnya sampai juga apa yang dinanti…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 11

Tu diaaa… siap bagi air mineral sebotol lagi…Ahaksss… agaknya takut Farah tercekik kot? Bagus-bagus…Farah suka… Tak sabar ni…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 3

Mesti ada yang tertanya kan? Rasa bagaimana pula? Rasa masakannya boleh tahan… Sedap juga… Macam berbaloi dan tak sia-sia jer Farah tempah dari MAMMAM DELIVERIES ok? Ha ha ha…Bukan sebab lapar semuanya sedap…Tapi memang sedap… Kalau anda nak mencuba dan merasa sendiri masakan mereka bolehlah ke laman web mereka iaitu MAMMAM DELIVERIES dan lihat apa yang menarik yang mampu menjadi pilihan hati anda…

*Sesiapa yang malas nak masak hujung minggu ni…Bolehlah cuba-cuba tinjau-tinjau MAMMAM DELIVERIES kannn? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !