Sembang-Sembang Tentang ANAK LEWAT BERJALAN

Farah Waheda Wahid
2
ANAK LEWAT BERJALAN

Iman Firash… Boleh dikategorikan sebagai seorang yang lambat juga mendapat kaki atau senang cerita lewat berjalan. Di saat rakan-rakan sebaya dan mula laju berjalan, dia masih lagi berdiri, terhuyung-hayang cuba mengangkat kakinya untuk mengatur langkah dan berjalan. Mommy dia rasa rendah diri ke? Rasa macam sedih ke bila anak lewat berjalan? Tidak seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan dia? Jawapan jujur dan ikhlas, TIDAK SAMA SEKALI kerana hakikatnya lambat-laun dia akan berjalan juga, cuma perkembangan setiap anak-anak itu berbeza secara individu. Ada yang cepat perkembangannya ada yang lewat perkembangannya. Tapi itu bukanlah bermakna Farah tidak perlu pantau dan rasa risau.

Walaupun perlu bertenang, tetapi perkembangan dia tetap perlu dipantau dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil sekiranya setelah beberapa ketika dan melepasi sesuatu tahap masih juga tak berjalan lagi. Haruslah susah hati ya tak? Sebagai ibu bapa, masakan kita berasa terganggu jika anak kita masih lagi tidak boleh berjalan setelah sekian lama menanti dan setelah melepasi tahap umur berjalan yang sepatutnya. Alhamdulillah, Iman Firash cuma lewat sedikit ajer. Farah tanamkan keyakinan dalam hati, berjalan juga ni nanti, cuma mungkin lewat sedikit jer… Hari-hari doa pun hado… Jujur.. Cakap-cakap sekeliling tu, memang terus-terang Farah abaikan dan buat tak kisah langsung. Farah pekakkan jer telinga. Tak ingin melayan sesuatu yang boleh menyakitkan hati sendiri dan buatkan diri berada di dalam rasa rendah diri dan kesedihan.

Ya memang benar, kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10 – 14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak lewat berjalan.

Menurut sumber dari pembacaan Farah di SINI melalui artikel yang telah disediakan oleh Dr. Nor Azni b. Yahaya:

Perkembangan Awal Kanak-kanak

Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal. Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
 
ANAK LEWAT BERJALAN 2
 

Apakah Punca Yang Menyebabkan Seseorang Kanak-Kanak Itu Lewat Berjalan?

Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
  • Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
  • Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
  • Cerebral palsy:
    • Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
    • Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
  • Lewat perkembangan secara umum (global):
    • Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
    • Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down Syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
  • Masalah otot:
    • Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
    • Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.

Bilakah Anak Saya Perlu Dibawa Untuk Pemeriksaan Sekiranya Disyaki Lewat Berjalan?

Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.

Macam tulah kisahnya, have faith dan doa banyak-banyak serta bantu mereka untuk berjalan. Itu yang terbaik. Kita sebagai ibu bapa perlu ada keyakinan dan tidak boleh lemah semangat. Jangan rasa rendah diri jika anak-anak lewat berjalan. In Shaa Allah, sooner or later pasti akan berjalan juga. Tapi! Sila pantau perkembangan until certain age of time dan bertindak mengikut keperluan apabila telah tiba atau lepas dari tempoh yang sepatutnya. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kalau saya hidup di zaman skrg mesti jenuh mak bapak saya nk ulang alik jumpa pakar...sebab dah jlan masa umur hampir dua tahun setengah.. tu la sampai irg kata kat sy anak cacat..

    ReplyDelete
  2. Saya ni membesar dlm kategori yang normal la kn sebb. Dua tahun stgh baru blh jalan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !