Home » , , , , , , , » Sejauh Manakah Perjalanan Dengan RESERVE TANK Apabila Lampu E Mula Berkelip?

Sejauh Manakah Perjalanan Dengan RESERVE TANK Apabila Lampu E Mula Berkelip?

SEJAUH MANAKAH PERJALANAN DENGAN RESERVE TANK APABILA LAMPU E MULA BERKELIP

Hari sebelumnya, balik dah agak lewat. Bila dah lewat, kadang-kadang boleh jadi malas nak belok ke kiri atau belok ke kanan untuk singgah atas tujuan nak isi minyak. Open-mouthed smile. Muahahaha…Walhal, apalah salahnya kalau singgah sekejap kan? Tak ada cacat celanya pun ambil masa sekejap untuk singgah isi minyak dan esok paginya perjalanan bolehlah jadi lancar kan? Malas sebab tak larat disebabkan keletihan pun iya… Teringatkan anak yang sedang setia menanti Mommy di rumah pun iya… Selagi tak nampak muka mak dia ni, selagi tulah melancarkan piket untuk mogok makan. Puas nenek pujuk suruh makan, nenek suapkan… Tak ada maknanya dia nak… Siang hari tak ada masalah, malam tu malam… Kalau makan malam, tidak boleh tidak, Mommy juga suap. Selagi Mommy tak suap, selagi tu akan keluar dari mulut dia jawapan “No! I want Mommy…”.

Kondisi semasa minyak kereta pula memang betul-betul tinggal setakuk ataupun setengka. Keesokkan paginya bila start enjin kereta… Open-mouthed smile…Ha ha ha…Tu dia… Dah berkelip-kelip dah lampu indicator yang menyatakan bahawasanya minyak perlu diisi bagi mengelakkan kereta mati di tengah jalan akibat kehabisan minyak. Tapi… dah pukul 7.00 pagi dah ni, nak kejar masa ke pejabat. Walaupun jarak sejengkal cuma, dia punya sesak nak keluar dari simpang tu, ya ampunnn… Mengalahkan sesak di traffic light di Seksyen 13, Shah Alam pagi-pagi… Kereta semakin banyak, semakin ramai orang berpindah ke taman-taman perumahan baru yang naik ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan di kawasan perumahan Farah tu. Walaupun sejengkal cuma jarak perjalanan ke pejabat tu, kadang-kadang boleh makan masa macam jarak perjalanan melalui lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Seremban…. Open-mouthed smile Ha ha ha…

Ingatkan sebab dah dekat, masa perjalanan tu dapatlah dijimatkan kan? Tak ada maknanya oiii…Melainkan kalau musim cuti sekolah. The road is such a breeze gittew… Habis tu macam mana ni? Nak singgah isi minyak dulu ke? Atau teruskan perjalanan? Sempat ke ni? Dengan sesak lagi… Nanti karang ada juga yang nak cepat jadi lambat sebab tiba-tiba kereta mati di pertengahan jalan kan? Ahaksss… Open-mouthed smile… Redah jer! Yang penting thumbprint tu… thumbprint… Jangan merah oiii! Sekarang ni zaman serba naik dan serba tinggi ni, kena jaga periuk nasi betul-betul oiii… Pantang silap sikit jer, nanti menanggung! Jaga kerja… Hu hu hu…

Persoalannya? Berani pula Farah redah jer bila lampu indicator paras minyak tu dah menyala serta berkelip-kelip ek? Hishhh… Berani betul ambil risiko! Chill-lah… Relaks…Jangan panik! Ni salah satu perkara tentang kereta yang orang perempuan kena tahu ni! He he he… Lelaki tak perlu ambil tahu ke? Lelaki pakar bab-bab kereta ni kan? Bagilah peluang Farah kongsi cerita dengan orang perempuan pula ya tak? Sebab ada di kalangan kita-kita yang perempuan ni, akan jadi panik bila lihat lampu indicator paras minyak kereta tu dah mula berkelip-kelip. Betul tak?

Memang penting sebenarnya untuk kita mengetahui berapakah jarak yang boleh kita pergi sebab kalau kita tersalah agak, kita mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat untuk kita isi minyak semula! Jawapannya sebenarnya ada pada buku manual kereta anda semua. Contohlah ya? Farah kan memandu Perodua MyVi 1.3 SE? Sepertimana perkongsian di SINI yang kebetulannya sama dengan model kereta yang Farah pandu.

SEJAUH MANAKAH PERJALANAN DENGAN RESERVE TANK APABILA LAMPU E MULA BERKELIP 2

Menurut apa yang dinyatakan oleh buku manual MyVi yang dipaparkan di atas, lampu akan mula berkelip apabila baki minyak dalam tangki KURANG DARI 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan apabila KURANG DARI 0.6 LITER, ia akan berkelip dengan lebih laju. Jadi berapakah anggaran jarak yang boleh pergi dengan baki minyak yang ada? Ia adalah BERGANTUNG KEPADA SPESIFIKASI DAN BEHAVIOUR PEMANDUAN SESEORANG PEMANDU ITU SENDIRI. Anggaran boleh dikira begini:

Model kenderaan: Perodua MyVi 1.3 SE: Anggaran penggunaan minyak 14km/l.

Anggaran  jarak yang boleh dilalui selepas lampu indicator mula berkelip adalah: 7.5l x 14km/l : 105km

PERINGATAN!
Anggaran kiraan ini adalah sangat bergantung kepada behaviour pemanduan seseorang dan keadaan kenderaan tersebut. Jika anda seorang pemandu yang sering memandu dengan laju, penggunaan bahan api akan lebih yang akan mengakibatkan anda memperoleh kiraan kilometer yang lebih sedikit berbanding di atas. Keadaan kereta juga memainkan peranan di mana kereta yang diservis dan diselenggarakan dengan baik akan sentiasa menggunakan bahan bakar yang efisien berbanding  yang tidak diservis atau kenderaan yang terlalu tua usianya.

Di negara-negara seperti Amerika, para pemandu berkongsi pengalaman mengenai berapa jauh kereta mereka boleh pergi selepas lampu indicator berkelip melalui sebuah laman web tankonempty. Jadi mudahlah orang lain nak rujuk kan? Jika mereka mempunyai model kereta yang sama. Betul tak? Malaysia bila nak buat macam tu? Ada sesiapa yang rajin tak nak wujudkan laman web sebegini? Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sejauh Manakah Perjalanan Dengan RESERVE TANK Apabila Lampu E Mula Berkelip?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 17, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. huuhuh, kite dah pernah kena sekali (kelisa), lampu myk dh berkelip2, tp kite degil, redah, anggap, minyak cukup, sekali, jln jem teruk, mak oi, ms tu dh berdebar giler, tutup ekon, duduk line tepi sekali,, up tup, kereta mati tgh jalan..adoiiii...panic oiiii..lps kejadian tu, nmpk minyak dh aras 'E", tak berani dah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY