Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA

Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sepanjang bergelar seorang ibu, ada seperkara yang hati Farah rasa sedih dan tak sampai hati lihat. Farah tak boleh lihat kalau anak-anak sedari usia bayi, menghadapi masalah Ekzema. Hati ni rasa sedih, rasa kasihan dan doa banyak-banyak agar anak-anak kecil ini segera sembuh dari Ekzema. Tapi, tulah, ada yang kata Ekzema ni memang susah nak sembuh dan penjagaan anak-anak kecil yang menghidapi Ekzema adalah sedikit rumit berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, Iman Firash hanya mempunyai mild Eczema sahaja sepertimana yang dimaklumkan oleh doktor pakar kanak-kanak. Ia tidaklah seteruk kanak-kanak lain di luar sana yang disahkan sebagai pesakit hardcore Ekzema. Crying face. Sedihlah bila mengenangkan kanak-kanak yang terkena Ekzema yang serius ni. Ekzema yang dihidapi oleh Iman Firash sekadar sekejap-sekejap sahaja. Contohnya sewaktu kecil, jika dia makan ayam, bahagian leher dia pasti naik ruam-ruam merah yang kecil-kecil itu. Jika dia pakai baju t-shirt yang berlengan, jika berpeluh sedikit, haaa, mulalah naik kegatalan dan juga ruam-ruam merah yang kecil sehinggakan kulit di bahagian leher tu boleh jadi kasar macam kertas pasir. Walaupun bahagian-bahagian anggota tubuh badan lain tidak mengalami masalah sebegitu, tapi kerap jugalah Farah ke klinik dan dapatkan rawatan susulan daripadah pihak klinik. Baru-baru ini, bahagian pelipat siku yang di dalam tu, mengalami masalah yang serupa sebegini. Cepat-cepat sapukan losyen atau krim khas yang telah dibekalkan oleh pihak klinik. Mujur mujarab! Cepat jer sembuh…Alhamdulillah…

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa melibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalunya dikatakan dapat dilihat buat pertama kali sebelum anak berusia 2 tahun. BERITA BAIK: kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai Ekzema Atopik atau Dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecari dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaiknya yang sepatutnya. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Untuk pembacaan lanjut mengenai Ekzema anda boleh rujuk artikel di SINI. Farah tak intend nak elaborate dengan lebih terperinci di dalam entri pada kali ini, sebab fokus Farah pada kali ini adalah kepada produk sabun mandian yang boleh digunakan ataupun bersesuaian untuk anak-anak kecil yang menghadapi masalah Ekzema.

Mungkin perkongsian ini, bakal dapat membantu anda, ibu bapa di luar sana yang mungkin mempunyai anak yang menghadapi masalah Ekzema dan tercari-cari produk sabun mandian yang bersesuaian dengan anak-anak kecil yang menghadapi masalah Ekzema. Sepertimana yang Farah temukan di dalam artikel yang dikongsikan di pautan INI, berikut adalah produk-produk sabun mandian yang terdapat di pasaran sebagai panduan ibu bapa semua:

PHYSIOGEL


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 2
Sumber dari Google

Dikatakan, sepertimana jenama sabun mandian Cetaphil, Physiogel adalah lebih kurang sama seperti Cetaphil. Persamaan yang dikatakan ini adalah dari segi teksturnya yang berbentuk gel dan tidak menghasilkan buih. Sangat efektif untuk pembersihan tubuh badan cumanya menurut penulis artikel yang Farah baca tersebut, ianya tidak cukup kelembapan semula jadi. Setelah digunakan oleh penulis artikel, beliau mendapati, masih kelihatan dry patchy area di bahagian tubuh anak beliau dan terpaksa memakaikan pelembap pada kulit anaknya.
 

Dermaveem Shower and Bath Oil


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 3
Sumber dari Google

Penulis sangat sukakan produk ini, dan turut menggunakan produk ini ke atas diri sendiri apabila dia merasakan yang kulitnya mula menjadi terlalu kering.  Kandungan minyak sebagai bahan di dalam produk ini sememangnya memberikan kelembapan sebenar dan meninggalkan rasa yang sangat halus, selesa dan lembut pada kulit setelah digunakan. Akan tetapi, sekiranya pihak yang menggunakan produk ini, memiiki kulit yang sensitif, adalah dinasihatkan agar anda jangan mengelap sebaliknya pat dry selepas mandi. Jangan sesekali menggosok tubuh badan anda dengan tuala ketika menggunakan produk ini, atau anda akan kehilangan segala kebaikan padanya. Multi-fungsi sebagai sabun mandian, minyak mandian (bath oil) dan pelembap. Berdasarkan pengalaman penulis, apabila anaknya mula terasa kegatalan akibat ekzema, beliau akan memandikan anaknya dengan beberapa titis produk ini dan ianya sangat membantu untuk mengurangkan kekeringan kulit pada tahap yang minimum. Produk ini boleh didapati di Vitacare dan juga Alpha Pharmacy.
 

Aveeno Baby Wash and Shampoo


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 4
Sumber dari Google


Menurut penulis, beliau tidak ingat bagaimana beliau boleh mengenali produk ini, akan tetapi apa yang beliau ingat adalah beliau telah memohon bantuan kakak iparnya untuk membelikan produk ini di Singapura kerana ianya tidak terdapat di Malaysia. Apa yang disukai mengenai produk ini adalah, baunya sangat lembut dan berbentuk gel dan ianya adalah lebih baik daripada Physiogel dan Cetaphil. Ianya adalah berasaskan Oat sepertimana produk sabun mandian Dermaveen. Setelah digunakan ianya meninggalkan kesan seolah-olah ada satu lapisan satin di atas kulit yang berfungsi sebagai pelindung kulit dan kulit terasa halus apabila disentuh. Penulis telah menggunakan produk sabun mandian ini seiring dengan penggunaan Aveeno Eczema Therapy Moisturizing Lotion selepas memandikan anak beliau.

Walaubagaimanapun sebelum anda membuat kesimpulan yang produk ini tidak dapat membantu untuk melembapkan kulit anak beliau, sebenarnya, bila sabun mandian dan juga losyen tersebut digunakan bersama, semua dry flakey, kepingan-kepingan kering kesan Ekzema secara perlahan-lahan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa hari. Jika Ekzema adalah sangat teruk, terdapat produk sabun mandian dari jenama yang sama yang dipanggil Aveeno Baby Eczema Therapy Soothing Baby Bath Treatment yang mana ianya adalah merupakan salah satu produk terlaris di pasaran daripada jenama ini.

MooGoo


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 5
Sumber dari Google

Penulis telah menerima banyak maklumbalas yang positif mengenai MooGoo dan ibu-ibu yang telah menggunakan MooGoo kebanyakannya rata-rata berpuas hati dengan produk MooGoo. Walaubagaimanapun, beliau sendiri belum pernah lagi menggunakan MooGoo. Ini adalah kerana beliau tidak mempunyai sebarang intention untuk bertukar dari produk sedia ada yang digunakan iaitu Dermaveen dan Aveeno. Cumanya, ramai ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai anak yang mempunyai masalah Ekzema akan menggunakan produk ini. Produk Moogoo terdapat di Caring Pharmacy, AA Pharmacy dan Vitacare. 
 
Demikianlah senarai produk sabun mandian yang boleh digunakan untuk anak-anak yang menghadapi masalah Ekzema. Pada ibu bapa di luar sana, bolehlah cuba mendapatkan salah satu produk yang disenaraikan untuk digunakan ke atas anak-anak yang mempunyai masalah Ekzema. Semoga perkongsian kali ini adalah sesuatu yang bermanfaat di dalam penjagaan anak-anak yang menghadapi masalah Ekzema. Dan! Sekiranya ada ibu bapa yang berpengalaman mengenai penjagaan kanak-kanak yang ada Ekzema, boleh juga kongsi-kongsikan pendapat anda ya? Winking smile





Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, November 4, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. tq sis. mmg tercari2 pasal ni. sbb ada baby kecik mskrg ni.

    ReplyDelete
  2. Saya guna produk lactacyd.. sbb kulit anak-anak sy memang sensitif..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY