MAYBELLINE VELVET MATTE – What Do I Have To Say?

Farah Waheda Wahid
2
MAYBELLINE VELVET MATTE 4

Send a kiss feeling sweet sangattt hari ni! Muahahaha… Open-mouthed smile… Ya ampun… kalau dapat main dengan kosmetik macam ni la ragamnya… Macam-macam feeling keluar. Al-maklumlah dah lama tak bermain dengan warna-warna bibir ni. Itu bermaksud dah lama sangat-sangat-sangat dah Farah tak beli sebarang gincu baru. Pakai jer gincu yang masih ada dan belum sampai tarikh luput tu. Berjimat-cermat dan berhemah di dalam perbelanjaan kaedahnya. Haruslah kannn? Sebab sekarang ni zaman semuanya naik, nak nak lagi selepas dari pembentangan Bajet 2017 hari tu. Uhuksss… Dengar-dengarnya tol, minyak masak semua naik, lepas ni entah menyusul apa entah lagi yang akan naik. Tapi adatlah tu, bila minyak petrol harga naik, beratur macam anak itik Tok Wi di belakang untuk menyusul dengan kenaikan harga.

Mana yang tak perlu tu, kita letak tepi dulu dan utamakan apa yang penting terlebih dahulu. Cumanya! Alamak! Farah dah terpikat dengan MAYBELLINE Color Sensational Velvet Matte Lipstick yang telah dilancarkan baru-baru ini di pasaran. Sajalah nak mencuba kan? Dah lama tak ada gincu baru… Teringin juga rasanya nak ada gincu baru dengan warna baru… Sesekali ubahlah pula kan? Asyik yang sama ajer… Kadang sendiri tengok muka sendiri pun bosan tengok shades yang dipakai… Naklah juga ubah-ubah shades lain…

MAYBELLINE VELVET MATTE
Sumber dari Google

Rezekiii… nenek Firash tiba-tiba nak belanja Mommy Firash… Ahaksss… Embarrassed smile Malu jap, bersungguh kita tak nak dia belikan tapi nak juga dia belikan. Insist nak belikan untuk anak dia ni. Nak kata anak dara tak boleh lagi dah…Ha ha ha… Open-mouthed smile… dah jadi mak bujang dah…Makanya kita sebut anak dia jer lah. Tapi tulah kan… once a baby will always be a baby to any mom… Betul tak? Tak kiralah kita ni dah status isteri orang ke? Anak orang ke? Mak kita akan tetap sama dengan kita. Ada masa-masa, tiba-tiba jer insist nak belikan kita itu, kita ini walaupun kita tak pernah minta apa-apa pun dari mereka. Segan weiii! Sebab dah besar panjang, dah kerja, dah jadi mak orang, tapi mak kita masih treat kita macam kita masih anak dara mereka yang sedang membesar ataupun yang masih belum berkahwin.

Rezeki takkan nak tolak kan? Makanya, dapatlah satu gincu baru yang terberkenan di hati sangat tu. Terima kasih Mama! I love you! #ehhh ha ha ha…

MAYBELLINE VELVET MATTE 2
Sumber dari Google

Packaging pun dah menarik perhatian Farah apatah lagi content yang akan digunakan kan? Ada macam-macam warna untuk MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstick ni… Kalau ikut rasa, ikut hati, nakjer memiliki semua, tapi bawa-bawa beringatlah pun… He he he… Send a kiss

MAYBELLINE VELVET MATTE 3
Sumber dari Google

Yang anda lihat di dalam gambar yang Farah paparkan di atas tu adalah variasi warna MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstick yang terdapat di pasaran. Nak yang neutral? Nak yang garang dan terang? Nak yang seakan-akan gothic…Pilih jer yang mana anda suka… Tak ada siapa nak marah pun… Masing-masing tahulah pilihan hati masing-masing dan mana yang sesuai dengan diri masing-masing kan?

MAYBELLINE VELVET MATTE 7

Hari ni, sempat Farah oleskan buat pertama kali MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstick yang dibelikan oleh Mama Farah baru-baru ini. Baru nak pakai… Adanya dah lama, tapi baru hari ni rasa nak pakai tu datang… Komen dari Farah bila pertama kali mengaplikasikan gincu terbaru dari MAYBELLINE ini? Ok, ianya berbentuk cecair, senang untuk diaplikasi, datang dalam bentuk lip applicator yang berupa seakan berus gincu dan rasa macam seolah-olah pakai lip balm sahaja pun ada.

MAYBELLINE VELVET MATTE 8

Tadaaaa…inilah warnanya… Tak nampak macam pakai gincu tebal pun kan? Nampak neutral jer… Dan memang sangat-sangat Red heart suka warna ini. Gembiralah sebab tak buat pilihan yang salah… He he he… Bila dapat kesesuaian tu yang jadi Bingo! tu… Tahan lama! Farah dah makan, dah minum? Tapi masih kekal di situ. Selesa jer pakai. Tak melekat melekit segala bagai. Apa warna pilihan Farah?

MAYBELLINE VELVET MATTE 5

MAYBELLINE VELVET MATTE 6

Kod warna pilihan Farah ini adalah MAT 1. Warna-warna sebegini adalah range warna kegemaran dan selalu menjadi pilihan Farah. Yang belum cuba tu, silalah rajin-rajinkan diri mencuba. Memang best! Bagi Farah lah… Lagipun warna-warna gincu berbentuk matte adalah sesuatu yang menjadi pilihan dan trending juga sekarang ini kan? Tak suka yang garang dan terang, yang neutral pun ada…

Kalau nak dapatkan maklumat lanjut dan juga informasi lain, anda bolehlah rajin-rajinkan diri merujuk informasi mengenai MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstick di LAMAN WEB MAYBELLINE MALAYSIA.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Cantik lah warnanya Farah..
    Warna bibir tu..
    Nampak nuteral sgt..
    Lembut je warnanya..

    ReplyDelete
  2. wahhhh cantik warna2 dia...kaler yg akak pakai tu pon cantik...nampak sweet je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !