Lactational Amenorrhea Method (LAM)

Farah Waheda Wahid
2
Lactational Amenorrhea Method (LAM)

Psssttt… Ada sesiapa sedang ingin merancang kehamilan anak yang seterusnya? Nerd smile… Ada tak? Kalau ada… mungkin anda boleh teruskan pembacaan entri Farah pada kali ini tentang salah satu kaedah merancang kehamilan bagi ibu-ibu yang menjalankan penyusuan susu ibu. Iyalah, ada ibu bapa yang di luar sana yang cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka iaitu di antara anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya tidak terlalu rapat. Dan di dalam kes rancang-merancang ni, Farah pernah kongsikan dulu satu cara iaitu implanon yang Farah bercita-cita nak pakai tu… Open-mouthed smile… Ha ha ha… Sampai ke sudah tak berkesempatan lagi nak pergi ke doktor pakar dan dapatkan konsultansi mengenai perkara ini. Tapi memang sungguh-sunggh Farah nak pakai implanon tu. Cerita mengenai implanon, anda boleh terus merujuk kepada entri Farah yang bertajuk I Am Seriously Thinking About IMPLANON… . Itu mungkin cara untuk Farah lah kannn? Sebab Farah tak boleh nak guna cara Lactational Amenorrhea Method (LAM) ni sebab tak menjalankan penyusuan susu ibu. Maybe this will imply to you out there yang menjalankan penyusuan susu ibu.

Nak jarakkan kehamilan, nak cegah kehamilan ada banyak cara. Itu semua orang pun tahu. Cumanya bab kaedah perancangan secara semula jadi ni, jika kita dan pasangan berhati-hati sekalipun, kadang-kala tetap tak menjadi juga, tak berhasil. Tau-tau jer dah sah-sah hamil walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil. Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kaedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh artikel di SINI, menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu, jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya? Winking smile. Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan susu ibu dinamakan sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM) di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.

Pointing up Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98 – 99.%% efektif, sekiranya semua SYARAT di bawah dipatuhi:

  • HAID IBU BELUM KEMBALI.
  • BAYI BERUMUR KURANG DARIPADA ENAM BULAN.
  • BAYI MENYUSU SECARA EKSKLUSIF DENGAN KERAP (SIANG DAN MALAM).
  • BAYI TIDAK MENGAMBIL SEBARANG MAKANAN LAIN SELAIN DARIPADA SUSU IBUNYA SELAMA ENAM BULAN PERTAMA.

Pointing upOleh itu, antara tips untuk memastikan keberkesanan kaedah LAM ini, anda HARUSLAH:

  • MEMASTIKAN BAYI SENTIASA BERSAMA ATAU BERDEKATAN DENGAN IBU.
  • MENYUSU DENGAN KERAP TANPA HAD (SIANG DAN MALAM). UNTUK PENGETAHUAN, PENYUSUAN DI WAKTU MALAM SANGAT PENTING KERANA PADA KETIKA ITU, HORMON PROLAKTIN ADALAH SANGAT TINGGI. HORMON INI YANG MELAMBATKAN OVULASI.
  • MENGGUNAKAN PENYUSUAN SEBAGAI CARA UNTUK MEMUJUK DAN MENENANGKAN BAYI.
  • MENYUSU SAMBIL BERBARING APABILA BEREHAT ATAU TIDUR.
  • TIDAK MENGGUNAKAN BOTOL ATAU PUTING KOSONG.

Andai kata lah, andai kata, haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih dari enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Ini kerana, selepas enam bulan, perlindungan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.

Penting ilmu ni! Sila ambil tahu ibu-ibu semua… He he he… 6 bulan pertama boleh gunakan kaedah ini…Selepas 6 bulan pertama, even masih menyusukan anak kecil, tetap berpotensi untuk hamil disebabkan kesemua yang telah disenaraikan di atas. Kalau tak memenuhi syarat-syarat di atas yang telah disenaraikan pun, walaupun masih menyusukan anak di dalam fasa 6 bulan pertama kelahiran, punnnn masih berpotensi untuk hamil. Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Saya setuju dengan kaedah ni. Tapi sebaliknya pada diri saya, masa anak first, tak sampai setahuN, saya exclusive bf sampai 6 bulan, lepas tu sambung lagi bf tapi bila baby dah 8 bulan saya hamil lagi. Tapi untuk anak kedua lama sikit. Anak kedua dah bf setahun 4 bulan baru saya sahkan hamil. Selain bf, macam sis farah cakap, kene guna kaedah perancang yang lain jugak. Kene give and take. Insyallah jarak kehamilan boleh dirancang. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !