KHATAN : Perbezaan Antara Cara KONVENSIONAL Dan MODEN

Farah Waheda Wahid
0
KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN

Musim cuti sekolah tiba lagi! Smile… Bagi yang mempunyai anak-anak lelaki, mungkin waktu cuti sekolah panjang hujung tahun ini adalah masa yang terbaik untuk mengkhatankan anak-anak lelaki sekalian kan? Di kawasan perumahan Farah ni pun dah sibuk tergantung banner yang mengiklankan slot upacara berkhatan di masjid secara beramai-ramai. Kalau tak silap Farah, kos yang perlu dibayar untuk seorang adalah sebanyak RM 180.00. Menurut banner tersebut, pakej berkhatan tersebut termasuk dengan kos majlis makan-makan sekali.

Bercerita tentang khatan, kerap juga Farah membaca, ambil tahu dan juga berkongsi di Bubblynotes.Com. Di antara entri-entri tentang berkhatan yang pernah Farah muat naik di Bubblynotes.Com adalah:




Jika rujuk kembali pada perkongsian Farah yang terdahulu, apa yang Farah tahu, untuk mengkhatankan anak terdapat beberapa kaedah iaitu:

Kaedah Khatan Konvensional atau Dorsal Slit

Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi kemaluan akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala kemaluan.

Kaedah Laser

Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik ke hadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah Sepitan Atau Clamp

Kaedah ini telah digunakan oleh nenek moyang kita di Malaysia, cuma peralatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti Plastibell, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.

CARA MANA SEBENARNYA YANG LEBIH BAIK? I don't know smilePara ibu bapa yang telah melalui proses mengkhatankan anak-anak, answer please? He he he… Maklumlah, awak ni belum pernah ada pengalaman walaupun sekali pun! Ni pun jenuh juga mencari bahan bacaan dan bertanyakan kepada Atuk Firash. Iyalah kenalah belajar-belajar kan? Persediaan awal. Nanti tak adalah terkail-kail awak ni nak mengendalikan Iman Firash sewaktu dia dikhatankan akan datang. Belajarlah perlahan-lahan untuk ilmu pengetahuan diri sendiri supaya jalan tu bersuluhkan cahaya. Terang sikit…Ihiksss tak adalah berada di dalam kegelapan sangat! Smile with tongue out… Ok gurau-gurau jer…

Jawapan yang ditemui dari Dr. Azwan melalui artikel yang beliau kongsikan di pautan INI, berdasarkan pengalaman beliau yang telah mengkhatankan mungkin sudah beratus kanak-kanak, berkhatan adalah merupakan satu prosedur kecil tetapi di dalam perubatan walaupun ia prosedure yang kecil ia boleh membawa kepada risiko. Sebagai contoh, hatta suntikan di bahu menggunakan jarum yang paling halus pun ada juga risikonya yang tertentu. Jadi marilah kita bersama-sama menilai kelebihan berkhatan berdasarkan kaedah-kaedahnya dan risiko-risikonya. Anda perlu tahu risikonya kerana perubatan moden adalah satu yang transparent atau jelas. Ini adalah kerana akhirnya, keputusan yang dibuat adalah di tangan anda dan bukan di tangan doktor. Penjelasan yang dibuat kepada anda oleh Dr. Azwan akan menentukan keputusan yang akan anda ambil. Oleh itu ia perlu jelas dan difahami.

Kaedah Konvensional

Kaedah konvesional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 2

Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat yang dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya. Ada ibu bapa tersalah anggap dan memanggilnya sebagai laser walaupun ia bukanlah sejenis laser. Cautery elektrik pada pasaran semasa berharga antara RM 2,500.00 sehingga RM 5,000.00 mengikut jenisnya. Oleh itu, bukan semua klinik atau doktor yang mempunyai alat ini. Cautery menggunakan bateri dari jenis yang baik dan tahan lama adalah di dalam lingkungan RM2,000.00.

Kaedah menggunakan gunting dan pisau (blade) masih digunakan oleh sebilangan doktor. Pakar bedah plastik yang mengajar Dr. Azwan berkhatan dahulu pun masih menggunakan kaedah ini. Pendarahan diberhentikan dengan menggunakan teknik litigation iaitu diikat menggunakan benang. Kaedah memberhentikan darah secara ini adalah selamat kerana saluran darah besar akan tertutup dengan pasti menggunakan benang berbanding membakar menggunakan cautery.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 3

Walaubagaimanapun, cara ini agak lambat. Ia mengambil masa dari 20 minit sehingga 45 minit seorang pesakit. Bergantung kepada pendarahan dan sebagainya. Cara konvensional lebih memudahkan berlaku pendarahan kerana memotong menggunakan gunting atau pisau tidak memberhentikan darah berbanding cautery. Oleh itu, ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang catgut. Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

Kaedah Klamp

Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terkini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Cuba bayangkan 80 orang boleh disunatkan di dalam masa 3-4 jam sahaja dengan 5 buah katil oleh 5 orang operator.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 4

Dikatakan, salah satu klamp yang awal dihasilkan berasal daripada idea seorang doktor berketurunan Sikh di Malaysia. Aneh kan? Seorang doktor yang bukan Islam menghasilkan satu alat yang rata-ratanya orang Islam yang banyak menggunakannya. Smile. Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (sama ada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 5

Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Ada kalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan. Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200.00 hingga RM 350.00 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150.00 – RM 180.00. Ada ramai doktor yang tidak berapa menyukai kaedah klamp. Ini termasuklah Dr. Azwan. Ada juga yang pada awalnya menggunakan klamp tetapi akhirnya bertukar kepada kaedah khatan konvensional.

Ah ah lah…Yerlah, jiran depan rumah Farah kan… anak-anak dia 4 orang lelaki… 1,2,3 semua guna klamp. Kalau tak silaplah dia cerita pada nenek Firash, kemudian yang keempat gunakan kaedah khatan konvensional. Kenapa ya agak-agak?

Menurut Dr. Azwan, masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas seminggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah di bahagian kulit yang dipotong. Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu. Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja, selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.

Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.

Kesimpulan

Cara yang bagaimana yang anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan, pantas dan mudah dijaga maka pilihlah klamp. Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang masih mengekalkan tradisi lama.

Apa pun pilihan anda, di dalam ibadat berkhatan, yang paling penting adalah kebersihan yang terhasil daripada proses tersebut. Ini kerana di dalam Islam, apabila kita berbincang tentang bab Fiqah, perkara yang paling awal ialah Thaharah atau Penyucian. Maka kebersihan adalah matlamat utama ibadah ini.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !