Home » , , , , , , , , , , » Kakak Hampir Koma Kepala Ditindih Adik Ketika Bergurau!

Kakak Hampir Koma Kepala Ditindih Adik Ketika Bergurau!

KAKAK HAMPIR KOMA KERANA KEPALA DITINDIH ADIK KETIKA BERGURAU

Did anyone came across this posting on Facebook? Ada sesiapa yang terserempak tak dengan posting ini di Facebook? Farah jujur sejak kebelakangan ni sangat terbatas waktu dan memang tak berkesempatan sangat nak beramah mesra di laman media sosial Facebook tu…Hu hu hu, bukannya sombong bukannya tak berminat cumanya waktu memang sangat-sangat terbatas kebelakangan ini. Tapi… posting ini sememangnya menarik perhatian Farah dan secara automatik jer rasa nak kongsi di Bubblnotes.Com sebagai iktibar dan juga peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana untuk memantau anak-anak ketika anak-anak sedang bergurau-senda sesama mereka… Suka memang suka, bahagia memang rasa bahagia bila melihat anak-anak mesra di antara satu sama lain…Tapi ada perkara yang perlu diberi perhatian agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini dari berlaku.

Sepertimana yang dikongsikan oleh sumber di SINI, kadang-kadang bila tengok anak-anak bergurau boleh risau jadinya. Anak-anak kecil masih belum faham erti bahaya kalau bergurau. Apa yang mereka tahu cuma kegembiraan dan keseronokkan yang dialami. Namun, gurauan sesama adik-beradik kadangkala boleh membawa bahaya. Jadi ibu bapa memang perlu memantau semasa anak-anak bergurau sesama mereka. Nak dijadikan cerita, seorang ibu terpaksa berdepan dengan saat-saat yang mencemaskan di mana apabila anaknya mengalami sesak nafas, sawan dan hampir koma selepas bergurau dengan adiknya yang berbadan besar. Pengalaman tersebut dikongsikan sendiri oleh Pn. Nor Farra Farahin dalam Facebook beliau pada 6 November 2016.

KAKAK HAMPIR KOMA KERANA KEPALA DITINDIH ADIK KETIKA BERGURAU 2

Peringatan dan pengajaran buat kami sekeluarga…anak-anak bergurau naik atas, tindih gelak-gelak sesama adik-beradik rupanya risiko yang amat tinggi… Mesti tertanya-tanya sakit apa anak? Anak saya kekurangan oksigen, tak sampai ke otak, dia mengalami sesak nafas yang mengakibatkan sawan tarik…Doktor beritahu oksigen tak cukup boleh buat anak jadi koma…Adik yang bambam ni tindih kakak, duduk atas kepala…Kakak tak dapat nak tolak adik untuk lepaskan diri…Bila tengok anak dah pucat dia mengadu sakit perut, rupanya dia sakit dada sesak nafas… Tak bagi hal yang sebenar. Masa tu waktu petang, ambil masa yang lama juga. Bila dia tak sedarkan diri dalam pukul 1 pagi, jantung dia kuat bunyi bergegar habis seluruh badan. Bunyi macam lembu kena sembelih…Tiba-tiba keras tak bergerak denyut jantung pun macam berhenti sekejap, mata terbeliak naik ke atas… Perasaan saya masa tu hanya Allah SWT yang tahu. Ingat dia dah tak ada dah…Goncang badan dia tepuk-tepuk baru bergerak balik. Buih ikut mulut, jadi sawan kaki tangan habis kejang…Tiada tempat nak mengadu, hanya pada Allah, solat kunci utam untuk meminta pada Allah SWT…Saya sebagai ibu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, anak dah pulih dan selamat…

Alhamdulillah, selamat dah si kakak… Allahu, Farah dapat bayangkan betapa cemasnya keadaan pada waktu dan ketika itu… Kita sebagai ibu bapa, jadikanlah perkara yang telah berlaku ini sebagai pengajaran kepada diri kita sebagai ibu bapa adn mungkin kita boleh jadikan tips yang dikongsikan oleh sumber yang sama ini sebagai panduan:

Sentiasa Ingatkan Anak Tentang Isu Keselamatan

Biarpun anak anda masih kecil tetapi tidak salah mengingatkan mereka tentang faktor keselamatan semasa bergurau. Mungkin boleh tunjukkan kepada mereka kisah atau gambar kejadian yang pernah berlaku. Sebagai peringatan!

Tetapkan Had Gurauan

Sebagai ibu bapa, anda berhak menentukan cara gurauan sesama anak. Beritahu mereka apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa bergurau untuk mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku.

Buat Aktiviti

Kadangkala anak-anak suka bergurau senda sebab tiada aktiviti hendak dilakukan. Jadi, untuk mengelakkan mereka asyik bergurau dan boleh mengundang risiko, apa kata anda sediakan banyak aktiviti. Bila sibuk kuranglah mereka hendak bergurau.

Hurmmm..bukannya kata tidak boleh bergurau langsung…Mungkin itulah sebabnya selalu kita dengar… bergurau biar ada batasnya… Ini mungkin adalah sesuatu yang menjadi iktibar buat semua ibu bapa termasuk Farah sendiri. Bukannya nak sekat anak bergurau senda sesama mereka tetapi kena perhati-perhatikan dan ingatkan sentiasa jangan lebih sangat, supaya tak terjadi kes-kes seumpama inilah.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kakak Hampir Koma Kepala Ditindih Adik Ketika Bergurau!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 16, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Allahu..patutlah kakak dia sesak nafas...size adik dia pun dah tau macam mane...kena beringat tentang ni kan farah

    ReplyDelete
  2. Saya memang tak suka anak saya bermain macam tindih2, terkam2,melompat atas orang tendang2 semua tu..Memang orang kata kena ajar anak melasak tapi tu bukan cara nya..kalau nak lasak main la lawan lari ke, kejar2 ke, main panjat pokok dan apa je..Yang pasti bukan boleh menyakitkan orang lain..

    ReplyDelete
  3. yang ni takda pulak terscroll di fb..tapi ada satu video seorang ibu rakam reaksi anak sulungnya tindih anak bongsunya..konon2 nak dijadikan viral tapi dapat kecaman netizen adalah. ada ke patut dia boleh biar anaknya yg masih kecik tu ditindih abangnya huhuhu bahaya

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY