Home » , , , , , , , , , » Jauhkan SOS TOMATO Dari Anak Kecil Anda!

Jauhkan SOS TOMATO Dari Anak Kecil Anda!

JAUHKAN SOS TOMATO DARI ANAK KECIL ANDA!

Tiba-tiba terbayang… Kalau makan cekodok bawang cicah dengan sos cili sedap juga ni… Errr… tiba-tiba rasa kelaparan…Smile…Makan ajerlah yang ingat yer tak? Mana tak menembun dengan jayanya bagaikan dipam-pam badan ni? Kalau dah asyik ingat makan jer? Ha ha ha… Open-mouthed smile. Iman Firash dia kenal sos cili dan sos tomato… Sebutnya “Chilli Cosh.. Tomato Cosh…”… Tapi dia tak suka. Mengelak-elak kalau cuba beri pada dia. Mujurlah dia tak suka! Sebabnya…  Walaupun sos adalah merupakan ibarat tradisi turun-temurun untuk sesetengah hidangan, namun terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawasanya sos tomato yang rendah kalori ini sebenarnya adalah TIDAK BAIK diambil untuk tubuh manusia.

Berdasarkan artikel yang telah diterbitkan di pautan INI, terdapat 5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS ELAKKAN PENGGAMBILAN SOS TOMATO terutamanya pada anak-anak lah kan?

 

Kandungan Sodium Yang Tinggi

Menurut Food Network, mengambil 8 senduk makan sos tomato sudah cukup memenuhi keperluan sodium anda dalam sehari. Bayangkan, apabila anda membiarkan si kecil menghabiskan satu botol sos tomato seenaknya. Ya, ada yang Farah pernah jumpa, kanak-kanak yang sangat sukakan sos tomato sehingga boleh habis sebotol kalau sekali hadap. Hu hu hu…

 

Mengandungi Banyak High Fructose Corn Syrup (HFCS)

HFCS dikatakan terbukti dapat menyebabkan obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Hungfry for Change menyebutkan bahawa majoriti ramuan sos tomato botol terdiri dari tomato matang, air, dan gula yang banyak. Biasanya gula ini merupakan bentuk kejuruteraaan genetik dari sirap jagung.
 

Memiliki Kadar Gula Yang Tinggi

Dr. Joseph Mercola dari Hungry for Change memaparkan bahawa ibu bapa perlu tahu bahawa 1/4 dari tiap botol sos tomato diperbuat daripada gula. “Sebanyak 1 senduk makan biasanya mengandung 4 gram gula,” ujarnya.
 

Berantakan

Tidak berkaitan dengan kesihatan, namun kenyataannya, kesan kotor dari sos tomato kadang-kadang sukar untuk dihilangkan dari baju atau meja/kursi.
 

Membuatkan Semuanya Terasa Seperti Sos Tomato

Terlalu banyak menuangkan sos tomato tidak hanya berisiko terhadap kesihatan, tetapi juga sebenarnya tidak memberikan kesempatan bagi si kecil untuk mencuba rasa makanan lainnya.
 
Bukan tak boleh nak makan atau cicah sos tomato langsung-langsung. Cumanya kalau boleh kena kurang-kurangkan sos tomato di dalam hidangan atau santapan anak-anak kecil. Winking smile. Apa pun kan? Kalau dah terlalu lebih sangat boleh jadi memudaratkan. Yang ala kadar jer dah cukup yang sebenarnya… Betul tak?







Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jauhkan SOS TOMATO Dari Anak Kecil Anda!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 22, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Terima kasih atas info. Baru maznee tau soa tomato kaya sodium atau garam. Gula 1 per 4 dan halang ai manja belajar rasa 😍.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY