Ibu Bekerja? Bukan Satu Isu Tidak Mampu Sediakan Makanan Terbaik!

Farah Waheda Wahid
0
IBU BEKERJA_BUKAN ISU TIDAK MAMPU SEDIAKAN MAKANAN TERBAIK

Tentang isu banding-membanding, double-standard, rasa rendah diri di kalangan mak-mak ni, bukan satu perkara yang baru dalam masyarakat Malaysia. Sebenarnya, ini adalah salah satu perkara yang neverending bagi Farah. Haihhh… Eye rolling smile…Kadang-kadang timbul juga rasa pelik…kenapalah perlu perkara-perkara seumpama ini untuk berlaku segala bagai. Memang boleh jadi tak faham betul, yang sibuk nak banding-membanding, nak double-standard sampaikan buat orang lain terasa rendah diri tu dah kenapa? Ya ampunnn… Please-lah… Masing-masing ada gaya tersendiri, masing-masing ada cara yang tersendiri di dalam menguruskan kehidupan masing-masing kan? Takkanlah semua orang nak sama pula? Bila Farah dengar kawan Farah ni bercerita tentang masalah dia bila orang sibuk dok perkotak-katikkan dia sebagai ibu bekerja yang tak mampu nak sediakan makanan yang terbaik, berkhasiat, bernutrien cukup serba-serbi segala bagai untuk anaknya yang baru jer cecah usia 7 bulan… Sakit pula hati kita ni wak!

Alahaiii, kenapalah sangat narrow minded… Oopsss… Smile with tongue out… Ya ampun kalau tersilap kata ya? Macam nilah, sebenarnya kan, irregardless ibu tu bekerja ke? ibu sepenuh masa? Pokok pangkal diri ibu itu sendiri. Ayat pendeknya, pokol pangkal nak dengan tak nak jer! Ayat panjangnya… Ehemmm…Maaf ya? Ini bukan nak mengata sesiapa ok? Ini sekadar ayat penyata, dan maafkan Farah kalau Farah tersalah tatabahasa atau menyakitkan hati sesiapa… Ibu bekerja ataupun ibu sepenuh masa semua mampu buat yang terbaik untuk anak-anak yang baru boleh makan, bukan sebab bekerja atau tidak, asasnya, kalau dah tak ada keinginan, kalau dah tak ada rasa, kalau dah malas, tak kiralah ko kerja ke? Tak kerja ke?  Memang apa pun tak boleh! Janganlah suka-suka nak label ibu bekerja tidak mampu untuk lakukan yang terbaik untuk anak yang baru boleh makan…Errr…Tiba-tiba kakak sounded emo pula ya? Tapi memang tak suka orang yang suka sangat banding-membanding dan memperlekehkan kemampuan orang lain.

Dalam tengah-tengah hangat isu ni, secara kebetulan terserempak pula artikel yang disediakan oleh Nadia dari Mingguan Wanita di SINI, haaa kannn? Memang dah kena sangat dah tu! Rasanya orang yang sibuk dok perlekehkan kawan Farah ni patut baca artikel ni supaya dia celik sikit yang ibu bekerja bukan bermaksud tak mampu lakukan yang terbaik untuk anak yang baru boleh makan. Huh! Ha ha ha… Open-mouthed smile… geram tak habis lagi ok? Kalaulah yang memperlekehkan kawan Farah tu baca entri Farah ni kan? Tapi memang harap dia baca pun, supaya sebelum keluarkan kata-kata yang menyinggung dan menyentapkan perasaan orang lain, dia ada ilmu pengetahuan sedikit…Hu hu hu…

Kalau mampu, semua ibu mahu menyediakan menu terbaik buat anak. Tambah-tambah lagi kalau anak masih kecil, bayi yang baru pandai nak makan. Ini tidak menjadi masalah bagi kaum suri rumah, tetapi macam mana pula bagi kaum ibu yang bekerja? Inilah dia, nilah dia yang kawan Farah diperlekehkan ni, sebab kononnya macam jadi satu masalah sebab asyik juggling with time untuk sediakan makanan bayi setiap hari. Macam nilah… sebenarnya ibu bekerja tetap boleh menyediakan makanan bayi setiap hari dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan masa. Alahaiii, yang berkata tu kan? Takkan tak tau lagi yang makanan bayi boleh disejukbekukan sebagai stok bagi menjimatkan masa penyediaan. Yang berkata tu bukannya calang-calang orang, anak dah 6 orang ok? Cumanya, sebelum membuat stok makanan bayi sejuk beku ada beberapa perkara penting sepertimana yang telah dikongsikan oleh penulis artikel asal yang perlu diketahui sebabnya perut bayi lebih sensitif berbanding orang dewasa. Makanya, kita ni perlulah mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan bayi.

Sila ambil tahu ya?

Jenis Makanan Boleh Beku

Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang pis, kentang, labu dan sebagainya lagi.

Cara Simpan

Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian masukkan ke dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi. Kalau menggunakan bekas ais batu, setelah makanan membeku, alihkan ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa keluarkan udara yang ada di dalam plastik tersebeut sebelum ia dimeterai.

Tutup, Jangan Biar

Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.

Kena Rajin Label

Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga empat ke enam bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan selama dua bulan. Bagaimanapun, seeloknya habiskan dalam masa kurang sebulan.

Had Masa

Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.

Tidak Lebih Dari 2 Jam

Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi dua jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan.

Jangan Beku Semula

Jangan bekukan semula makanan yang sememangnya sudah beku. Ia dikecualikan bagi makanan mentah beku yang boleh dibekukan apabila sudah dimasak. Contohnya kacang pis beku yang sudah dimasak boleh dibekukan.

Panaskan Tidak Lebih Dari Sekali

Jangan panaskan makanan lebih dari sekali.

Rendam Dulu Sebelum Sediakan

Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.

Jangan Kedekut, Elok Buang!

Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.

Mudah bukan? Silap-silap ibu sepenuh masa pun lakukan teknik ni. Jika ibu-ibu mengikut dengan betul langkah untuk menyediakan dan membekukan makanan bayi, sudah tentu tak kira ibu bekerja ke? Ibu sepenuh masa ke dapat menjimatkan masa menyediakan makanan sihat buat bayi masing-masing. Paling penting anak-anak dapat makan makanan berkhasiat air tangan ibu sendiri kan? Kesimpulan, tak perlu nak banding-banding sangat aihhhh!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !