HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS | Let Children Be Children!

Farah Waheda Wahid
0
HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN


Dulu sewaktu zaman-zaman Farah kecil dulu, kalau dapat peluang bermain di luar rumah… Yehaaa!!! Pucuk dicita ulam mendatang! Setiap hari bila tiba pukul 5.00 petang jer, mulalah terjengah-jengah melalui tingkap ke padang permainan yang terletak betul-betul berhadapan dengan pangsapuri yang Farah tinggal serta membesar dahulu. Kami dulu tinggal di pangsapuri PKNS di AU3 – Ampang Ulu Klang. Kebetulan unit pangsapuri Farah memang terletak di bawah, buka-buka pintu jer, dah nampak padang permainan… Lari-lari anak sikit, tak sampai 5 minit dah ada di padang permainan. Makanya, memang boleh dikatakan setiap petang bermain di padang permainan. Iyalah waktu-waktu tu belum ada telefon pintar, belum ada banyak gajet dan tak banyak pun yang boleh dibuat di dalam rumah selain daripada menonton televisyen dan bermain permainan video yang mana lama-lama pun boleh jadi bosan kan? Kalau ada yang tak pernah ada rasa jemu bermain permainan video, Farah tak taulah kan? Permainan video yang Farah maksudkan bukannya permainan video seperti XBox ataupun PlayStation. Ini stok permainan video zaman-zaman Farah membesar dulu yang memang rasa jemu kalau ulang-ulang main permainan yang sama jer… He he he… Laughing out loud.

Hari ini, sudah sangat berbeza dengan zaman-zaman Farah membesar dulu. Kebanyakan kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa bermain mereka di dalam rumah sahaja. Tak payah tengok contoh jauh-jauh pun, contoh anak sendiri yang sedang membesar pun dah cukup. Winking smile. Wink! Betul apa? Sekarang ni, bermacam-macam jenis permainan yang boleh melekakan anak-anak di dalam rumah. Alat-alat permainan zaman sekarang ni, jauh beza kecanggihannya dengan zaman-zaman Farah membesar dulu. Memang boleh lekalah kalau rumah tu dah macam gudang permainan kan? Farah sendiri kadang-kadang jadi kagum dan jadi teruja nak bermain alat permainan anak sendiri yang canggih manggih yang Farah tak pernah jumpa sewaktu zaman Farah dulu. Muahahaha… Jakun sekejap tau tak? Open-mouthed smile. Lepas tu tambah pula lagi dengan kemajuan teknologi dan juga dengan adanya gajet-gajet pintar yang menjadi tumpuan serta menarik perhatian kanak-kanak. Memanglah… Bila dah menghadap gajet dan permainan interaktif ataupun sesuatu yang menarik untuk jadi leka dengan gajet, secara automatik, anak jadi melekat di dalam rumah berbanding bermain di luar rumah ya tak?

Bukan tu sahaja, sebenarnyalah kan? Kebimbangan terhadap faktor keselamatan anak-anak membuatkan ibu bapa lebih rela mengurung anak bermain di dalam rumah berbanding memberikan mereka kebebasan untuk bermain di luar rumah. Sedangkan, untuk membantu perkembangan positif si anak, ibu bapa sebenarnya sepatutnya didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar rumah yang lebih banyak memberi manfaat dan membantu mereka membesar sebagai anak yang kreatif, cergas dan cerdas. Majoriti kanak-kanak sekarang kurang mengenali pasir, debut, pokok, haiwan dan bermacam lagi yang boleh diteroka di luar rumah akibat kurang bermain di luar. Sebenarnya, bermain di luar rumah adalah lebih baik daripada membiarkan anak-anak bermain gajet seharian di dalam rumah. Kanak-kanak memerlukan rangsangan agar perkembangan otak boleh berlaku dengan sempurna. Salah satu rangsangan tersebut adalah bermain. Biarkan anak-anak bermain dengan kawan-kawan sebaya di luar rumah kerana ia membantu perkembangan sosial mereka. Biarkan anak-anak berimaginasi dengan pelbagai penemuan di luar rumah kerana ia penting untuk merangsang otak mereka.

Ada juga di kalangan ibu bapa yang boleh jadi sangat mengawal atau memantau terlalu ketat serta sangat membataskan waktu anak-anak bermain di luar rumah kerana bimbang berlakunya kecederaan-kecederaan pada tubuh badan si anak yang seterusnya mengakibatkan anak-anak mendapat parut di tubuh melalui luka, lebam dan bengkak. Kalau boleh tak nak ada satu parut di mana-mana bahagian tubuh anak-anak. Berbeza kan? Dengan zaman kita membesar dahulu. Luka, lebam, bengkak dan parut kesan dari kecederaan yang berlaku sewaktu bermain di luar rumah adalah satu perkara yang biasa berlaku dan setakat parut daripada satu-satu peristiwa yang ada tu, itu adalah perkara biasa. Kalau sesiapa yang ada parut tu kannn, tak taulah jika anda serupa dengan Farah, ada masa-masa bila lihat kembali parut yang masih ada tu, kita akan teringat saat-saat indah dan memori yang manis sewaktu kita melaluinya dulu dan boleh jadi tersenyum sendiri bila kenang-kenangkan balik zaman kanak-kanak kita.

Mentaliti ibu bapa kini, mungkin ada perbezaannya sedikit di dalam melindungi anak-anak masing-masing. Zaman Farah membesar dulu, ibu bapa bukannya tidak melindungi dan tidak sayang. Mereka sentiasa melindungi dan sayang kepada anak-anak. Semua ibu bapa melindungi dan sayang anak-anak masing-masing, cumanya tidaklah sehingga sampai ke tahap tidak mahu ada satu parut pun di bahagian tubuh badan anak-anak. Kalau ibu bapa kita dulu, jika ada parut akibat kecederaan yang berlaku sewaktu bermain di luar rumah, mereka akan kata bagus! He he he… Pengajaran untuk kita… Esok lusa kita akan sentiasa ingat dan tidak akan mengulangi semula jika tidak mahu diri sendiri tercedera. Sekarang? Kalau boleh elak, kita elak. Seboleh-boleh janganlah ada parut di tubuh badan anak. Awww… Tidaklah semua ibu bapa begini. Akan tetapi, memang ada ibu bapa begini.

Farah pula tidaklah terfikir sampai ke situ, perihal parut ni semua. Tapi Farah akui, Farah salah seorang daripada kalangan ibu bapa yang overprotective terhadap anak. Juga Farah akui, Farah memang memantau ketat Iman Firash ketika dia bermain di luar rumah. Ikut rapat-rapat dan perhatikan rapat-rapat jer setiap pergerakkan Iman Firash. Agak-agak kehilangan imbangan badan, cepat-cepat Farah berlari dapatkan dia dan menangkap atau menyambut tubuh badan dia demi nak elakkan dia jatuh. Haaa ko, sampai tahap macam tu sekali! Embarrassed smile… Tapi bukanlah fikir sebab takut anak tu berparut… Hu hu hu… Cuma tidak mahu dia mengalami kecederaan yang serius yang boleh menyakitkan dia. Nampak tak? Nampak tak di situ bagaimana overprotective-nya Farah? Di mana, secara hakikatnya Farah tahu yang Farah perlu ubah itu. Mentang-mentanglah anak seorang jer, bukan main dia punya overprotective kannn? I need and I have to learn to let go!

Mungkinlah, mungkin kini, Farah boleh belajar untuk melepaskan sedikit demi sedikit dan mungkin juga Farah boleh lepaskan segala rasa bimbang sekiranya berlaku kecederaan yang boleh meninggalkan kesan parut pada tubuh Iman Firash. Begitu juga anda yang mungkin sekapal dengan Farah di dalam hal ini! Sebabnya? Haaaa… Punya nalaaa panjang mukadimah…Ini baru nak masuk apa yang Farah nak kongsikan sebenarnya…  Open-mouthed smile Ha ha ha… Ya, harap maklum ya, entri pada kali ini, mungkin agak panjang lebar dan dipenuhi juga dengan gambar-gambar sebanyak lebih kurang 20 kepilan gambar more or less.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 2


Bertempat di Young Explorer Kid’s Gym di Plaza 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 12 November 2016 – Iman Firash dan Farah telah mengisi pagi Sabtu kami pada kali ini dengan menghadiri majlis pelancaran Kempen My Hero-Scar -  Hiruscar dan Hiruscar Kids. Objektik kempen ini adalah bagi menggalakkan ibu bapa untuk memberikan kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menikmati aktiviti luar rumah atau lebih dikenali sebagai outdoor tanpa merasa bimbang sekiranya anak-anak mendapat parut di tubuh badan daripada luka, lebam dan juga bengkak. Ia juga adalah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa akan kepentingan aktiviti di luar rumah atau outdoor di dalam perkembangan fizikal serta psikologi anak-anak.

Perkara yang ibu bapa perlu tahu, parut sebenarnya boleh dihilangkan sekiranya dirawat dengan betul dan produk penjagaan parut yang betul digunakan!


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 3


Anak-anak yang sedang membesar sememangnya sangat aktif dan kemungkinan untuk terjatuh itu serta mengalami kecederaan itu sememangnya ada. Tak payah nak kata di luar rumah sahaja perkara ini boleh berlaku, di dalam rumah pun boleh berlaku juga. Ada di antara ibu bapa yang mana seakan trauma, bila sekali dah terjadi, anak dah tercedera, selepas itu memang akan sangat menjaga demi nak mengelakkan anak tercedera lagi dan mendapat parut yang lebih banyak di bahagian tubuh badan anak-anak. Sebenarnya ada satu soalan… Lalu ke nak pantau, nak jaga anak-anak 24/7 semata tak nak anak mendapat parut di tubuh badan mereka? Sebab tak lalu nak pantau 24/7 lah terjadinya keadaan di mana ibu bapa mengambil keputusan yang memudahkan mereka dengan mengelakkan anak-anak dari terlibat dengan aktiviti di luar rumah yang mana sebenarnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Allow them to be adventurous because it is part of growing up.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 4


Menurut Cik Koon Yin Pang yang merupakan Senior Manager, Consumer Health Lead, Marketing Management, Consumer Health dari DKSH Malaysia Sdn. Bhd., Hiruscar dan Hiruscar Kids menawarkan solusi atau penyelesaian yang efisyen dan juga mudah di dalam memastikan orang dewasa dan kanak-kanak dapat menghilangkan parut dari tubuh badan mereka. Secara alternatifnya, Kempen My-Hero Scar adalah untuk memberi jaminan kepada ibu bapa supaya mereka tidak perlu berasa risau tentang parut pada tubuh badan anak-anak selagi adanya penjagaan yang rapi dengan Hiruscar dan Hiruscar Kids.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 5


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 6


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 7


Untuk ibu bapa atau dewasa, Hiruscar adalah merupakan sesuatu yang dapat membantu di dalam menyamarkan parut di bahagian kulit pada tubuh badan. Ianya tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit. Hiruscar mengandungi MPS yang digabungkan dengan Allium Cepa serta empat lagi elemen lain yang dapat mengurangkan pembentukan tisu lebihan pada kulit. Ia juga memperbaiki dan menyembuhkan luka secara semulajadi dan melembutkan permukaan parut yang tebal. Untuk hasil yang terbaik, penggunaan Hiruscar perlu secara berterusan secara konsisten selama tempoh masa 4 sehingga 6 bulan. Ianya digunakan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari pada pemukaan luka yang telah kering. Jangkamasa rawatan atau penggunaan Hiruscar adalah berbeza-beza mengikut kondisi, saiz, jenis, keseriusan dan berapa lamakah usia parut terbabit. 93% pengguna menyatakan yang kebanyakan parut mereka sembuh pada minggu ke-12 penggunaan Hiruscar.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 8


Hiruscar Kids pula adalah produk yang dipasarkan khas buat kanak-kanak yang menggabungkan lima molekul sebagai hero yang membantu ibu bapa merawat parut yang terdapat pada anak-anak masing-masing.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 9


Makanya, tak perlu risaulah kan? Sekiranya kita sendiri yang berparut, anak kita yang berparut… ada hero yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan parut-parut tersebut. Hiruscar dan Hiruscar Kids kan ada? Nak risau kenapa? He he he… Winking smile.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 11


Rasa risau dalam hati pun berkurangan sedikit bila mendengar talk yang disampaikan oleh Dr. Priyadarshini Srinivasan yang merupakan seorang industrial and organizational psychologist yang telah dijemput khas oleh pihak Hiruscar dan Hiruscar Kids. Banyak ilmu serta perkongsian yang telah mendatangkan manfaat serta membuka minda ibu bapa yang hadir ke atas kepentingan aktiviti luar rumah ataupun outdoor. Di dalam sesi selama 45 minit yang telah disampaikan oleh Dr. Priyadarshini, antara topik yang telah diketengahkan serta disampaikan di dalam sesi talk yang bertajuk Play as a Significant Tool of Parenting adalah seperti:

  • Values of Parenting
  • Styles of Parenting – Alison Gopnik
  • Rules for Parenting
  • Play and its Significance in Parenting
  • Outdoor Play Benefits to Young Toddlers
  • Outdoor Play Benefits to Young Children (3-5 years)
  • The Impact of Restricted Outdoor Playtime on Children
  • Parents Role in Outdoor Play
  • Bumps and Bruises are Part of Growing Up
  • Tips for Playing with Young Children

Iman Firash? Takkanlah nak duduk diam dalam bilik talk tu selama 45 minit kan? Tak mungkin… He he he… Open-mouthed smile… Tentu-tentulah dia akan merasa bosan ya tak? Dia adalah aktiviti dia yang tersendiri. Selama berlangsungnya majlis pelancaran Hiruscar dan Hiruscar Kids, Iman Firash ada di bahagian yang telah dikhaskan dan inilah merupakan salah satu acara yang pernah Farah hadiri yang boleh dikatakan sebagai acara mesra ibu bapa! Smile. Tidak perlu risau Iman Firash kebosanan, sementara Farah sibuk dengan tugasan Farah, Iman Firash dijaga oleh guardian yang telah ditugaskan. Smile. Nak lihat apa yang Iman Firash sibukkan bersama rakan-rakan lain?


{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1478936041080","sources":[],"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","width":2048,"origin":"collage","subsource":"done_button","height":1536,"total_editor_time":18,"brushes_used":0}


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 14


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 16


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 15


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 17


Sibuk anak bujang kita ni bereksplorasi setiap segenap sudut Young Explorer Kid’s Gym dengan pengawasan guardians yang telah ditugaskan khas pada acara tersebut. Tapi tidaklah dia leka sehingga terlupa Mommy. Sekejap-sekejap dia mencari juga, sehinggalah bila Babah dia sampai. Masa tu memang Babah dia tolong pantau dia sama lah sementara Mommy menyiapkan tugasan. Bagi mengeratkan bonding di antara ibu bapa dan anak-anak, terdapat juga aktiviti pencarian harta karun yang telah disediakan.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 19


Jangan tanyalah Iman Firash menang apa kan? 2 jer pun yang dapat dicarinya… He he he… Alaaa…kecil sangat lagi… manalah nak mampu dia mencari semua kan? Tunggu sedikit masa lagi nanti ya? Bila dia dah cukup faham dan cukup besar.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 18


Jadi… jika anda belum mendedahkan anak-anak bermain di luar rumah kerana risaukan parut yang bakal mereka dapat… pertimbangkanlah hal tersebut dan berilah peluang kepada mereka untuk meneroka dunia luar yang lebih luas dan menarik. Mungkin tips berikut sepertimana yang dikongsikan oleh artikel di SINI berguna kepada kita sebagai ibu bapa.

Tetapkan Masa Bermain

Kanak-kanak memerlukan minimum satu jam untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia penting untuk kesihatan mereka. Dengan melakukan aktiviti fizikal, mereka dapat berkembang secara optimal dan sihat dan cergas. Sediakan sekurang-kurangnya satu jam untuk anak bebas bermain di luar rumah.

Jaga Anak Ketika Bermain

Jangan biarkan anak bermain bersendirian di luar rumah. Ibu atau ayah mesti ada di sisi untuk memerhati dan memantau keselamatan anak agar dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan atau kemalangan yang tidak diinginkan.

Pastikan Tempat Bermain Selamat

Pilih kawasan yang selamat untuk anak bermain di luar rumah. Jangan mendedahkan anak bermain di tempat yang berbahaya.
 

Bersihkan Badan Anak

Bermain di luar rumah memang mendedahkan anak kepada risiko kekotoran. Oleh itu aspek kebersihan mesti diutamakan. Badan yang berpeluh, tangan yang kotor kerana banyak menyentuh objek di luar rumah mesti dibersihkan sebaik selesai bermain kerana ia penuh dengan kuman yang berisiko menyebabkan jangkitan pelbagai penyakit.
 
Tak perlu risau sekiranya hadiah yang didapati adalah kesan parut, kerana Hiruscar dan Hiruscar Kids ada untuk membantu!
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KEMPEN MY HERO-SCAR, SILA LAWATI:
 
 
 
*Pssttt... Ingat ya! Aktiviti luar rumah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak. Jangan abaikannya hanya kerana anda malas hendak mengawasi mereka bermain.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !