Home » , , , , , , , , , , , » Customized Thomas & Friends Birthday Cake By VD.licious!

Customized Thomas & Friends Birthday Cake By VD.licious!

CUSTOMIZED THOMAS & FRIENDS CAKE BY VD.LICIOUS!

Ini semua adalah saat-saat akhir punya rezeki dan sebenarnya tak ada perancangan langsung nak customized kek hari jadi untuk Iman Firash. Cumanya memang terfikir-fikir yang dia memang sukakan watak siri animasi Thomas and Friends.  Hajat hati tu ada, tapi simpan dan pendam diam-diam jer.Smile. Ada juga browse dan cuba tanya-tanya beberapa bakers tentang customized cake. Ada yang letak harga RM250.00 untuk 1 kg +++. Ada yang letak harga RM80.00 sehingga range RM180.00. Bergantung kepada reka bentuk dan juga sebarang add-on. Lagi meriah lagi mahal-lah harganya kannn? Tiba-tiba muncul the baking couple iaitu VD.licious.


  CUSTOMIZED THOMAS & FRIENDS CAKE BY VD.LICIOUS! 2

Saja Farah browse dan lihat koleksi kek yang pernah dihasilkan oleh VD.licious. Tengok gambar-gambar kek, wohoo! Nampak cantik! Nampak menarik dan terliurlah juga kannn? Tak dinafikan gambar yang menarik juga memainkan peranan di dalam menarik perhatian dan juga selera yang melihat. Ha ha ha... Tak percaya? Ingat Farah main-main ke? Kalau tak percaya cuba lihat...

A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on
A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on
A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on
A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on
A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on
A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on


Hasil air tangan the baking couple VD.licious ni nampak kemas dan menarik! First impression itu kan memainkan peranan? Ini baru tengok gambar weiii! Kalau ada depan mata apatah lagi kan? Rasa nak ngappp jer terus! Kalau presentation dah menarik macam ni, rasanya tentu boleh tahan juga ni! Fikir Farah dalam hatilah kannn? Mata tertancap pada kek Thomas and Friend! Terus ingatan berbalik kepada Iman Firash.  Tanpa fikir panjang atau lama-lama lagi, terus Farah maklumkan kepada Fuza dari VD.licious yang Farah memilih customized cake Thomas and Friends dan beritahu Fuza, bagaimana konsep yang Farah inginkan. Hati gembira kerana bakal dapat memberikan kejutan buat Iman Firash bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran yang ketiga dia. Dalam hati berkata-kata tentu seronok dan gembira Iman Firash nanti. Sukalah kan? Hati mana yang tak suka jika dapat menggembirakan hati anak? Semua ibu bapa akan rasa bahagia bila dapat melihat senyuman dan keceriaan anak-anak. Betul tak?

Setelah memaklumkan kepada Fuza, kami bersetuju yang bahawasanya penghantaran akan dilakukan pada 25 November 2016 iaitu pada hari Jumaat kerana hari lahir Iman Firash jatuh pada 26 November 2016, Sabtu. Farah tak rasa jika dihantar pada hari Sabtu Farah akan sempat. Sebabnya Farah ada tugasan blog yang perlu Farah hadiri. Jadi timing nak kena betul! Kalau tidak huru hara nanti! Kek pun sampai pada 25 November 2016 iaitu Jumaat lepas, pada lebih kurang 6.30 petang sepertimana yang telah dipersetujui.


CUSTOMIZED THOMAS & FRIENDS CAKE BY VD.LICIOUS! 3 

Tadaaa…Inilah dia kek ulangtahun hari kelahiran Iman Firash yang ketiga yang dapat Farah kongsikan serta abadikan di Bubblynotes.Com. Mommy tumpang sekaki untuk kek ulangtahun hari kelahiran Mommy juga yang baru lepas pada 24 November 2016. Why not kan? Dah alang-alang dekat-dekat tarikhnya, kita kongsi jer lah. Betul tak? He he he... simple tetapi tetap sedap mata memandang. Bila Iman Firash lihat... tak sempat nak tunggu esok! Dia sibuk suruh nyalakan lilin dan masa tu juga dia nak buat majlis upacara potong kek hari lahir dia. Phewww! Pada mulanya Farah tak adalah nak layankan, akan tetapi bila dah mula tantrum nak juga dia tu... lagipun dah nak hampir ke pukul 12.00 am, akhirnya kehendak hati dia diturutkan juga.

CUSTOMIZED THOMAS & FRIENDS CAKE BY VD.LICIOUS! 4

Terlalu teruja sampaikan apa yang berlaku adalah dia pergi ke kotak permainan dia dan gali permainan Thomas and Friends dia, bawa ke dapur kemudiannya top-up lagi satu Thomas and Friends di atas kek hari lahir dia yang menjadikan kek hari lahir dia telah diubahsuai kepada:


CUSTOMIZED THOMAS & FRIENDS CAKE BY VD.LICIOUS! 5

CUSTOMIZED THOMAS & FRIENDS CAKE BY VD.LICIOUS! 6

Jadilah begini... depan belakang ada si keretapi Thomas ni. Setelah dia agak berpuas hati dengan tambahan dekorasi kek hari lahir dia, terus dia panjat dan berdiri di atas kerusi sambil mulut menyanyi-nyanyikan lagi Happy Birthday untuk diri sendiri di dalam versi sendiri dan bersedia untuk meniup lilin serta memotong kek.

CUSTOMIZED THOMAS & FRIENDS CAKE BY VD.LICIOUS! 7

Puas hati agaknya dapat potong kek hari lahir dia. Alhamdulillah dia gembira.  Lepas dapat potong kek tu, barulah dia nak tidur ok? Memang tuntut betul! Selagi tak dapat, selagi tu lah dia akan tuntut… Bagi Farah kek hari lahir Iman Firash pada kali ini seperti tahun lepas juga, adalah sesuatu yang remarkable sepanjang perjalanan sambutan hari lahir Iman Firash. Hurmm… Masa Mommy dia kecil-kecil dulu tak ada pun merasa customized birthday cake macam dia ni… Untunglaaa…Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tulah dianya yang dikatakan, bila kita tak rasa benda-benda macam ni, anak kita lah rezekinya merasa kan? Terfikir juga, kalau dululah ada customized birthday cake macam ni, watak kartun mana yang akan Farah pilih? He he he… Farah nak watak animasi The Care Bears! Sebab comel sangat! Dan Farah sangat-sangat sukakan kartun The Care Bears tu!

Vd.licious telah lakukan yang terbaik mengikut kehendak Farah. Owhhh, untuk pengetahuan anda, Vd.licious bukan sekadar terhad kepada cake baking and selling only. Akan tetapi Vd.licious juga menawarkan perkhidmatan customized cake toppers. Macammm….

A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on
A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on
A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on


A photo posted by #Thebakingcouple By VD.licious (@vd.licious) on


Surprised smile
hah? Macam pernah lihat jer cake toppers yang pertama tu? Winking smile he he he…memanglah...

Sesiapa yang menonton Gegar Vaganza mesti terus teringatkan?Kek hari lahir Abang Zarul Umbrella yang dipaparkan di kaca televisyen anda sewaktu berlangsungnya rancangan itu, adalah hasil air tangan the baking couple by VD.Licious. Sememangnya, kek-kek ataupun pastri hasil air tangan VD.licious diterima ramai. Amboiii, cerita jer, tapi tak cerita pun rasanya macam mana kan? Rasanya adalah sedap! He he he… Terdapat dua jenis base cake untuk sebarang tempahan customized cake, iaitu sama ada anda ingin memilih kek red velvet ataupun chocolate food devil cake… Macam Iman Firash, Farah pilih chocolate food devil cake untuk dia memandangkan dia suka coklat. Untuk hari lahir dia, tentulah berikan dia semua yang dia suka jer, takkanlah ikut apa yang kita suka jer kan? Nama pun meraikan anak, bukannya meraikan mak. Nerd smile.

VD.licious adalah pakar di dalam kek red velvet, victoria sandwich, brownies dan juga cupcakes. Pemiliknya pula bukanlah setahun jagung di dalam industri ini. Lama dah bertapak dan punya banyak pengalaman di dalam bidang yang diceburinya. Alhamdulillah, rezeki Iman Firash tahun ini untuk meraikan dan merasa kek yang dihasilkan oleh the baking couple by VD.licious. Memang berseri-seri sambutan hari lahir Iman Firash yang ketiga kali ini. Anda rasa tertarik dan berminat nak mencuba air tangan VD.licious? Ataupun tercari-cari kek yang cantik dan sedap untuk buat kejutan pada pasangan? anak? rakan sekerja? atau sesiapa sahaja? Sekarang ni VD.licious sedang menjalankan promosi… Ok, nak tau sila baca apa yang bakal Farah kongsikan di bawah ini:

Kek Cantik Dan Sedap Dengan Harga Promosi RM80.00???

Iyaaa…silalah percaya hanya RM80.00 sahaja.

Apa kata pelanggan tetap mereka? "Saya dah try sis..ur cake so yummy..saya nak repeat order sekarang jugak" - Mazzuin, Serdang –, "Puas hati sis..dah la murah,cantik pula tu..i beli buat surprise kat hubby..hihi" - Selina, Shah Alam, "Sedap sangat, habis licin..Thanks! Saya dah promote kat budak opis" - Anis, Setia Alam -

Untuk pengetahuan anda hanya bahan-bahan premium yang digunakan oleh pihak the baking couple by VD.licious. Anda boleh memilih tema kesukaan masing-masing dan tawaran yang diberikan oleh mereka adalah sangat berbaloi. Promosi kek dengan harga serendah RM80.00 memang betul-betul best! Tapiii, hanya yang What’s App sahaja yang akan dapat tawaran istimewa ni ok? TAWARAN ISTIMEWA SEHINGGA 31 DISEMBER 2016 DAN TERHAD KEPADA 15 ORANG PELANGGAN YANG PERTAMA SETIAP HARI. Jadi, kalau nak grab sila WHAT’S APP PROMO ke 018.274.7600.

Terdapat 2 jenis kek pilihan semasa oleh pelanggan VD.licious iaitu Red Velvet Cake dan Devil Food Chocolate Cake. Terdapat 3 rekabentuk yang sangat menarik di mana ianya adalah asli (filling cake melimpah keluar dari setiap lapisan, hiasan topping cake mengikut permintaan pelanggan) dan edible image (topping cake covered with edible image and caption decoration by fondant). Harga asal bagi kek-kek sebegini dengan berat kek di antara 1.2 kg sehingga 1.5 kg adalah RM 100.00 sehingga RM 130.00. Beli sebiji, RM 80.00 anda jimat RM 50.00. Boleh ambil sendiri ataupun dihantar. Bagi ambil sendiri terdapat 2 lokasi iaitu di Seri Kembangan – Taman Alam Sanctuary dan Shah Alam Seksyen 17. Bagi khidmat penghantaran pula, penghantaran adalah bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan di Selangor. Harga servis penghantaran yang dikenakan adalah di antara RM 15.00 ke RM 20.00 mengikut kawasan.

Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Dengan Promosi dan juga VD.licious:


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Customized Thomas & Friends Birthday Cake By VD.licious!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, November 27, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Cantik-cantik semua design kek ni la mummy...parutlah kek Fieash pun wow... :)

    ReplyDelete
  2. kek sedap, deko menarik pasti akan menjadi pilihan ramai..:)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY