BALANITIS | Yang Ada Anak Lelaki Kena Baca Ni!

Farah Waheda Wahid
2
Balanitis
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Ini bukanlah satu paksaan untuk anda membaca artikel dari blogger picisan ini, akan tetapi, sekiranya anda mempunyai bayi atau anak lelaki kecil ataupun anak lelaki, adalah bagus sekiranya anda boleh mengambil sedikit isi ilmu pengetahuan tentang perkara ini. Smile. Mungkin ada yang merasakan ini adalah sesuatu gimik melalui tajuk dan juga teaser pembukaan entri yang sekadar ingin menarik trafik or what so not. Anda silap! Ianya adalah sesuatu yang Farah rasakan penting untuk semua ibu bapa ambil tahu.

Menurut Dr. Wan Khairina Wan Mohd Nowalid, MBBS (Adelaide), M.Med (Paediatrics) UKM, Pakar Perunding Pediatrik dari Pantai Hospital Ampang di SINI, masalah radang pada hujung kulit kemaluan kanak-kanak lelaki boleh terjadi. Semasa lahir kulit hujung kemaluan (foreskin) biasanya melekat pada bahagian hujung kemaluan (glans). Apabila kanak-kanak membesar, kulit hujung beransur-ansur terpisah dari glans dan boleh ditarik ke atas melepasi glans. Tisu kulit mati yang bercampur sebum dari kelenjar lemak kerap kali terkumpul di bawah kulit hujung Iaber warna putih/kekuningan dan dikenali sebagai smegma. Smegma boleh membentuk gumpalan yang kadang –kadang kelihatan dari sebagai bonjolan kecil di bawah kulit. Smegma juga kadangkala keluar dari hujung kemaluan dan boleh disangka sebagai nanah.Walaupun begitu kehadiran smegma adalah satu fenomena yang biasa dan bukan menandakan jangkitan. Apabila terdapat tanda-tanda radang iaitu merah, bengkak atau sakit, anak anda perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Ada yang pening? Senang cerita bahagian kemaluan anak-anak lelaki membengkak, merah-merah dan ada putih-putih di hujung kemaluannya. Radang kemaluan namanya tu.

Punca-Punca Radang:


ALAHAN
Radang boleh disebabkan oleh alahan kepada bahan kimia yang terdapat pada sabun/krim/bedak yang digunakan. Pembersihan yang berlebihan juga boleh menyebabkan irritasi kulit. Sesetengah masalah kulit seperti ekzema juga boleh menyebabkan berlaku alahan.
 
JANGKITAN
Jangkitan bakteria atau kulat juga boleh menyebabkan radang.Kelembapan kulit terutama bagi kanak-kanak yang menggunakan lampin boleh menggalakkan pembiakan kulat. Faktor kebersihan juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria.
 
LUKA / GIGITAN SERANGGA
Kulit hujung kadangkala boleh terluka sekiranya cuba ditolak ke atas secara paksa. Luka boleh mendedahkan kulit kepada bakteria. Gigitan serangga seperti semut atau kutu juga boleh menyebabkan bengkak, merah dan kadangkala gatal.
 

Tanda-Tanda Jangkitan Glans atau Disebut Balanitis

  • Merah.
  • Bengkak sama ada di hujung atau keseluruhan kulit di kawasan glans atau kemaluan.
  • Sakit di bahagian kemaluan atau semasa membuang air kecil.
  • Keluar nanah atau cecair yang berbau busuk.
  • Demam
 

Rawatan Untuk Balanitis Bergantung Kepada Tahap dan Jenis Jangkitan

1. Doktor mungkin menasihatkan merendamkan bahagian badan kanak-kanak tersebut di dalam air suam atau air bercampur garam 2-3 kali sehari (warm bath atau Sitz bath). Ini dapat membersihkan kawasan jangkitan dan meredakan sakit dan radang.
 
2. Krim anti kulat atau antibiotik akan diberikan bergantung kepada jenis jangkitan.
 
3. Krim steroid boleh mengurangkan radang.
 
4. Kadangkala ubat makan antibiotik diperlukan.
 
5. Jangkitan yang lebih teruk mungkin memerlukan antibiotik menerusi intravena.
 
6. Rawatan surgeri kadangkala diperlukan sekiranya komplikasi yang lebih teruk seperti bernanah atau kanak-kanak tidak dapat membuang air kecil disebabkan bukaan kulit hujung tersumbat.
 

Keadaan Lain Yang Biasa Terjadi Selain Daripada Jangkitan

 
PHIMOSIS
Bukaan kulit hujung terlalu kecil atau berparut menyebabkan air kencing tidak dapat keluar.Kadang kala bahagian hujung kemaluan kelihatan menggelembung semasa kanak-kanak membuang air kecil. Sekiranya bukaan terlalu kecil, kanak-kanak mungkin menangis kesakitan semasa kencing atau terdapat darah semasa kencing akibat luka pada kulit tersebut.
 
PARAPHIMOSIS
Sebahagian kulit mungkin tertarik ke atas dan melekat pada glans menyebabkan hujung glans membengkak.
 
ZIPPER INJURY
Trauma pada kemaluan disebabkan tersekat di zip.
 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian


1.    Jangan membersihkan secara  keterlaluan walaupun kadangkala smegma sukar untuk dibersihkan.
2.    Jangan memaksa kulit hujung ke atas untuk membersihkan glans kerana ini boleh menyebabkan luka atau parut terjadi.
3.    Jangan membiarkan air kencing atau najis terlalu lama tanpa dibersihkan atau tidak menukar lampin dengan segera.
4.    Elakkan menggunakan bahan mandian/cucian/bedak yang berlebihan atau yang tidaksesuai dengan bayi di kawasan tersebut.
5.    Cuci dengan air suam dan rawat jangkitan kulat atau irritasi kulit dengan segera.
 
Disebabkan Farah bukannya pakar ataupun doktor, Farah tak pasti sama ada ini ada kaitan dengan istilah yang pernah Farah dengar di kalangan orang-orang yang terdahulu makan garam ataupun rakan-rakan yang pernah melalui situasi yang dinamakan sebagai kemaluan buta sehinggakan anak-anak terpaksa dikhatankan lebih awal. Akan tetapi rasanya, ini mungkin berlainan kot? Hu hu hu…Sesiapa yang berpengalaman serta tahu tu ataupun sesiapa yang bergelar doktor tu bolehlah berikan pencerahan sekiranya sudi ya? Winking smile. Nak belajar dan ambil ilmu pengetahuan juga.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nice info for my next baby boy perhaps! hehe

    ReplyDelete
  2. belum ada anak lelaki tapi kena aware jugak dengan isu2 kesihatan macam ni. Thank you for sharing. Untuk reference di masa akan datang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !