Home » , , , , , , , , » Bagaimana Untuk Kurangkan JAUNDIS Bayi Sejak Dalam Kandungan?

Bagaimana Untuk Kurangkan JAUNDIS Bayi Sejak Dalam Kandungan?

BAGAIMANA UNTUK KURANGKAN JAUNDIS BAYI SEJAK DALAM KANDUNGAN

Throwback kaitan jaundis dan anak sendiri… throwback entri lama yang bertajuk JAUNDIS NEONATAL – PENYAKIT KUNING BAYI, teringat bacaan bagi jaundis Iman Firash sewaktu hari keeempat dan hari keenam kelahiran dia pada November 2013 dahulu. Bacaan di hari keempat kelahiran Iman Firash adalah 166 dan bacaan pada hari keenam adalah 146. Syukur Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang serius dan tidak ada sebarang rawatan susulan yang diperlukan untuk jaundis Iman Firash. Bukan tak ada jaundis tetapi jaundis Iman Firash hanya sedikit sahaja, betul-betul sedikit.

Kebanyakan bayi yang baru lahir pasti akan terkena jaundis. Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan. Jaudis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah. Ketika bagyi dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila sudah dilahirkan, bayi sendiri akan membuat proses pembuangan tersebut. Oleh kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin maka sebab itu bayi biasanya akan terkenan jaundis.

Bilirubin berasal dari sel darah merah. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing. Biasanya memang sukar hendak mengelakkan bayi baru lahir daripada terkena jaundis tetapi ada juga bayi yang memang bebas daripada jangkitan jaundis selepas lahir. Anak Mommy, Iman Firash hampir-hampir dah ke arah bebas daripada jangkitan jaundis.
 
Tiada apa pun yang Farah amalkan sewaktu hamilkan Iman Firash, Farah sekadar tidak pernah skip pengambilan Obimin Pluz dan juga makan sebiji buah kurma setiap hari. Petua buah kurma ni, Farah dapat dari seorang kakak yang Farah dah tak ingat dah nama dia sebab jumpa di majlis makan-makan di rumah jiran dulu sewaktu Farah sedang hamil 5 bulan. Kakak tu yang bagi petua suruh makan sekurang-kurangnya sebiji buah kurma sehari sepanjang waktu kehamilan sebabnya katanya melalui pengalaman dia yang sudah melahirkan lima orang anak, anak-anak yang dia lahirkan seorang pun tidak pernah terkena jaundis disebabkan dia amalkan memakan buah kurma sekurang-kurangnya sebiji sehari. Selagi tak bertentangan dengan hukum Islam, Farah pun cuba jerlah kan? Tak salah mencuba kan? Smile.
 
Tercari-cari juga fakta yang menyokong petua yang diberikan oleh kakak tersebut, tetapi tak jumpa pula, cuma mungkin hampir-hampirlah kot? Farah jumpa artikel di SINI pula… Dikatakan, semasa mengandung, ibu mengamalkan beberapa amalan berikut sehingga bayinya tidak dijangkiti jaundis langsung! Pengalaman Farah sendiri, Farah dah kongsikan, tentang apa yang Farah amalkan, akan tetapi berdasarkan artikel ini adalah beberapa tips atau petua yang dikongsikan:
 

Jaga Kesihatan

Ibu mengandung hendaklah menjaga kesihatan diri sepanjang kehamilan terutama semasa trimester ketiga. Dapatkan rehat yang cukup. Amalkan pemakanan yang sihat dan jangan lupa makan suplemen yang diberikan oleh doktor.
 

Elak Penggunaan Ubat Bersalin

Sebaiknya cuba elakkan penggunaan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin.
 

Bersedia!

Buat persediaan rapi secara fizikal dan mental semasa hamil untuk menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Jaundis akan berkurangan jika bayi kerap menyusu dan membuang najis dan air kencing.
 

Minum Air Kelapa

Semasa mengandung terutama pada trimester ketiga, banyakkan minum air kelapa asli tanpa campuran bahan lain seperti gula dan ais. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan.
 

Kurangkan Makan Halia

Kurangkan pengambilan halia di penghujung kehamilan dan selepas bersalin. Walaupun halia bagus untuk ibu baru lepas bersalin tetapi ia adalah herba yang boleh meningkatkan paras jaundis dalam badan bayi. Oleh itu jangan makan halia pada minggu-minggu awal selepas bersalin.
 
Walaupun amalan tersebut bukan 100 peratus dijamin tetapi ia tidak salah dicuba selagi tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan kan? Semoga bermanfaat! Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bagaimana Untuk Kurangkan JAUNDIS Bayi Sejak Dalam Kandungan?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 29, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. sekurang kurangnya kita dah usaha elakkan jaundice dari masa kita hamil kan 😃

    ReplyDelete
  2. nice sharing sis... anak akak yg pertama mmg kena jaudis hampir sebualan... tp Allahmdulillah anak kedua langsung takde jaudis.... skang akak preagnant anak ke3 mmg ada risau juga bab ni.... masa anak kedua akak amalkan makan sprilina.... tp skang baru trimester kedua, akak belum ambil spirulina cuma makan iberate sj...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY