Wajarkah Nenek Mengasuh & Dibayar Kerana Menjaga Cucu?

Farah Waheda Wahid
3
WAJARKAH NENEK DIBAYAR KERANA MENJAGA CUCU (2)

Tidak berapa lama dulu, ada satu entri di Bubblynotes.Com yang bertajuk Antara Pengasuh, Nurseri & Atuk Nenek… Isu yang diketengahkan adalah mengenai destinasi penghantaran pengasuhan atau penjagaan anak-anak sementara ibu bapa keluar bekerja mencari rezeki dan intipatinya adalah perbezaan pendapat setiap individu ke atas perkara itu. Farah sendiri ada menyatakan confession serta pandangan Farah mengenai perkara tersebut. Yang seterusnya, persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat pada masa kini secara umumnya adalah, tentang duit upah ataupun bayaran kepada ibu sendiri disebabkan telah berbakti kepada anak-anak mereka dengan kesanggupan mereka untuk mengasuh cucu sendiri sementara ibu bapa keluar bekerja.

Bagaimana dengan pandangan anda? Adakah wajar seorang nenek diberikan upah kerana menjaga cucu sendiri? Ikuti satu perkongsian yang Farah temui melalui jaringan di SINI:

Hukum Nenek Jaga Cucu

Soalan Pertama:

Ustaz, saya ingin bertanya hukum ibu kandung saya menjaga dua anak saya semasa saya keluar bekerja. Ini kerana saya ada terbaca di sebuah laman sosial yang hukumnya haram jika kita membiarkan ibu kandung kita menjaga anak kita. Walau apa pun alasannya termasuk kekangan kewangan kerana ia seperti ibu kandung kita melahirkan “tuan”. Saya ada memberi duit kepada ibu sebagai balasan menjaga anak-anak saya.

Pn. Maziah, Klang, Selangor

Jawapan dari Ustaz Kazim Elias:

Puan Maziah, laman sosial mana yang mengatakan haram itu? Jika kita salah memilih laman sosial, dibimbangi salahlah pula maklumat di dalamnya. Sebaik-baiknya, kita hendaklah berguru dan berkitab. Boleh ada soal jawab di dalamnya. Berkenaan memberikan wang kepada ibu kandung yang menjaga anak Puan Maziah, adalah HARUS jika si ibu itu SUKARELA MENGASUH anak puan dan tidaklah boleh dianggap seperti ibu kandung melahirkan “tuan”.

Yang paling afdal biarlah ibu bapa kandung berehat di usia tua dengan melakukan amal ibadat yang bersesuaian dengan mereka. Mereka telah bersusah-payah menjaga kita dari kecil dan sekarang mereka telah tua maka berilah mereka berehat dan peluang untuk beribadat. Tetapi, pada dasarnya, TIDAKLAH MENJADI KESALAHAN memberi wang kepada ibu bapa menjaga cucu-cucunya dan penjagaan itu pula berlaku secara sukarela daripada pihak ibu bapa itu sendiri.

Dari Sumber Kedua di SINI dan Soalan Kedua:

Salam. Saya nak tahu apakah hukum bila kita suruh ibu kita menjaga anak-anak kita? Saya mempunyai seorang kakak yang suka suruh ibu saya datang rumah beliau untuk menjaga anaknya. Ibu ada juga mengeluh, tetapi bila kenangkan cucu, dia terpaksa juga lakukan. Kami adik-beradik berasa kasihan melihat ibu tapi tidak berkata apa-apa kepada kakak kerana hendak menjaga hati beliau.

Jawapan:

HARUS bagi anak meminta pertolongan ibunya untuk menjaga cucu SECARA IKHLAS ATAU DENGAN TIDAK MEMAKSANYA, lebih-lebih lagi dengan penjagaan tersebut boleh mengeratkan lagi hubungan dan kasih sayang kekeluargaan. Tetapi jika ibu tersebut TIDAK SANGGUP berbuat demikian, TIDAK SEHARUSNYA anak tersebut membebani dan menambahkan tanggungjawab ibunya dengan menjaga cucunya. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya supaya setiap permasalahan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.

Pengalaman sendiri? Farah tidak pernah menganggap apa yang Farah beri kepada nenek Firash adalah sebagai upah ataupun bayaran. Farah sentiasa menganggapkan diri yang ianya adalah hadiah dari seorang anak untuk seorang ibu. Bila guna perkataan upah ataupun bayaran tu, secara common sense diri sendiri rasa tak sedap dan seolah-olah macam kita ni menggajikan mak kandung kita sendiri pula… Macam tak patut pun ada rasanya. Nenek Firash menjaga Firash dengan kesanggupan dan kerelaan dia sendiri. Dia yang volunteer, dia yang bersungguh dan it was all done out of love from a nanny to a grandson. Lagipun itulah satu-satunya cucu yang dia ada. Cucu sulung dan cucu bongsu.

Diakui menjaga cucu itu bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi ketika meniti usia senja. Penat mengasuh anak kecil ni, bukannya tak penat. Namun bagi sesetengah orang, mereka tiada pilihan, terpaksa melakunya juga di atas pelbagai faktor desakan hidup yang tidak kita ketahui apakah puncanya. It’s all back to logic and square one, meskipun ada hubungan kekeluargaan, penat lelah orang tua menjaga zuriat kita tidak boleh dipandang sebelah mata. Mereka tetap perlu dihargai dan bakti yang mereka taburkan kepada anak menantu serta cucu seharusnya dibalas. Tidak semestinya di dalam bentuk wang ringgit, tetapi bagi Farah, Farah lebih memilih untuk memberikan hadiah di dalam bentuk wang untuk nenek Firash gunakan. Bukan terhenti di situ sahaja, sebagai tanda berterima kasih seorang anak kepada ibunya, segala kebajikan nenek Firash, Farah rasakan adalah menjadi tanggungjawab yang terletak di bahu Farah. Farah berusaha sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab itu.

Malah sebenarnya, tidak keterlaluan, jika ada nenek yang menetapkan syarat tertentu untuk menjaga cucu sendiri. Memang ada yang akan kata tak patut kot nak letak syarat sebab cucu sendiri. Tapi kita sendiri faham-fahamlah…penat mengasuh anak-anak yang sedang membesar ni…Sedangkan kita sendiri boleh mengomel letih itu, letih ini, tak cukup masa, terkejar-kejar, susah itu susah ini, apatah lagi rasanya ibu-ibu kita yang telah berusia? Fikir logik kan?

Nak tau tak? Ada satu cerita, kisah benar ya. Di Korea Selatan, Ock Mi-eun yang berusia 57 tahun, sudah dua tahun menjaga cucunya sejak dilahirkan supaya anak perempuannya boleh terus bekerja. Sebagai imbuhan, dia menerima bayaran satu juta won (RM3,574) sebulan atas perkhidmatannya itu. Membayar ibu bapa kerana “sudi” menjaga cucu bukanlah satu perkara pelik di Korea Selatan kerana ia sudah diamalkan sejak dulu lagi. Namun, jumlah kini semakin meningkat dan ia menjadi satu urusan profesional kerana ramai yang memberi imbuhan setara dengan kadar upah menjaga bayi dan kanak-kanak di pusat penjagaan harian.

“Apabila meninggalkan anak di bawah pengawasan orang lain, memang wajarlah ibu bapa memberi imbuhan (wang) kepada si penjaga,” kata Ock, yang setiap hari menghantar cucunya ke kelas penjagaan pagi dan menjemputnya pulang. Selepas kelas, dia akan mengambil alih tugas menjaga cucunya sehingga anaknya pulang dari kerja pada waktu petang.
 
Sebelum 2013, kelas penjagaan kanak-kanak untuk warga emas atau datuk dan nenek amat jarang diadakan, tetapi kini ia menjadi satu keutamaan di kebanyakan pusat kesihatan awam. Di kelas ini, mereka akan diajar teknik bantuan pernafasan kecemasan (CPR), urutan untuk bayi, kaedah betul memberi bayi makan dan cara bermain dengan kanak-kanak.“Warga emas ini memang bersemangat untuk belajar kaedah moden menjaga kanak-kanak kerana keadaan sekarang jauh berbeza dari zaman mereka dulu. Mereka mahu memperlengkapkan diri dengan ilmu terkini supaya tidak dipandang lekeh oleh anak masing-masing,” kata Song Geum-re, yang mengajar di kelas penjagaan kanak-kanak untuk warga emas. – sumber dari SINI
 
Wajar tak wajar, tepuk dada tanyalah selera…Fikirkan secara logik dan fikirkan apa yang sepatutnya… Akan tetapi, bagi Farah, Farah tidak pernah menganggap yang bayaran itu seolah menjadi nenek Firash adalah pekerja kepada Farah. Tidak sama sekali. Mengasuh dan menjaga Firash adalah di atas kerelaan nenek Firash sendiri dan sepertimana yang pernah Farah kongsikan dahulu, pernah Farah utarakan ingin menghantar Firash ke nurseri ataupun pengasuh, namun rajuk nenek Firash selama seminggu tidak mahu bercakap dan makan yang boleh memudaratkand diri dia itu, membuatkan Farah terus meletakkan Firash di bawah asuhan nenek Firash sehingga kini.
 
Yang menghantar anak-anak ke rumah nenek mereka dan anak-anak diasuh oleh nenek mereka, boleh berfikir sendiri tentang bayaran berbentuk hadiah atau ganjaran berbentuk hadiah sebagai satu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu kita yang tidak terhingga kerana sanggup mengasuh dan menjaga anak kita ketika kita mencari rezeki. Fikir-fikirkan secara waras dan logik dan fikir-fikirkan kita sudah cukup bertuah kerana mempunyai ibu yang mempunyai kesanggupan sehingga ke tahap ini. Anda lebih tahu apa yang anda perlu lakukan sebagai menghargai pengorbanan mereka dan juga sebagai tanda terima kasih.
 
Pada yang mempunyai pandangan berbeza, usah dipersoalkan, usah dikecam… Kerana sepertimana pernah Farah kongsikan di dalam entri yang terdahulu, pasti ada sesuatu sebab di sebalik sesuatu situasi dan keadaan. Setiap individu ada set masalahnya yang tersendiri. Sukar untuk kita menentukan apakah penyebab atau punca dan adalah tidak adil bagi kita untuk meletakkan hukuman ataupun pandangan serong kepada mereka-mereka yang anaknya dijaga oleh nenek mereka. Jangan mengandai, jangan mentafsir sesuatu yang bukannya terletak di tangan kita untuk menghukum. Winking smile.







Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kalau nenak nya sukarela nak jaga apa salah nya..tapi kita kena la bagi ganjaran jugak..rasanya kalau mak kita jaga anak kita lagi besar ganjaran atau upah yang kita patut bagi berbanding bayar kat pengasuh..betul tak??

    Tapi saya memang tak sanggup la nak suruh mak akak jaga..memang kalau boleh tak mau lansung dia jaga.kesian kat dia sebab kita tau anak kita lasak nya macam mana..

    ReplyDelete
  2. mak saya pernah minta nak jaga... tapi suami tak bagi... tapi bg kak farah... saya sendiri faham kenapa dan mengapa ash dibawah pengawasan neneknya kan...

    ReplyDelete
  3. Pada saya x salah nk memberi..Berilah dgn niat berterima kasih pada mereka kerana sudi jaga anak kite sebaiknya..Jgn niat meng-gaji pulak..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !