TIPS | Survival Berpantang Sendiri

Farah Waheda Wahid
2

Cara berpantang seseorang ibu yang baru melahirkan adalah berbeza-beza. Tidak serupa, tidak sama… Ada orang rezekinya berpantang bersama ibu sendiri ataupun ibu mertua, ada orang rezekinya berpantang bersama suami dan ada orang rezekinya berpantang sendirian berhad. Smile… Yang mana satukah anda pernah rasa? Ataupun anda telah merasa kesemua yang disenaraikan melalui pengalaman melahirkan anak yang berbeza-beza… Anak pertama berpantang dengan ibu mertua, anak kedua berpantang dengan ibu sendiri, anak ketiga berpantang bersama suami dan anak keempat berpantang secara sendirian berhad…. Mungkin? Tidak mustahil kan? Semuanya boleh terjadi dan boleh berlaku.

Bagi ibu yang beranak seorang ini, pengalaman berpantang adalah bersama ibu sendiri sahaja. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk berpantang bertemankan serta dibantu oleh ibu sendiri. Syukran Ya Allah… Walaupun jika diikutkan naluri emosional kewanitaan….Ahaksss… Open-mouthed smile…Anak pertama, pertama kali melahirkan dan pertama kali melalui pengalaman berpantang, mahukan suami sentiasa berada di sisi…. Ohoiii… Kalau tak betul-betul, kalau ikutkan sangat jiwa sendu dan emosional, silap-silap hari bulan kalau tak kuat mental mau jatuh meroyan sebab dok emosi jer… Iyalah pertama kali kan? Seboleh-boleh nak suami sentiasa berada di sisi, namun atas tuntutan tanggungjawab sedia ada yang perlu dipenuhi, kita ni sebagai isteri kenalah faham dan kenalah didik hati supaya tidak terlalu hanyut di dalam emosi yang tidak akan membawa sebarang kebaikan pada diri sendiri pun… Tengok jer muka anak yang baru lahir, peluk, pangku dan cium dia…Nikmati setiap moment sebaiknya… In Shaa Allah… Semua perasaan negatif itu dapat diubati… Smile

Ini adalah satu bentuk perkongsian berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh Farah sendiri dan juga berdasarkan bacaan pengalaman beberapa orang ibu di laman blog mereka serta di media sosial mereka… Ini adalah tips untuk ibu-ibu yang akan berpantang berseorangan tanpa sebarang bantuan tambahan. Tidak semua orang bernasib baik ataupun berpeluang untuk mendapat bantuan tambahan ketika berpantang ya? Dengan suami yang sentiasa sibuk dan meninggalkan kita, ibu-ibu yang tinggal bersama bayi yang baru dilahirkan di rumah, mana mungkin dapat membiarkan rumah di dalam keadaan terbiar dan juga tidak menjaga pantang? Dalam pantang tetap di dalam pantang, akan tetapi kelangsungan hidup tetap perlu diteruskan, ya tak?

Bagi anda yang mungkin memerlukan tips survival berpantang sendiri, yang tersenarai di bawah adalah berdasarkan pengalaman Farah sendiri dan juga dipetik serba-sedikit dari sumber di SINI:

Kuatkan Semangat

Mental dan emosi kena sama-sama seiring kuat ya? Ingat ni…Ini memang Farah betul-betul nak pesan kepada anda yang bakal berpantang sendiri. Kena kuatkan semangat dan fikir dari sudut yang positif. Beritahu pada diri sendiri, "aku pasti boleh berpantang sendiri". Jangan ikutkan rasa sedih di hati sangat. Berpantang sendiri adalah sesuatu perkara yang hebat untuk wanita yang hebat. Fikir macam tu jer. Fikir jer… Allah SWT tidak akan menguji seseorang manusia di luar kemampuan diri mereka. Nanti, kalau ada yang sangat rajin bertanya soalah cliche berpantang mana? Siapa jaga? Denga siapa… Dengan rasa bangga, sila jawab… "aku pantang sendiri jer kat rumah" sambil berikan senyuman yang paling indah dan paling manis.

Bangun Awal

Sesiapa yang bukannya morning person tu… bawa-bawa beringatlah ya…He he he… Winking smilejangan tidur sampai matahari dah tercacak! Bangun awal-awal supaya banyak perkara yang boleh diselesaikan. Bagi yang mempunyai anak yang lebih besar, boleh siapkan terlebih dahulu sarapan mereka. Tak payah beriya masak sangat, awak tu pantang…Ingat!

Mandi Awal

Bila dah bangun tu, mandilah sekali. Jangan tangguh sebab sibuk nak pegang telefon nak skrol Facebook dahulu. Mentang-mentanglah anak masih tidur lagi kannn? Ahaksss… Open-mouthed smile… Macam Farah dulu, memang tak berapa nak tidur sangat, makanya memang secara automatik bangun awal. Bila dah bangun awal, layan berblog dulu dan kemudiannya, Mama Farah yang memang setiap hari awal bangunnya dari semua orang di dalam rumah, masakkan air (untuk mandi air panas)…Rumah tak ada heater wak… Nak mandi air panas kena jerang air dulu… Mujurlah ada Mama yang membantu untuk masakkan air dan juga tuangkan air ke dalam besen untuk dicampurkan dengan air paip biasa supaya jadi suam-suam kuku macam tu… Kalau Mama tak ada, mungkin jadi satu masalah juga pada Farah nak mengangkat air segala bagai… Tak kot? Kalau Mama tak ada, alahaiii cerek jer… Boleh lagi In Shaa Allah… Cerek tidaklah seberat mana yang mampu membuka jahitan di perut ya tak? Perlahan-lahan… Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan bab ini.

Mandi cepat-cepat, masa nilah bagi sesetengah orang nak menikmati mandian herba segala bagi. Farah tak ada pun…Mandi air paip biasa jer… Selepas mandi, jangan lupa pakai stokin. Ingat, mandi tak payah basah rambut, guna air suam dan jangan memandai-mandai nak guna air sejuk, nanti bentan pula.

Pakai Bengkung

Yang ini, Farah tak tergolong. Memang tak pakai bengkung pun selepas melahirkan dan sewaktu di dalam tempoh berpantang. Seriau mak nakkk…Walaupun orang sibuk dok syorkan bengkung moden, bengkung khas untuk caesarean…Baru lepas kena potong dan gam perut tu…Memang taklah kakak nak pakai kannn? Namun bagi anda yang tiada sebarang masalah untuk memakai bengkung. Siapa kata, bengkung ni tak boleh pakai sendiri? Ada cara dia. Bila dah tahu terpaksa berpantang sendiri, cepat-cepat belajar nak ikat bengkung. Ada banyak tutorial di Google. Segalanya di hujung jari kannn? He he he… Kalau payah sangat… minta tolong suami ikatkan sebelum dia pergi kerja. Ada suami kan? Mintalah tolong suami…Kalau suami tak ada, mak pun tak ada… Itu memang anda kena survival sendiri ok?

Makan Pagi

Bila dah siapkan diri semua, bolehlah bersarapan. Ambil yang ringkas dan mengenyangkan. Macam Farah dulu, makan biskut Hup Seng tu kot kalau tak silap dan minum milo. Masa tu, semua pun jadi sedap oii… Kenyang juga…Kena makan pagi… bila dah makan pagi, badan pun rasa bertenaga je. Bayi pun kenyang menyusu kan kan kan?

Mengemas Rumah

Sebenarnya, kalau berpantang anak pertama macam dalam kes Farah, mungkin perkara ini tidak penting. Tapi kalau ada anak-anak yang lebih besar, yang tengah suka sepah rumah… Biarkan saja terlebih dahulu jika anda tahan… Tak apa rumah bersepah seketika. Elakkan dari terjerit-jerit marah anak ya? Ini boleh mengakibatkan anda mendapat penyakit meroyan nanti… Tunggu jer suami anda balik dan nanti minta bantuan suami untuk kemaskan.

Farah bernasib baik, sebab Mama ada. Mama yang tolong kemas rumah dan selesaikan segala urusan rumah masa tu. Terima kasih Mama… Tapi sebenarnya, ni Farah nak bagi sedikit tips…kalau benar-benar tiada sesiapa pun untuk beri bantuan tambahan… secara rasionalnya… usah khuatir, tak perlu rumit-rumit… panggil jer orang bersihkan rumah…Sekarang ni kan dah banyak servis membersihkan rumah secara begini… Tak kiralah part-time maid ke? apa ke? Ini bagi yang tinggal di kawasan bandar-bandar yang ada perkhidmatan seumpama ini… Bagi kawasan yang tiada…Biar jer dulu sampai anda rasa badan dah sihat dan sudah mampu untuk lakukan kerja rumah… Barulah lakukan, itupun secara perlahan-lahan ya? Jangan terlalu lasak.

Upah Orang Jaga Pantang

Ini jalan paling mudah, upah orang jaga masa berpantang. Tapi kosnya agak tinggi. Ikut pakej. Siap ada yang masak, mandikan bayi, urut badan dan tungku. Kalau rasa berkemampuan, upah sahajalah. Tak payah stress.

Cari Orang Urut

Baik cari awal-awal, sewaktu belum bersalin lagi. Takut nanti dah kalut pantang sendiri, sampai lupa nak berurut. Katanya badan nak pakai lama. Masa tengah berurut tu, minta anak yang lebih besar dan boleh diharap jagakan adiknya. Kalau tidak, tunggu waktu suami cuti dan ada. Farah dulu berurut cuma tiga hari sahaja. Memang tiga hari sahaja… Sad smile

Mandikan Bayi

Eloknya mandikan bayi masa waktu Dhuha seperti yang dikongsikan oleh artikel yang Farah rujuk untuk membantu pengisian entri ini. Dalam pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari macam tu. Letakkan besen mandi bayi atas meja, atau tempat yang separas pinggang. Isikan air sikit-sikit guna gayung. Campur sikit air panas, biar hangat air tu. Rasa dengan sikut. Lepas tu mandikan bayi dengan cara berdiri. Jangan cuba-cuba untuk cangkung! Masa suami cuti, suami ada, mohonlah bantuan suami untuk mandikan bayi kan?

Siapkan Baju Bayi

Bila nak mandikan bayi, siapkan dulu baju dan alatan-alatan mandian yang digunakan. Barulah tak kalut. Letak dengan dengan tempat mandikannya tadi. Sebab dari mula dah terbiasa macam  ni, sampai sekarang ni pun jadi dah terbiasa dah dan masih siapkan segala keperluan Iman Firash sebelum mandikan dia.

Susukan Selepas Mandi

Bayi biasalah kan? Bila lepas mandi mesti nak menyusu. Ambil peluang berehat masa susukan dia. Jangan stress pula kalau anak jenis mengempeng. Tak apa, layan jer dia menyusu sambil elus-elus rambut pipi dia yang gebu. Farah dulu, asyik cium, asyik cium … Suka bau baby kann? He he he… (Huhhh… tabiat menyusu selepas mandi ni dah jadi kebiasaan dah sampai sekarang…)

Makanan

Jujurnya bab penyediaan makanan, Farah tak sediakan makanan Farah sangat pun sewaktu berpantang. Mama Farah yang sediakan segalanya. Alhamdulillah, diringankan dari segi itu… Cumanya…Ini bab yang ramai sangat takut Farah bentan…Hu hu hu… Ikutkan memang tidak digalakkan memandu lagi kerana perut tu baru jer berpotong dan disembur dengan spray atau penyembur untuk mencantumkan luka di perut tu…. Tapi… Genap seminggu… Selepas itu, Farah dah pandu kereta dan dengan stokin dan selipar…memang nampak sungguh orang tengah berpantang… Farah gigih bawa Mama dan Firash ke pasar raya yang berdekatan dengan kawasan perumahan kami. Sebab nak cari barangan basah untuk makanan Farah. Mama tak pandai memandu, Papa pula kerja…jadi nak tak nak… Farah terpaksa memandu juga…Sebab hanya Farah jer tempat bergantung harap untuk ke mana-mana pada kebanyakan masa. He he he… Kecik-kecik dah masuk pasar raya, sebab tu suka sangat pergi beli-belah di pasar raya…Dah jadi sebati dah dengan dia…

Ok… kalau mengikut sumber yang dirujuk…masak sekali untuk makan malam. Pilih menu yang sesuai untuk semua orang dalam rumah. Lagipun sekarang ni dah macam-macam lauk pantang yang sedap kan? Orang yang tak pantang pun makan bertambah-tambah.

Bagi Farah, kalau dah payah sangat…Sekarang ni macam-macam ada… yang melakukan perkhidmatan penghantaran makanan berpantang pun dah ada. Apa susah…Jika ka ching nya ada… Gunakan sahajalah perkhidmatan ini ya?

Basuh Pakaian

Ini boleh minta pertolongan suami. Jangan nak tunjuk kuat, tak nak orang tolong. In Shaa Allah, mesti suami nak tolong ataupun nak lagi mudah? Hantar jer ke dobi… Bagaimanalah nak dikatakan mampu untuk melupakan jasa ibu… Terharu oiii bila kenang-kenang balik… Mama susah payah basuh pakaian Farah dan basuh pakaian Iman Firash. Pakaian Iman Firash semua dia basuh guna tangan.

Serah Kerja Pada Suami

Bincang awal-awal dengan suami. Kerja-kerja seperti sidai baju atau kemas rumah tu serahkanlah pada suami kalau boleh.

Memang kalau berpantang dengan bantuan tambahan serta sokongan orang-orang tersayang sekeliling ni adalah satu pengalaman serta memori yang indah dalam kehidupan wanita untuk dikenang. Suami kena mainkan peranan yang penting kalau mahukan isteri rasa bahagia berpantang sendiri. Tapi, kalau bukan rezeki nak berpantang dengan suami ataupun sesiapa yang terdekat dengan kita, jangan sendu…Buat jer setakat mana yang boleh buat. Apa-apa pun utamakan kesihatan diri ya? In Shaa Allah, apa yang disenaraikan di dalam perkongsian ini boleh membantu anda yang terpaksa berpantang sendiri. Ikutlah elok-elok mana yang baik supaya tak adalah berisiko menjadi bentan ataupun mendapat penyakit meroyan nanti. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kite 2 minggu je berpantang mak jaga.. Tp stress sgt bab nak kena ulang alik cek jaundis baby.. Kat kg, mak tak pandai bawak kereta gak.. Ade pon motor je la dia duk lenjan hari2 gi pasar ke memana. Jadi bila part nk ulang alik hari2 ke klinik tu terpaksa mintak tlg jiran bawakan.. Lama2 kita jd tekanan emosi. Sedih, murung semua ada. Sbb terasa menyusahkan sgt. Kalau suami dekat mesti suami yg bawakan.. Bak kata farah la.. Anak pertama ni nak suami jugak dekat ngan kita.. So after 2 weeks tu terus balik Kajang. Suami jagakan.. Huhuhu~

    ReplyDelete
  2. cikla empat2 berpantang, Emak yg jaga. mengada tak? hihi... bkn nak susahkan Emak, tp lebih selesa dan percaya bila Emak sendiri yg jaga. lgpun 3 anak cikla semuanya aktif terlebih.... paling tak pun Emak boleh tengok tengok kan 3 org kakak dgn Abg. ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !