Tips Membeli-Belah Dengan Si Kecil!

Farah Waheda Wahid
1
TIPS MEMBELI-BELAH DENGAN SI KECIL

Tell me about it! Eye rolling smileMembeli-belah dengan si kecil ada masanya sangat menyeronokkan dan ada masanya boleh membuatkan anda bertukar menjadi raksasa gorgon Vampire bat yang rasa macam nak makan budak jer… Ha ha ha… Open-mouthed smile…. Bila tiba, angin dia elok, dia eloklah… Bila tiba angin dia tak elok… Perghhh… Merecikkk peluh mak nak oiii…. Kalau menangis, menjerit tu tak apa lagi… Kalau terus terbaring kat lantai sambil menghentak-hentak kaki atau keraskan badan? Hu hu hu… Boleh nangis oooo… Crying face… Alhamdulillah, sehingga saat dan ketika ini, belum mengalami dan minta dijauhkan situasi terbaring atas lantai sambil menghentak-hentak kaki atau keraskan badan… Yang ada? Jujurlah Farah mengaku yer? Tak mahu sorok-sorok dan selindung-selindung… selagi tak dapat kehendak dia, selagi itu… Mommy this…Mommy that… Sambil jari telunjuk menunjuk berulang-ulang kali ke arah barangan yang dia mahu… Owhhh… Ada lagi… Tak cukup lagi tu… Kalau tak dilayan juga… Desibel suara itu akan semakin lama semakin kuat dan jika terus-terusan tak diendahkan dia akan menangis dengan penuh syahdu serta kepiluan yang amat…

Mommy ni nakal sikit…Ihiksss… Ada masa memang suka menyakat… Tolonglah percaya… Walaupun Mommy ni sangat sayangkan si anak tunggal nan seorang ini… Mommy ini mampu untuk pekakkan telinga dan buat tak tau… Yang tebal telinga selalunya adalah nenek dia… Yang mengalah cepat sangat selalunya adalah nenek dia… Hu hu hu… Kata neneknya tak sanggup nak dengar dia bising dan menangis-nangis di pasar raya yang ramai dengan orang… Wakakaka… Nyah-Nyah… Mommy dia lain…Mommy dia mampu ok? Tak kisahlah kalau semua mata nak memandang ke apa? So what? Ya ya, nanti orang kata kita tak ambil tindakan ataupun tidak melakukan sesuatu serta biarkan sahaja anak menangis dan tantrum sebegitu… Bagi Farah…Lantaklah korang nak cakap apa… Itu adalah cara mendidik dia, kalau ke pasar raya bukan setiap apa yang dia nak tu, akan dia dapat… Kalau dok ikut rentak dia macam tu… Alamatnya? Nanti dia fikir, apa dia nak semua dia boleh dapat… Tak apalah…Korang nak kata pun katalah… Yang ada anak kecil mesti faham kannn? Biarlah dia bising di waktu kecil, biarlah mata-mata memandang… Tu semua nak mendidik dia… Esok-esok nanti, lama kelamaan dia akan faham juga… Bila Mommy dia ni, bolayan… buat tuli jer…Itu bermakna… Don’t dream of it! Takkan dapat…Memang Mommy tak kasi…

Sebagai seorang ibu yang telah melaluinya selama hampir 3 tahun… Apabila anak sudah mula pandai shopping sama dengan maknya… Sememangnya waktu membeli-belah adalah sesuatu yang sangat mencabar. Nak kendalikan anak kecil yang telah mula pandai shopping ni kena lihat dari pelbagai aspek dan sudut. Bila tiba time hari angin dia ok… Tersangatlah behave seadanya…Aman damai nak ber-shopping…Bila tiba hari dia angin tak berapa nak elok… Masa tu… Adoiii mulalah kannn? Semuanya terdugalah… Terutamanya tahap kesabaran… Memang betul-betul perlu ada tahap kesabaran yang tinggi. Tak sama yer… Membeli-belah dengan bayi kecil yang tidur di dalam stroller  dan membeli-belah dengan anak-anak kecil di peringkat toddler, pre-schooler dan kanak-kanak bersekolah rendah. Kalau bayi tu dah tentu-tentu diammm jer…Kan kan kan? Ha ha ha… Ibu-ibu baru, bakal-bakal ibu di luar sana, please be prepared.

Waktu membeli-belah bersama anak kecil adalah satu waktu di mana anak kecil itu berpeluang untuk bereksplorasi, berjumpa dengan orang-orang baru dan hang out dengan ibu bapa. Sukalah kiranya Farah kongsikan sedikit tips dari pengalaman Farah yang telah berkecimpung di dalam rutin membeli-belah barangan dapur hampir saban minggu bersama nenek dia dan dia, dan melalui pengalaman demi pengalaman yang dilalui setiap hujung minggu. Pada peringkat permulaan memang agak mengalami kesukaran dengan perubahan angin Iman Firash…Akan tetapi, lama-kelamaan setelah dikaji, diteliti dan difahami rentaknya… Barulah Farah boleh ikut tempo bagaimana Farah boleh memastikan waktu membeli-belah barangan dapur setiap hujung minggu itu mampu membuatkan Farah membeli-belah dengan tenang serta aman-damai…Ekekeke… Open-mouthed smile… Jom kita lihat beberapa tips yang tidak seberapa dari seseorang yang baru sahaja bergelar ibu selama hampir 3 tahun ini… Jika ada kekurangan serta kesilapan harap diperbetulkan dan dimaafkan yer?

Pastikan Lampin / Lampin Pakai Buang Disalin, Kanak-Kanak Pergi Ke Tandas Sebelum Keluar Dari Rumah

Ini sememangnya satu rutin dari dulu sampailah ke sekarang… Bagi Iman Firash yang masih berlampin pakai buang… Setiap kali sebelum keluar dari rumah untuk ke pasar raya, Farah akan pastikan yang Farah menyalin lampin pakai buang yang dipakai oleh Iman Firash pada waktu itu terlebih dahulu irregardless  lampin pakai buang yang sedang dipakai itu masih boleh dipakai kerana hanya membuang air kecil di dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ya… Ada pendapat akan mengatakan ianya adalah satu tindakan yang membazir… Akan tetapi, bagi Farah adalah lebih baik kerugian sedikit dari menanggung pening ragam si kecil akibat dari ketidakselesaan yang dialami oleh mereka. Itu pendapat Farah, mungkin pendapat kita adalah berbeza-beza dan tidak sama dari satu individu lain ke satu individu lain. Sekiranya anak-anak anda tidak memakai lampin lagi… atau sudahpun dikategorikan sebagai kanak-kanak… Farah cadangkan agar latih mereka untuk ke tandas untuk membuang air sebelum keluar dari rumah. Ya-lahhh…Kalau mereka tidak mahu ke tandas takkan nak paksa pula kan? Tapi tak salah cuba melatih agar mereka terbiasa kan?

Rancang Waktu Perjalanan Dengan Bijak

Bila ada anak kecil ni, hidup kita secara automatiknya akan berubah dan tidak akan sama dengan sebelumnya. Jika dulu, boleh ikut suka kita jer nak keluar pukul berapa dan balik pukul berapa. Bila ada anak kecil ni, semuanya berkait rapat dengan waktu. Kalau anda memilih untuk pergi ke pasar raya pada waktu tengah hari yang kebiasaannya menjadi waktu tidur anak-anak kecil di siang hari… Ia mungkin akan menjadi masalah apabila mereka meragam kelak. Waktu perjalanan yang terbaik, waktu paling afdal orang kata nak tuju ke pasar raya dan meneruskan aktiviti membeli-belah yang Farah amalkan adalah sebaik-baiknya apabila anak sudah mendapat rehat yang cukup, tidur yang cukup, makan yang cukup dan berada di dalam angin yang baik. Selain tu, sila ambil tahu atau observe bila waktunya pasar raya penuh dengan orang dan kalau boleh elakkan ke pasar raya sewaktu ianya padat. Anak-anak kecil ni, ada yang tidak boleh menerima suasana padat mudat dan terlalu ramai orang.

Sediakan Beg Kecil Yang Berisi Barangan Si Kecil

Kalau anak anda menghisap puting… Pastikan puting dimasukkan ke dalam beg kecil tersebut… Kalau anak anda mempunyai anak patung kesayangan, sila pastikan ianya dimasukkan ke dalam beg kecil tersebut. 4 perkara utama yang mesti ada di dalam beg kecil Iman Firash adalah bantal “papan” dia, patung kucing dia, air suam dan susu. Keempat-empat ni mesti ada… Tak boleh tak ada… Sebagai penyelamat di kala dia sudah mula menunjukkan tanda-tanda tantrum.

Berkomunikasi Dengan Anak Sepanjang Waktu Membeli-Belah

Kadang-kadang anak kecil ni boleh jadi cepat bosan jika berada di satu-satu tempat dalam satu tempoh waktu yang agak lama. Nak-nak lagi kita sibuklahhh memilih barangan yang hendak dibeli dan dia terpaksa menurut sahaja… Maunya tak bosan… Anak-anak kecil kan suka bermain…Kenalah entertain mereka sewaktu membeli-belah tu… Bercakap-cakap dengan mereka… Sesekali bergurau senda dengan mereka… Apa saja yang boleh menghindarkan anak kecil dari menjadi cepat bosan…

Buat Senarai Barangan Yang Ingin Dibeli

Terpaksalah… Tak boleh nak elak celah mana pun… Memandang kita ni manusia yang kadang-kala boleh jadi pelupa dan terlupa… Nak tak nak, cara paling baik, buat satu senarai barangan yang ingin dibeli agar tiada yang ketinggalan dan proses membeli-belah itu menjadi lebih lancar. Selain tu, dalam-dalam pada tu, bolehlah jimat duit sikit kannn? Kalau main beli jer tak ada senarai terkadang boleh berlaku pembaziran juga… Bila ada senarai…Bolehlah kita keraskan hati untuk membeli hanya barangan yang diperlukan sahaja dari membeli barangan yang tidak diperlukan… Ada senarai ni pun mudah dan boleh menjadikan kerja membeli-belah lebih cepat. Nenek Firash pesan… Ada anak ni, tak boleh tembel! Semua kerja kena tangkas dan cepat…Jadi dengan adanya senarai barangan yang hendak dibeli sebenarnya ia adalah sesuatu yang sangat membantu.

Hafal Selok Belok Pasar Raya

Open-mouthed smile Ha ha ha…Jenuhlah ni! Nak menghafal pula selok-belok pasar raya… Barang ni letaknya di mana… Barang tu letaknya di mana… Mula-mula memang agak sukar juga… Tapi lama-kelamaan alah bisa tegal biasa ok? Tahu apa yang kita perlukan di pasar raya, tahu mana letaknya barangan yang diperlukan…Dengan cara ini, sebenarnya ia akan dapat membantu kita untuk mempercepatkan lagi proses membeli-belah sebelum anak kecil kita meragam. Kalau dah cari sesuatu barang tu untuk beberapa ketika, ringan-ringankanlah mulut bertanya di mana letaknya barangan…

“Attitude Is Everything”

Bayi dan anak-anak kecil ni… pick up on their parents’ mood and emotiones. Kalau kita pergi membeli-belah di pasar raya dengan perasaan stress, anak boleh rasa dan mereka pun boleh jadi turut buat ragam yer… Tak tahu orang lain bagaimana…Tetapi itulah yang terjadi pada Farah sebanyak beberapa kali…Kalau emosi tak berapa nak stabil, Iman Firash pun dalam masa yang sama tak stabil juga mood dia jadinya…Masa tulah dia pun nak moody kannn? Makanya, kita ni kenalah mempunyai sikap yang positif dan anak anda mungkin akan ceria dan tidak meragam sewaktu membeli-belah… Gittew…

Meragam Hendakkan Sesuatu?

Sewaktu mula-mula dulu, jenuh juga nak ikut rentak dia…Lama-kelamaan, ini tak boleh jadi ni… Yalah masih belum berapa nak faham…Ko cakap elok-elok dan terangkan elok-elok macam mana pun… Kalau dia masih belum memahami sepenuhnya, terangkanlah macam mana pun… Pasti dia berdegil nak juga sesuatu tu… Cara Farah sekarang ni? Sebenarnya dah nak stop dah buat begini sebab nak ajar dia secara perlahan-lahan untuk memahami erti penjimatan dan juga erti pembaziran….Antara yang perlu dan juga yang tidak perlu… Cara yang sebenarnya Farah tak berapa nak galakkan adalah, biarkan sahaja dia masukkan apa sahaja barangan yang dia mahukan di dalam troli pasar raya…Kemudian bila tiba waktu membayar, asingkan dan beritahu pada cashier yang kita tidak mahu barangan yang anak kecil kita masukkan ke dalam troli tersebut sebab kita tak perlukan. Membazirkan? Buat apa nak bayar untuk sesuatu yang kita tidak perlukan…Sekarang ini, Farah di dalam fasa untuk memahamkan dan mendidik Iman Firash secara perlahan-lahan agar dia tidak sesuka hati masukkan apa sahaja di dalam troli…Pengsan Mommy ko ni nak oiii kalau semua satu pasar raya ko nak masukkan dalam troli tu… Bawa duit sejuta pun boleh jadi tak cukup nanti… Muahahaha…. Open-mouthed smile

Sekian sahaja tips membeli-belah dengan si kecil dari Farah…Ada apa-apa penambahan lagi yang mungkin Farah terlepas pandang? Jika ada, silalah sudi-sudikan diri anda untuk berkongsi ya? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Thanks for tips! Berguna sangat ni bagi ibu baru mcm MD.. Gugugu~

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !