TIPS | Ajar Anak Fasih Lebih Dari Satu Bahasa

Farah Waheda Wahid
2
TIPS AJAR ANAK FASIH LEBIH DARI SATU BAHASA

Sedari mula hamilkan dia, Farah dah ada goal setting untuk perkembangan semasa dia… Jujur Farah akui, Farah punya impian untuk Iman Firash menguasai pertuturan lebih daripada satu bahasa. Iaitu bahasa selain daripada Bahasa Malaysia. Bukan kerana Farah nak tunjuk bagus, bukan kerana cuba-cuba nak menjadi poyo, bukan juga kerana nak semua orang lihat serta tahu, bagaimana bijaknya anak Farah. Semua tu tak ada dalam kamus. Jauh sekalilah nak lupakan bahasa ibunda turun-temurun kan? Ataupun cuba mengagung-agungkan bahasa selain dari Bahasa Malaysia. Tentulah tidak, itu kan Bahasa Kebangsaan, sewajarnya setiap rakyat Malaysia perlu mampu bertutur di dalam Bahasa Malaysia walau tak banyak sikit kan? Barulah warganegara ye tak? Winking smile.

Bagi Farah ianya ringkas… Suka hati koranglah! Lantakkan koranglah! Nak kata apa pun katalah… Farah tetap dengan misi mendidik Iman Firash supaya mampu bertutur lebih dari satu bahasa. Nak ajar cakap Mandarin…Aiyakkk! Tak pandailah pula! Agagagaga… Open-mouthed smile… Kalau nak ajar Mandarin, terpaksalah minta bantuan Atuk dia yang mampu bertutur di dalam beberapa bahasa seperti Mandarin, Hakka, Kantonis, Tamil, Inggeris dan Malaysia. Tak pun, pergi ke kelas bahasa khas yer tak? Yang mampu seorang ibu bernama Farah Waheda ini berikan adalah didikan Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia jer….

It is coolness ok? Bagi Farah lah, bagi anda Farah tak pasti. Ianya sangat mengagumkan apabila seseorang anak kecil yang berusia di bawah usia enam tahun fasih bercakap di dalam pelbagai bahasa. Selain Bahasa Malaysia atau lain-lain, bahasa ibunda mereka, anak-anak kecil kita juga fasih berbahasa Inggeris, Mandarin, Arab dan lain-lain bahasa lagi… Bagus! Thumbs up. Mungkin sekarang orang anggap ibu bapa anak-anak kecil begini poyo! Mungkinlah… Tapi sebenarnya, pada dasarnya apa yang dibiasakan, apa yang dilakukan semuanya adalah untuk masa depan anak-anak.

Macam dalam kes Farah, tak mampu nak didik dari awal kemahiran berbahasa selain dari Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Sebab? Sebab maknya tak boleh pun berbahasa lain selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris…Muahahaha… Open-mouthed smile. Makanya fokus Farah di dalam perkembangan pertuturan Iman Firash adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Di dalam kehidupan seharian Farah dan Firash, sememangnya 80% daripada komunikasi kami adalah di dalam Bahasa Inggeris. Ini bukan nak menunjuk-nunjuk atau berlagak ya? Disebabkan kebiasaan bertutur di dalam Bahasa Inggeris, memberi arahan di dalam Bahasa Inggeris, kini jika anda cuba memberikan arahan di dalam Bahasa Malaysia…Memang taklah dia nak dengar atau lakukan bila dipinta melakukan sesuatu. Jika anda berkomunikasi serta memberikan arahan di dalam Bahasa Inggeris kepada Iman Firash…Barulah dia mengikut dan melakukan apa yang disuruh… Phewww…. Jujur Farah akui… macam tulah keadaannya… dan jujur juga Farah akui, Farah sangat menekankan Bahasa Inggeris kepada Firash. Tapiii… di dalam masa yang sama, Farah cuba juga membentuk pemahaman serta pertuturan Iman Firash di dalam Bahasa Malaysia. Mana mungkin lupa kan?

Menurut perkongsian artikel di SINI, ada beberapa langkah yang boleh anda ikuti atau jalankan sekiranya anda berkeinginan untuk mengajar anak bertutur lebih dari satu bahasa. Di antaranya adalah:

Bercakap Setiap Hari Di Dalam Bahasa Pilihan

Ya inilah yang Farah lakukan selama hampir tiga (3) tahun kebelakangan ini… Kanak-kanak mesti selalu mendengar dan bercakap di dalam bahasa tersebut. Makanya, sila rajinkan diri untuk bercakap setiap hari dengan anak-anak anda di dalam bahasa pilihan.

Bacakan Buku Cerita

It works! Bacakan buku cerita di dalam bahasa pilihan dan galakkan interaksi antara ibu bapa dan anda apabila kita membacakan buku cerita kepada mereka. Ini adalah merupakan satu cara berkesan dan menyeronokkan untuk merangsang perkembangan bahasanya.

Ibu Bapa Perlu Bercakap Dua Bahasa Dalam Satu Rumah

Contohlah, ibu bertutur di dalam Bahasa Malaysia dengan anak dan bapa pula akan bercakap Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa pilihan dengan anak. Ia lebih berkesan membantu anak menguasai dua bahasa. Seeloknya ibu bapa tidak bercampur bahasa dalam ayat yang sama apabila bercakap dengan anak.

Sikap Positif Terhadap Bahasa

Amalkan sikap positif terhadap bahasa yang diperlukan untuk mengalakkan pembelajaran kerana kanak-kanak cepat faham apabila salah satu bahasa tidak digunakan secara kerap di luar rumah.

Pendedahan

Dedahkan anak secara kerap dengan program-program pembelajaran interaktif secara atas talian berdasarkan bahasa pilihan. Misalnya menonton kartun, video nyanyi, permainan dan sebagainaya dalam bahasa ibunda.

Secara amnya, kanak-kanak mampu untuk bercakap dengan fasih selepas satu hingga tiga tahun pendedahan yang kerap dan pelbagai untuk bahasa yang baru. Sebenarnya kanak-kanak terutama pada usia bawah enam tahun mempunyai keupayaan seperti span iaitu mampu menyerap segala yang diajar dengan pantas dan cepat.

*Tiba-tiba teringat pada rakan sekerja yang mana anaknya yang berusia 5 tahun yang kini terpaksa mendapatkan rawatan pertuturan disebabkan berlakunya kekeliruan atau kecelaruan bahasa disebabkan terlalu banyak sangat bahasa yang dia pelajari. Dia jadi keliru… Bapa pandai bertutur di  dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Anak pula menjadi keliru sehingga walaupun usia sudah cecah 5 tahun, akhirnya dia masih mempunyai baby talk. Dululah dulu, dulu pernah juga borak-borak dengan dia dan nyatakan hasrat nak ajar Iman Firash berbahasa Mandarin… Terus kawan ni nasihatkan Farah , jangan dulu… stick pada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja dulu, takut nanti jadi macam anak dia. Jadi keliru sebab dah banyak bahasa sangat… Syukurlah ada rakan yang sudi bagi peringatan dan nasihat macam tu kan? Sekurang-kurangnya kita beringat… Atas nasihat dia yang telah mengalami, sudahnya buat seketika ini keputusan adalah muktamad… Farah fokus pada Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris selagi sebelum bagi add-on pada Iman Firash sehingga dia telah benar-benar bersedia untuk penambahan pembelajaran bahasa lain. Itu semua bergantung dan tertakluk kepada perubahan dan keadaan semasa. Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. teringin jugak nak ajar anak2 bahasa kedua ni..bukan apa,bila sok besar nanti dioarang dah tak struggle nak belajar bahasa inggeris ni..sekarang ni tunjukkan video berbahasa inggeris je kat rumah..

    ReplyDelete
  2. semoga bermanfaat untuk ibu ibu di luar sana..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !