Home » , , , , , , , , » Terima Kasih ADVANTAGE QUEST Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Iman Firash!

Terima Kasih ADVANTAGE QUEST Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Iman Firash!

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash

Ini bukan nak lagak, bukan nak gebang, bukan nak menunjuk-nunjuk mahupun bercakap besar ataupun merasa diri Farah sebagai seorang ibu sudah cukup bagus dan hebat kerana sehingga ke hari ini perkembangan latihan berbahasa Inggeris Iman Firash boleh dikatakan agak baik dan agak sukar juga untuk membuatkan dia mendengar arahan di dalam Bahasa Melayu. Berbangga sangatkah Farah dengan latihan berbahasa Inggeris dan mengenal segalanya di dalam Bahasa Inggeris untuk Iman Firash? Surprised smile… Tidaklah terlintas di hati untuk Farah berbangga dengan perkembangan Iman Firash tersebut. Sebenarnya, seboleh-bolehnya Farah mahu Iman Firash mengimbangi di antara kemahiran-kemahiran bahasa yang ada yang mampu dia kuasai. Namun asasnya… Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sama penting untuk Iman Firash. Kedua-duanya wajib bagi Farah, dan kedua-duanya adalah perlu.

Selama kini, diakui, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang Farah lakukan bersama Iman Firash adalah berasaskan aktiviti di dalam Bahasa Inggeris kerana bagi Farah agak mudah untuk mendapatkan medium-medium pembacaan, aktiviti serta pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Agak sukar bagi Farah untuk menemui medium-medium pembacaan, aktiviti serta pembelajaran di dalam Bahasa Melayu. Jika mencari di enjin carian Google pun, Farah rasakan agak terhad sumber yang ada. Terkadang tu puas berfikir bagaimanakah caranya untuk Farah dapatkan medium-medium ini semua, dan yang menjadikan Farah semakin kerap menggunakan medium Bahasa Inggeris adalah kerana Iman Firash berminat dengan watak kartun Disney yang secara keseluruhan jika dicari di enjin carian Google aktiviti-aktiviti pembacaan, pembelajaran serta aktiviti santai adalah di dalam Bahasa Inggeris. Asyik asah Bahasa Inggeris sahaja… Bila masa pula nak asah Bahasa Melayu yer tak? Smile… Kata nak seimbangkan, makanya perlulah usaha nak seimbangkan yer tak?

Sehinggalah Farah mengetahui tentang Advantage Quest baru-baru ini. Advantage Quest adalah sebuah syarikat penerbitan buku yang telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku-buku pembacaan seperti buku cerita, buku aktiviti dan buku mewarna berdasarkan watak kartun Disney yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Memang ibarat pucuk dicita ulam mendatanglah jadinya kan? Akhirnya ada sesuatu yang dapat membantu Farah sebagai ibu untuk memperkasakan lagi penguasaan Bahasa Melayu Iman Firash. Kita orang Melayu kenalah tahu Bahasa Melayu, bahasa ibunda kita kan? Takkan kita nak lupakan asal usul kita… Setinggi mana dan sejauh mana kita pergi pun, kita tetap perlu mempunyai kemahiran berbahasa Melayu dengan baik.

Memang seronok proses memahirkan Iman Firash dengan buku-buku Disney Edisi Melayu yang diterbitkan oleh Advantage Quest. Mommy dia pun sama naik syok di dalam proses pembelajaran tersebut dan juga di dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama. Memang kualiti buku-buku Disney Edisi Melayu yang diterbitkan oleh Advantage Quest adalah terbaik dan memberikan manfaat yang sangat besar di dalam perkembangan Bahasa Melayu anak kecil. Bukan sahaja ianya mampu menarik minat dengan watak-watak kartun Disney yang ada di dalam keseluruhan buku-buku yang diterbitkan oleh mereka, akan tetapi, selain kemahiran Bahasa Melayu, ianya juga adalah lebih dari itu. Iya, itu adalah testimoni dari Farah sebagai seorang ibu yang telah menggunakan buku-buku Disney Edisi Melayu terbitan Advantage Quest. Tak percaya? Marilah lihat malam-malam yang kami habiskan bersama dengan buku-buku terbitan Advantage Quest.

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 2  

Mickey Mouse dan Minnie Mouse adalah kegemaran Iman Firash. Idola kartun dia. Jadi buku pertama yang dieksplorasi oleh kami berdua anak beranak adalah buku yang anda dapat lihat di dalam gambar yang dinyatakan di atas… Apa yang menarik? Selain dari mengasah kemahiran Bahasa Melayu anak-anak, sebenarnya ia juga boleh membantu di dalam melatih kecekapan serta koordinasi mata anak-anak di dalam aktiviti yang disediakan di dalam buku ini dengan konsep yang menarik. Sambil belajar, sambil bermain dengan warna-warna serta grafik yang mampu menarik perhatian anak kecil seperti Iman Firash.

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 3

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 5

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 6

Dapat mengenal benda, mengenal bentuk, mengenal sesuatu yang baru dan apa yang Farah dapati, semakin lama semakin Iman Firash seronok dengan buku-buku Disney Edisi Bahasa Melayu dari Advantage Quest.

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 13

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 7

Mengenali hidupan dasar laut, kenal apa yang ada di dasar laut, belajar melukis dan mengira di dalam masa yang sama.

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 8

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 9

Lihat saja bagaimana terujanya dia dengan ikan dan hidupan dasar laut dan bagaimana dia menikmati waktu-waktu yang penuh dengan keseronokan apabila dapat bermain dengan pelekat yang disediakan dan didatangkan khas bersama buku-buku Disney Edisi Bahasa Melayu tersebut? Yang lebih menggembirakan hati Farah sebagai seorang ibu, dia mampu mewarna mengikut contoh warna yang terdapat di pelekat yang disediakan. Haruslah dengan bantuan Mommy dia juga… Smile… Anda boleh lihat sedutan video di bawah ini:
Ini memang terlebih bagus! Heee… Open-mouthed smile…. Buku pelekat yang maha banyak! Dan paling bagus lagi… Ia boleh digunakan semula walaupun berulang kali…

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 14

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 15

Punyalah banyak pelekat-pelekat yang disediakan….Jika tak silap Farah, lebih dari 100 pelekat yang boleh digunapakai semula…

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 16

Melihatkan watak Spiderman di kit pelekat yang maha banyak ni, ianya membuatkan Iman Firash menjadi tidak ketahuan yang mana satu dia nak fokus dahulu… Tetapi sepanjang beberapa minggu yang lepas dah tentu-tentu Farah berikan dia setiap malam buku yang berbeza-beza agar dia terus penuh dengan rasa teruja.

Melihatkan watak Spiderman di kit pelekat yang maha banyak ni, ianya membuatkan Iman Firash menjadi tidak ketahuan yang mana satu dia nak fokus dahulu… Tetapi sepanjang beberapa minggu yang lepas dah tentu-tentu Farah berikan dia setiap malam buku yang berbeza-beza agar dia terus penuh dengan rasa teruja.



A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on 

Dan apabila malam menjelma, memang sudah menjadi rutin buat Farah membacakan buku cerita kepada Iman Firash. Selalunya di dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi memandangkan dah berjumpa dengan buku-buku Edisi Disney Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest ini, Farah pun sudah mula membacakan buku-buku cerita yang penuh dengan warna warni grafik yang menarik serta berkualiti tinggi yang telah diterbitkan oleh Advantage Quest.

Terima Advantage  Quest Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Firash 17

Dari seorang ibu kepada ibu bapa yang lain, saranan Farah, jika anda mencari dan mahu mencari buku-buku Edisi Disney Bahasa Melayu dengan kualiti serta pengisian yang tidak terbanding… Anda patut mendapatkan buku-buku Edisi Disney Bahasa Melayu terbitan dari Advantage Quest. Buku-buku ini boleh diperolehi oleh pihak anda melalui kedai-kedai buku yang berdekatan dengan kawasan anda dan ada satu makluman khas buat anda, sila ambil perhatian, ini adalah peluang anda yang terbaik yang sepatutnya tidak disia-siakan kerana… Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “PERCUTIAN KE DISNEYLAND HONG KONG” dengan setiap pembelian RM 50.00 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh anda perolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

DISNEY LAND HONG KONG


Sambil-sambil membeli-belah untuk berikan ilmu pada anak-anak, siapa tahu kalau ada rezeki terpijak nak berkunjung ke Disney Land di Hong Kong kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Betul tak? Rezeki terpijak ke? Pasti anak-anak akan bertambah gembira. Apa yang dapat Farah katakan adalah, Farah sangat berterima kasih kepada pihak Advantage Quest kerana telah bantu di dalam memahirkan Iman Firash dengan penguasaan Bahasa Melayu dia.

Informasi Lanjut Mengenai Buku-Buku Terbitan Advantage Quest:


Advantage Quest Sdn. Bhd.
No. 10 Jalan 51a/227, Seksyen 51A
46100 Petaling Jaya
Selangor Dahrul Ehsan
+603 7876 8096 (pejabat)
+603 7876 8340 (faks)
sales.my@aqpublications.com

#BukuDisney #MariBaca #Popular #AdvantageQuest

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Terima Kasih ADVANTAGE QUEST Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Iman Firash!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, October 17, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY