Seleksi Menarik DUCATI JUNIOR Untuk Si Kecil Tampil Bergaya!

Farah Waheda Wahid
3
SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 110
Ducati, adalah satu nama yang tidak asing lagi yang dikenali hampir seluruh masyarakat dunia. Ducati adalah pengeluar motosikal mewah dari Itali yang dimiliki oleh Audi. Yang Farah paling suka adalah model 1190, yang mana boleh dikatakan model 1199 adalah salah satu jenama mereka yang paling berjaya yang pernah dibuat. Ducati Panigale, jika anda pernah lihat, direka dalam keadaan santai, menawarkan keseimbangan yang ideal antara dalam dan luar. Ia juga mempunyai profil ergonomik yang lebih baik yang menjadikan ia selamat dan sesuai untuk penunggang yang baru mula belajar bagaimana untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi. He he he… Smile

Untuk kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya… Ducati Monster 12V yang berharga lebih kurang GBP 470.00 yang mana bila ditukar nilai mata wang Malaysia ianya menjadikan jumlahnya sebanyak RM 2,398.49… Ghost…. Fuhhh…gigil tengok harga…Memang tak mampulah Mommy Iman Firash nak belikan Firash sebiji Ducati Monster 12V tu…

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 8

Seksi memang seksi noksss! Tapi bila fikir-fikir balik, berbaloi ke membeli untuk anak permainan seumpama ini? Pakainya hanya selama beberapa tahun dan kemudiannya simpan buat pekasam? Nak nak lagi kalau dia seorang sahaja di rumah dan tak ada adik yang hendak diperturunkan untuk mewarisi motosikal Ducati Monster 12V versi kanak-kanak ni! Rugi-rugi…. Duit beli Ducati Monster 12V ni buat simpan untuk duit membiayai pelajaran dia lebih afdal rasanya…Ekekeke…. Open-mouthed smile… Mommy kedekut? Haruslah! Kedekut pun bertempat… Memang taklah Mommy nak belikan Iman Firash Ducati Monster 12V sebiji macam ni… Tak mampu satu hal… Bukannya keperluan satu hal… Faktor-faktor lain pun ada juga…

Tak apalah… Kalau tak dapat nak memiliki motosikal mewah Ducati (khusus untuk Abah nya yang minat sangat dengan motosikal berkuasa besar) ataupun Ducati Monster 12V (khusus untuk kanak-kanak seperti Iman Firash), dapat merasa sipi-sipi pun dah ok sangat dah tu… Sekadar jadi pengumpul dan pemakai merchandise Ducati pun dah cukup baik dah kannn?

Mak-mak selalu merasakan yang pilihan pemakaian untuk anak-anak lelaki sangat terhad dan pilihan yang ada kebanyakan pada masanya kurang menarik perhatian mata dan jiwa. Ya, Farah akui… Sememangnya agak sukar untuk membeli-belah pemakaian untuk Iman Firash… Sememangnya banyak jenama pakaian kanak-kanak yang menawarkan pelbagai pilihan di pasaran…Akan tetapi, faham tak? Perasaan mak-mak yang macam memberontak dalam jiwa yang mengatakan… We want more! We want more! Kalau nak mencari pakaian anak-anak perempuan tu tak adalah sesukar mana kot? Banyak jer pilihan yang menarik dan sweet sweet yang dapat dipilih. Akan tetapi untuk anak lelaki ni biasanya warnanya, rekaan fesyennya adalah sangat stereotype! Setuju ke tidak? Setuju? Tak setuju? Kalau setuju kasi jatuh itu kapla! Ha ha ha… Rolling on the floor laughing

Betul… Bukan mudah nak mencari pakaian anak-anak lelaki… Farah walaupun baru jer hampir 3 tahun bergelar seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang kini berusia 2 tahun 10 bulan pun dah mula terasa bosan dengan pilihan pakaian yang ditawarkan di mana-mana pusat membeli-belah. Sentiasa mencari sesuatu yang segar, sesuatu yang lain dari yang lain. Bosanlah asyik rekaan fesyen yang sama dan hampir-hampir sama! Ahakss…Habis tu ko nak macam mana lagi? Takkan nak bagi anak pakai fesyen yang pelik-pelik pulak yer tak? Muahahaha… Tak adalah…Bab pemakaian ni, tak kiralah sama ada suami, anak dan diri sendiri, Farah memang agak particular dan cerewet. Farah sukakan sesuatu yang nampak ringkas, tetapi cukup untuk nampak kemas, elegan dan juga smart. Itu taste Farah. Farah tak suka warna-warna yang nampak kusam ataupun fesyen yang tidak menyerlahkan ketrampilan seseorang itu. Ha ha ha…Macamlah diri tu bergaya sangat kannn? Banyak pula cakap…

Disebabkan itu, Farah sentiasa mencari pilihan-pilihan yang ditawarkan di pasaran sebanyak yang mungkin supaya mudah untuk Farah membuat pemilihan. Tidak kira shopping baju anak ke? baju sendiri ke? atau baju suami ke? (Aikkk…Ha ha ha…Rasanya macam dah lama dah tak membeli-belah…Lama sangat-sangat dah….), memang makan masa yang sangat lama… berjam jadinya… Dan ini ada satu perkhabaran bukan sahaja untuk diri Farah tetapi untuk semua ibu bapa di luar sana…Bolehlah lepas ni cuci-cuci mata dan tinjau-tinjau di mana-mana pusat membeli-belah yang menjadi outlet pemasaran Ducati…

Memperkenalkan… DUCATI JUNIOR! Koleksi pakaian berkualiti tinggi dari Ducati untuk kanak-kanak yang terdiri daripada seleksi untuk kanak-kanak lelaki, perempuan dan juga koleksi uniseks! Didatangkan dengan rekaan fesyen yang terkini dan pilihan yang menarik untuk para ibu bapa pilih. Lai lai lai… pilih-pilih, jangan tak pilih… Ahaksss… Open-mouthed smile

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 9

Jika ditanya secara peribadi, Farah memang suka dengan koleksi pakaian yang ditawarkan… Sekurang-kurangnya ada banyak lagi pilihan untuk Farah sebagai seorang ibu untuk mendapatkan pakaian untuk Iman Firash dan tidaklah statik kepada satu-satu jenama sahaja kan?

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 7

Alhamdulillah, syukran Ya Allah di atas rezeki untuk Iman Firash dari DUCATI JUNIOR MALAYSIA…. Red heart Bersinar-sinar mata Mommy dia melihatkan koleksi DUCATI JUNIOR yang Iman Firash dapat baru-baru ini… Siap ada tambahan dari Authentic Transformers lagi… Sememangnya benar, pakaian yang dihasilkan oleh pihak Ducati untuk DUCATI JUNIOR adalah dari material yang terbaik dan kualiti kain yang tidak panas serta selesa. Farah tidaklah kata Farah pandai sangat di dalam pemilihan material pakaian akan tetapi Farah memang sentiasa mencari sesuatu dengan mementingkan keselesaan untuk si pemakai. Tidak kira sesiapa pun. Tak ada pilih kasih ok? Wakakaka… Open-mouthed smile

Selain daripada pilihan yang anda nampak yang Iman Firash terima tempoh hari… Ada lagi beberapa pilihan yang menarik seperti yang Farah pick and choose di bawah ini:

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 2

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 3
SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 4

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 5

SELEKSI MENARIK DUCATI JUNIOR UNTUK SI KECIL TAMPIL BERGAYA 1 6

Tetapi pemilihan tidaklah terhad kepada yang Farah dah pick and choose ini sahaja… Ada banyak lagi… Jika anda sendiri yang pergi ke outlet pemasaran DUCATI JUNIOR…lagi rambang mata sampaikan tak tau nak buat pilihan yang mana satu…Farah ni, kalau tebal poket sampai terkeluar-keluar ringgit dari poket memang akan beli jer semua yang Farah berkenan….Habis kena borong semua…Ha ha ha… Smile… Mommy Ash ni kan memang salah satu hobi membeli-belah tetapi terpaksa dikekang atas kekangan ekonomi macam tu… Ihiksss…

Di mana nak dapatkan koleksi DUCATI JUNIOR untuk anak-anak? Seleksi pakaian DUCATI JUNIOR ada dipasarkan di SOGO KL dan juga di AEON Mall yang terpilih… Rajin-rajinlah turun dan cuci-cuci mata…

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai DUCATI JUNIOR:






*Tak sabar nak pakaikan Iman Firash dengan koleksi DUCATI JUNIOR… Bilalah agaknya tu ehhh? Ha ha ha…Mak yang overexcited nak tengok anak pakai baju baru…. Smile… Mak-mak memang macam tu kan?

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. adoi..itu kalau anak saya tengok motor tu , mesti dia suruh beli tu. hehe. tapi nak tanya, model 1190 model apa ek? sebab yang saya tahu, panigale ada model 1199. hehe.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  2. Memang cantik lah ducati junior.

    From:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !