Pindah Rumah Baru? Bagaimana Bantu Anak Untuk Adaptasi Suasana Baru?

Farah Waheda Wahid
1
PINDAH RUMAH BARU_BAGAIMANA BANTU ANAK ADAPTASI SUASANA BARU

Dah tiba waktu hujung tahun, ada yang dah siap-siap packing nak pindah ke rumah yang baru dibeli atau ada yang dah siap-siap packing nak berpindah disebabkan pertukaran pejabat anda bekerja? Biasanya, hujung-hujung tahun ni, ada yang memilih untuk berpindah sebab senang dan mudah, sekali dengan sesi persekolahan. Senang kan? Nak uruskan pertukaran sekolah anak sekali? Kalau pindah tengah-tengah tahun, bukannya tak boleh tetapi macam anak tulah sekerat belajar di sekolah ni, kemudian sambung di sekolah lain… Kalau boleh biarlah bermula dari awal tahun kalau mengikut pendapat peribadi Farah lah. Akan tetapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana? Mahu atau tidak, suka atau tidak terpaksa juga kan?

Bercerita tentang berpindah ni, terkait pula kotak pemikiran ini dengan anak-anak…Penerimaan anak-anak dan tentang diri anak-anak. Entah??? Secara tiba-tiba fikiran termenerawang akan perkara ini dan seakan jari-jemari ni secara automatik meluncur di papan kekunci laptop untuk menaip entri ini. Makanya, disebabkan itu, terjadilah entri ini… Kalau otak ni, asyik bekerja jerlah kisahnya… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tu sebab rasa otak ni macam banyak sangat benda nak fikir… Macam penuh sangat…Hu hu hu…Nak buat macam mana, ini jalan yang kupilih… Ahaksss… Jadi kenalah tempuh dan harung yer tak?

Berpindah rumah ni, seingat-ingat Farah memang satu perkara yang sangat meletihkan. Sebulan pun belum tentu habis berkemas oiii… Pengalaman hampir 13 ke 14 tahun yang lalu sewaktu berpindah ke rumah yang kami duduki pada ketika ini telah mengajar Farah mengenai erti keletihan berpindah rumah dan berkemas yang tak sudah. Bukan Mimpi Yang Tak Sudah lagu nyanyian Ibnor Riza tu, tetapi berkemas yang tak sudah.  Memang ya, jangkamasa sebulan bukan jaminan untuk siap berkemas semua. Lebih dari itu.

Pindah rumah baru memang seronok, nak nak lagi rumah sendiri kan? Kalau yang sebelum ni menyewa rumah atas tangan orang lain, pastinya teruja untuk berpindah ke rumah sendiri. Kalau yang sebelum ini tinggal bersama ibu bapa, bila nak berpindah ke rumah sendiri tentunya rasa seronok. Cumanya, seronok-seronok kita tu, bagi yang bergelar ibu bapa lah… Bagaimana pula anak-anak kita? Adakah mereka teruja dan gembira untuk berpindah? Ataupun adakah mereka sebenarnya keberatan untuk berpindah kerana telah terbiasa dengan environment sedia ada? Dah ada ramai kawan, dah biasa dengan suasana dan keadaan sekeliling. Bila berpindah ke sesuatu tempat baru, tidak semua anak-anak yang boleh terima, tidak semua anak-anak yang suka.

Dalam sibuk-sibuk packing barangan untuk berpindah rumah dan dalam sibuk-sibuk unpack barangan sebab baru berpindah, dengan letih berkemas, jangan sesekali kita abaikan anak-anak dari segi psikologi dan emosi mereka untuk adaptasi dengan suasana baru. Kalau mereka sama naik gembira dan teruja tak menjadi satu masalah lah kan? Tetapi katakanlah mereka tidak seronok untuk berpindah? Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh bantu anak-anak untuk adaptasi suasana baru? Tempat baru? Persekitaran yang baru? Berikut adalah senarai yang dapat Farah gariskan yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menyelesaikan permasalah ini.

Bantu Anak Untuk Memahami Apa Yang Sedang Berlaku Dan Bila Ianya Akan Berlaku

Keputusan dan urusan berpindah harus melibatkan anak-anak juga. Mereka perlu diberitahu kenapa, mengapa perlu berpindah. Sebab anak-anak ni kan penuh dengan perasaan ingin tahu. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa yang sedang berlaku, apa yang akan berlaku dan sebab apa ianya berlaku, untuk mereka memahami situasi atau keadaan semasa. Mereka juga ingin merasa sebagai orang yang penting di dalam apa yang berlaku. Penting untuk beritahu anak bila jangkamasa nak berpindah. Pada tarikh apa, hari apa supaya mereka boleh menjangka dan bersiap-sedia menuju ke arah hari kejadian. Ini dapat membantu mereka dari menerima kejutan yang mungkin tidak mereka ingini.

Highlight Perkara Yang Positif Tentang Berpindah

Sesuatu yang baru membuatkan sesiapa sahaja berfikir macam-macam dan membayangkan macam-macam. Jika kita sebagai orang dewasa ada perasaan gementar ketika perlu berhadapan dengan sesuatu yang baru, begitu juga anak-anak kita yang masih kecil. Banyak perkara yang bermain di dalam pemikiran mereka. Adakah tempat baru nanti mereka dapat menyesuaikan diri seperti sekarang? Adakah di tempat baru nanti mereka akan mempunyai ramai kawan seperti sekarang? Seronokkah sekolah di tempat baru? Garangkah guru di sekolah baru? Pendek kata macam-macamlah…Terkadang ianya boleh menjurus anak-anak untuk berfikiran negatif.

Bagi memastikan anak-anak tidak terlalu skeptical dengan isu “berpindah”… Ibu bapa perlu menerapkan atau menggunakan pendekatan psikologi di dalam membantu anak supaya tidak terlalu negatif dan looking from the bright side. Highlight perkara-perkara positif tentang apakah yang bakal menyeronokkan mereka di tempat baru dan apa yang menarik untuk mereka di tempat baru nanti.

Biasakan Anak-Anak Dengan Kawasan Kejiranan Dan Suasana Sekeliling Sebelum Berpindah

Takkan tak pergi reccee kawasan kejiranan baru sebelum berpindah, takkan tak pergi jenguk rumah dan bersihkan rumah sebelum berpindah. Takkanlah buta-buta masuk rumah baru macam tu jer kan? Mesti ada persiapan sebelum berpindah. Makanya, ambil peluang ini untuk membiasakan anak-anak dengan suasana kejiranan baru, jiran tetangga baru. Kalau ada jiran tetangga yang mempunyai anak-anak yang hampir sebaya dengan anak kita, adalah lebih baik kita berkenal-kenalan dengan jiran tetangga dan memperkenalkan anak-anak kita kepada rakan-rakan baru supaya mereka tahu yang mereka tidak akan kebosanan bila berpindah ke rumah baru nanti.

Sediakan Outdoor Play Area Di Rumah Baru

Jika berpindah ke rumah jenis landed property, dan ada sedikit kawasan untuk sediakan taman mini ataupun outdoor play area. Sediakan untuk anak-anak kawasan ini agar mereka mempunyai tempat bermain yang selamat. Jika rumah pada masa kini tidak mempunyai kemudahan seperti itu, outdoor play area di rumah baru dapat membantu membuatkan mereka terasa teruja untuk berpindah.

Galakkan Dan Jemput Rakan-Rakan Anak-Anak Di Kawasan Rumah Pada Masa Kini Untuk Datang Berkunjung

Ini pun boleh juga! Jika kita kenal dengan ibu bapa rakan-rakan anak kita, jemputlah mereka datang ke rumah baru kita. Dengan cara ini, boleh membantu anak-anak kita daripada terlalu merindui rakan-rakan yang mereka tinggalkan di rumah lama. Cumanya jika rakan-rakan mereka bersama ibu bapa mereka datang melawat kitalah kan? Kalau tak, tak dapek den nak nolongnya… Kira-kira cara ni tak boleh digunapakailah kalau tak ada yang datang berkunjung. Hu hu hu… Reality what?

Itu yang dapat Farah fikirkan, akan tetapi yang pastikan yang kena mainkan peranan utama adalah ibu bapa bagi memastikan the moving transition untuk anak-anak adalah satu proses yang smooth. Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !