Petanda Bayi Sudah Cukup Bekalan Susu

PETANDA BAYI SUDAH CUKUP BEKALAN SUSU

Baru jer lepas menyusu… Tiba-tiba… Bluekkk… Terkeluar balik susu yang baru sahaja diminum… Itu tandanya overload dah… He he he… Open-mouthed smile masih ingat lagi pengalaman itu dulu… Tiba-tiba rasa macam basah dan panas jerrr badan dan bau muntah! Asam garam sesiapa yang bergelar ibu dan bapa kannn? Bila ada anak kecil kalau tak dapat “hadiah” yang sebegini tak sah! Walaupun jarang-jarang pasti akan merasa juga… Sama ada muntah, najis kecil, najis besar… Tu semua perkara-perkara yang berlaku di dalam perjalanan sebagai ibu bapa… Kalau muntah lepas menyusu tu, tu bermaksud dah terlalu kenyang lah secara logiknya, walaupun mulutnya nyot-nyot-nyot tetap menyusu bila disuakan, sebenarnya dah cukup dah bekalan susu yang diberikan kepada anak tu, tapi bila dah sua dia pun menyusu jer lah… Kecil lagi mana nak tau apa kan? Dia tau, bila disua, menyusu…. Bila disua menyusu…

Tetapi sebenarnya, jadi ibu-ibu, jadi bapa-bapa ni kena tahu, kena faham apakah petanda-petanda yang boleh menunjukkan si comel lote tu dah cukup dah minum susu dan renggekan manja bukanlah hanya semata-mata nakkan susu jer… Asal uwakkkkk ko sua susu, asal uwakkkk ko sua susu… Macam kitalah yang dewasa ni… Bila moody bukan bermaksud ada masalah rumahtangga, bila moody bukan bermaksud ada masalah peribadi, bila moody bukan bermaksud ada masalah pekerjaan and the list goes on… Macam tulah… Bila berlakunya sesuatu itu, ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor yang memungkinkan ianya terjadi.

Boleh jadi sakit perut ke? Boleh jadi mengantuk ke? Boleh jadi nak dipegang ke? Macam-macam sebab boleh jadi… Yang dah lama memegang jawatan sebagai ibu bapa mungkin dah tahap expert dah… Tak perlu baca entri Farah pun dah tahu dah akan petanda-petanda anak tu dah cukup bekalan susu. Cumanya, bagi ibu bapa baru atau yang bakal menjadi ibu bapa, mungkin boleh ambil tahu sedikit sebanyak perkongsian Farah yang dipetik dari artikel yang pada asalnya diterbitkan di SINI. Tak adalah bukannya apa, sekadar memanjangkan informasi…Mungkin anda tak terjumpa perkongsian ini dan secara kebetulan Farah jumpa, Farah pun kongsilah serba sedikit, campur-campur pengalaman sendiri dan juga apa yang dinyatakan oleh artikel yang berkenaan.

Petanda Bayi Sudah Cukup Bekalan Susu

  • Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan bayi membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
  • Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.
  • Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
  • Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.
  • Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

Petanda Bayi Sudah Cukup Bekalan Susu Mengikut Apa Yang Farah Tahu

  • Muntah terutama ketika menangis.
  • Melipatkan kaki ke abdomen dan mengeliatkan badan.
  • Mungkin juga menunjukkan tanda-tanda kekembungan.

Artikel Dr. Zubaidi pun menyokong petanda-petanda yang Farah nyatakan di atas. Ngeee… Smile. Nak kurangkan muntah, berikan kuantiti yang sedikit setiap kali penyusuan.

Paling baik bagi Farah, bagi Farah lah kann, bagi orang lain Farah tak pasti…Sebabnya, sememangnya sedari Iman Firash kecil lagi, Farah menggunakan formula-formula yang Farah perolehi dari Dr.Zubaidi  yang menjadi salah satu sumber rujukan utama Farah selama ini selain dari sumber-sumber rujukan yang lain. Bagaimanakah dan apakah formula-formula yang telah dikongsikan oleh Dr. Zubaidi mengenai kekerapan menyusu bayi?

Menurut Dr. Zubaidi, kekerapan ini sebenarnya bergantung kepada berat dan umur bayi. Ada beberapa formula yang digunakan untuk menentukan kuantiti susu formula (di dalam kes ini, susu formula-lah ya? sebab Firash menyusu susu formula) yang diperlukan oleh bayi.

FORMULA 1:
  • Untuk mendapatkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi dalam unit OZ, Berat Bayi (dalam unit pound) X 2.5
  • Untuk mendapatkan bilangan jumlah ounce yang diperlukan, perlu merujuk kepada FORMULA 2.

Sebagai contoh: Bayi mempunyai berat 6lb dan berumur 2 bulan, memerlukan sebanyak 15oz dalam masa 24 jam dan memerlukan 3oz – 4oz dalam setiap susuan. Oleh itu, bolehlah membancuh susu formula sebanyak 3 oz untuk 8 kali susuan dalam masa 24 jam.

FORMULA 1 ini hanya menggunakan unit pound, lb (untuk berat) dan ounce (untuk isipadu).

FORMULA 2

Formula ini mengikut umur bayi.

PETANDA BAYI SUDAH CUKUP BEKALAN SUSU 2

Dan sebagaimana semua orang tau, apabila mencapai umur enam bulan, anak dah boleh mula makan, ibu bapa pun digalakkan memberikan makanan pejal. Bayi memerlukan sekurang-kurangnya 600ml (20oz) susu sepanjang hari sehingga berumur setahun.

Ini adalah merupakan panduan secara kasar dan kalau nak lebih tepat lagi, adalah lebih baik sekiranya bertanyakan pada pakar paediatrician yang sememangnya merawat anak-anak kita.

Bagi penyusuan susu ibu pula, haaaa… Farah mengaku Farah tak pakar pun dalam hal ni… Makanya, Farah gunakan sumber rujukan dari SINI untuk makluman anda yang mungkin boleh membantu.

PETANDA BAYI SUDAH CUKUP BEKALAN SUSU 3
Sumber : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
Nak cerita lebih-lebih tak berani, sebabnya, memang tak pakar dalam bab-bab menyusukan anak melalui penyusuan ibu ni… Mungkin rakan-rakan yang melakukan penyusuan susu ibu lebih arif untuk berkongsi mengenai perkara ini… Tak tau, tak melalui, tak berpengalaman, tak nak buka cerita lebih-lebih bak kata Farah tadi, takut nanti misleading info…Kannn?

Makanya, silalah peka atau alert di saat menyusukan anak, jangan sampai overload…Bayangkan kalau kita kannn? Dah tak mampu nak makan, tapi terus sumbat dan sumbat dan sumbat lagi, sampai akhirnya kembang tekak dan termuntah… Kannn? Macam tu jugalah kemungkinan besar anak-anak kecil yang tak tau nak ekspresi ini rasa agaknya kannn?

*Pssttt… Ikutkan kalau ikutkanlah, by the time now, Iman Firash menyusu sepatutnya lebih kurang 2-3 kali sahaja kekerapan dalam sehari dan apa yang dicadangkan oleh pihak Pediasure…Sekali waktu pagi dan sekali waktu malam sebelum tidur… Tapiiii kannn… Jujurnya Iman Firash tak der makna ikut pun 2-3 kali kekerapan tu… Sehari ikut suka dia, kadang 2 kali, kadang 3 kali, kadang 8 kali, kadang 6 kali… Ikut mood dan ikut angin… Sebab kalau dia makan, kuranglah menyusu, kalau tak makan tu yang macam marathon dia menyusu tu… Hu hu hu…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Petanda Bayi Sudah Cukup Bekalan Susu, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 19, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY