Home » , , , , , , , , » Penting Sangat Ke? MAKE-UP REMOVER???

Penting Sangat Ke? MAKE-UP REMOVER???

Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Waktu mula-mula belajar bersolek dulu... Dululah dulu... Berbelas-belas tahun yang kebelakang sewaktu selepas tamat zaman pengajian tinggi dulu.... 😱 hah? Dah berbelas tahun tamat pengajian tinggi? Biar betik? Sekejap Farah ulang kira semula... Yerlahhh... Dah lebih kurang 13 tahun dah...😂 Adoiii... Dah semakin meningkat dah usia ni rupanya... Wakakaka... Haruslah kannn? Anak pun dah nak masuk 3 tahun dah umurnya... Sewaktu Farah mula-mula belajar bersolek dulu, tak pernah guna pun make-up remover atau penanggal solekan. Setiap hari bila nak bersihkan muka, terus bersihkan dengan pencuci muka dengan dua kali pusingan. Selepas tu, dah selesai, cuma pakai toner dengan menggunakan kapas di mana waktu itu akan terlihat di kapas yang digunakan untuk memakai toner itu... baki kesan-kesan solekan yang masih tidak bersih lagi dengan sepenuhnya. Baru belajar-belajar bersolek, macam tulah kannn? Uhuksss... Masa naive ni... 

Kemudiannya, bila dah mula bekerja... Barulah mula berjinak-jinak dengan make-up remover ataupun penanggal solekan. Waktu tu, jenama yang Farah gunakan adalah Maybelline Make Up Remover Eye & Lip... Kemudiannya... bertukar kepada ZA Deep Cleansing Oil... Tu jerlah yang Farah gunakan hari-hari bila nak bersihkan solekan di muka. Tapi memang ketara perbezaannya bila kita tidak menggunakan make-up remover dengan apabila kita menggunakan make-up remover. Rasa tahap bersih di muka tu memang sangat-sangat berbeza... Mungkin ada yang beranggapan yang make-up remover ni tak berapa nak penting sangat dan sebenarnya cukup dengan sekadar menggunakan pencuci muka sahaja untuk membersihkan wajah. Yang paling win, ada pula di kalangan kita yang suka sangattt tidur dengan solekan di wajah yang tidak dibersihkan... Alasannya penattt... Tak sempat... Letih sangat... Pengakuan jujur ikhlas Farah pernah dua tiga kali juga tertidur dengan solekan di wajah yang tidak dibersihkan... 

Haaaa... kalau mana-mana rasa tak penting nak cuci solekan dengan betul-betul bersih, tak penting nak gunakan make-up remover di dalam proses pembersihan solekan... Rasanya anda kena baca cerita ini dulu yang telah dikongsikan melalui artikel di SINI... 

Gambar dari sumber di SINI

Dolly Korea sangat gadis ni kannn? Nama beliau adalah Min Bae dan Min Bae ni mula berjinak-jinak dengan solekan sejak usianya 14 tahun lagi. Ketika itu, Min Bae tidak boleh melihat wajahnya di cermin tanpa solekan. Mak aiiii! Macam isu yang terpapar di laman media sosial sekarang yang Farah terperasan di dinding muka buku... Anak-anak gadis usia belasan tahun sekarang tak sabar nak bersolek serta kelihatan matang... Zaman-zaman Farah dan mungkin sesetengah dari anda juga dahulu, waktu ni, muka memang bersih tanpa solekan langsung punnn.... Tak pakai sebarang solekan pun...Anak-anak gadis sekarang... Matang sebelum usia namanya... 😂 Semua berlumba-lumba nak jadi KimK, nak jadi vogue sebelum tiba masa.... Jauh ketara anak-anak gadis dulu dengan zaman sekarang... Ahaksss... Masa zaman kita remaja pun, ada statement ni juga dari orang-orang yang lebih dewasa dari kita bila melihat keadaan kita kannn? 😉 setiap generasi pasti ayat ni keluar... Tak sama dengan zaman yang telah ditempuhi oleh kita dulu berbanding sekarang... Iyalah waktu berputar, zaman berubah dan persekitaran semakin berbeza...Memanglah... 

Oleh kerana terlalu obses dengan kecantikan, gadis yang berasal dari Korea Selatan ini TIDAK PERNAH menanggalkan solekannya selama DUA TAHUN! 😱 percaya tak? 

Ohoiii, muka kan perlukan oksigen juga? Perlu bernafas juga? Dah kenapa tak bersihkan solekan selama dua tahun lamanya? Pasti janggal bukan? Apabila wajah yang harus bebas daripada sebarang lapisan bedak pada waktu malam, dibiarkan begitu sahaja sehingga waktu tidur! Namun, hal ini bukanlah perkara yang asing bagi gadis yang bernama Min Bae. 

Bermula sewaktu usia Min Bae 14 tahun, dia tidak boleh melihat wajahnya di cermin tanpa solekan. Oleh yang demikian... dia dengan sengaja membiarkan warna-warna solekan itu melekat pada kulit mukanya sehingga keesokan harinya. Haiii...macam-macam... Pelik! 

Katanya... "Saya sentiasa ingin kelihatan cantik SETIAP MASA. Malah ketika tidur pun saya akan biarkan solekan saya kekal...supaya saya kelihatan cantik keesokan harinya"... 


Gambar dari sumber di SINI
Bila tengok sikap anak macam ni, mak dia pun mulalah risau sebab pelik sangat... Apa mak dia buat? Mak dia telefon stesen televisyen tempatan untuk mohon bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya. 
Nak dijadikan cerita, bila dah lama tak buang solekan di wajah... untuk tempoh waktu selama dua tahun tu... doktor mendapati tekstur kulit wajahnya kelihatan TUA berbanding usianya. Ini kerana bahan kandungan yang terdapat dalam produk solekan bukanlah bersifat memulihkan malah ia hanya mampu menutup kesan cela pada masa yang singkat. Lorrr... sedangkan alat-alat solekan ada jangka hayat... Takkanlah tak beri kesan kan? Mungkin Min Bae ni tak tau fakta ni kot? 

Soalan kepada tajuk entri ini... penting sangat ke? make-up remover? Pentinglahhh.... dan ini adalah kepentingan make-up remover yang anda WAJIB tahu melalui perkongsian artikel di SINI:

1. Anda perlu tahu bahawa anda memerlukan make-up remover jika inginkan kulit betul-betul bersih setelah seharian mengenakan solekan. Ia sangat penting untuk mengelakkan pori-pori wajah tersumbat dengan kotoran dan sebum. 

2. Realitinya, kulit wajah kita sememangnya sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis kotoran, antaranya bahan solekan, air, udara, mahupun sentuhan tangan kita sendiri. Bersihkan wajah dengan pencuci. Make-up remover sangat penting untuk menghilangkan kekotoran ini dengan lebih efektif. 

Ok ada faham? Tapiii... penggunaan make-up remover SEKALI SEHARI SEBELUM TIDUR SUDAH MEMADAI terutamanya sesiapa yang memiliki jenis kulit yang nipis. Adalah tidak bagus jika anda mencuci wajah dengan make-up remover terlalu kerap ok? 

Rajin ke malas ke, kena gagahkan diri juga bersihkan solekan dengan sebersih-bersihnya... Nak ke jadi macam Min Bae tu? Tekstur kulit tua sebelum usia? Tak naklah sampai macam tu sekali kan? Moh kita sama-sama rajin bersihkan solekan di muka kita yer setiap hari? He he he...Bagi yang bersolek ler...Yang natural beauty,,, yang tak suka bersolek, yang tak suka pakai solekan.... Tak tergolong dalam kena rajinkan diri bersihkan solekan... Hu hu hu... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Penting Sangat Ke? MAKE-UP REMOVER???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, October 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Auni selalu tanggal mekap guna baby oil, lepas tu basuh dengan make-up removal soap. Macam manalah Min Bee ni boleh tahan tak tanggal mekap bertahun.. Iolsss tak boleh.. Rasa sesak nafas!

    ReplyDelete
  2. Alamak pasni nak kena cari make up removel lah ... selalu guna baby oil tapi cam tak berapa nampak kesannya. :)

    ReplyDelete
  3. Akak tak suka make-up ... Just pakai compact powder, lipstick & eye liner ...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY