Penjagaan Bayi Semasa Gangguan Bekalan Air

PENJAGAAN BAYI SEMASA GANGGUAN BEKALAN AIR

Bila melihatkan ada di antara rakan-rakan yang mengemaskini status di laman Facebook mereka mengenai gangguan bekalan air yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini di kawasan kediaman mereka, ingatan terus menuju kepada air mineral yang berbotol-botol yang dibeli hanya semata-mata hendak memandikan Iman Firash dan juga sebagai kegunaan untuk mencuci serta membersihkan dia sekiranya Iman Firash membuang air besar. Air mineral yang berbotol-botol itu jugalah yang digunakan untuk mencuci  botol susu dan kelengkapan dia yang lain pada waktu itu. Itu cerita pada tahun 2013 sewaktu Iman Firash masih bayi.

Teringatkan itu, terus teringatkan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil di rumah yang mengalami masalah gangguan bekalan air pada waktu dan ketika ini. Sebab Farah dah rasa, Farah dah lalui, sebab tu Farah faham. Ketiadaan bekalan air atau gangguan bekalan air memang menyukarkan bagi semua pihak terutama ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Gangguan bekalan air pula, seakan sudah menjadi kebiasaan kehidupan di banyak kawasan di Malaysia sekarang ni. Sejak akhir-akhir ni lah kannn? Pelbagai alasan telah diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab mengendalikan urusan air untuk diulas sebagai punca, termasuklah paip bocor, kerja-kerja peningkatan, paras empangan yang rendah dan kemarau. Tidak kira apa pun puncanya, kekurangan air boleh menjadikan penjagaan bayi dan keluarga penuh dengan tekanan tau tak? Ha ha ha… Open-mouthed smile

Kebersihan dan sanitasi adalah penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kecil – dan untuk mencapai tujuan itu, bekalan air bersih adalah amat diperlukan. Memasak dan membasuh bukan saja susah malah merbahaya dan ianya mustahil untuk mencuci bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan secukupnya. Tanpa air bersih, kita tidak dapat membasuh pakaian (ianya suatu cabaran jika ibu-ibu menggunakan lampin kain) atau memandikan bayi. Akan tetapi, dengan kekurangan dan gangguan bekalan air menjadi sebahagian kehidupan harian di bandar, ianya memang berbaloi untuk sentiasa bersedia. Dengan berfikir terlebih dahulu dan sedikit perancangan, kita dan bayi boleh menempuhi tempoh kekurangan bekalan air sementara ini. Gangguan kepada rutin kita itu tidak dapat dielakkan, akan tetapi beberapa bekalan ekstra dan sebuah rancangan tindakan yang akan diambil menjadikan penjagaan bayi kurang tekanan di saat berlakunya gangguan bekalan air. Haaa… Nak kata pandai sangat tu tidaklah… Ha ha ha… Tapi menurut sumber di SINI

Bagaimana Hendak Memandikan Bayi Apabila Paip Kering?

Mandian juga boleh dikurangkan walaupun bayi berpeluh dan melekit pada cuaca lembap dan lengas.
  • Bayi yang belum mula merangkak hanya perlu dilap sahaja. Ini cuma memerlukan sedikit air botol.
  • Kanak-kanak yang sudah bertatih dan kanak-kanak yang lebih besar juga hanya perlu membersihkan muka, kaki, tangan dan kemaluan mereka dengan sedikit sabun dan air sahaja.

Bagaimana Hendak Mencuci Baju Dan Lampin Jika Tiada Air?

Bukannya susah untuk mengurangkan cucian bayi dalam cuaca kita yang panas ini. Bayi boleh dipakaikan lampin sahaja sepanjang hari asalkan dia berada di dalam rumah. Jika anda sering menggunakan lampin kain, ianya akan mengurangkan beban cucian jika anda menukar kepada menggunakan lampin pakai buang sehingga bekalan air bersambung semula.

Tisu lembab bayi bukan sahaja berguna untuk membersihkan punggung bayi, malah ia juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan dan tumpahan kecil.

Apabila pakaian kotor sudah menimbun, hantarkannya ke kedai dobi yang ada bekalan air (gangguan bekalan air boleh jadi hanya setempat, anda mungkin akan jumpa kawasan kejiranan berdekatan anda yang tiada masalah bekalan air!).

Apa Lagi Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Kesan Ketiadaan Air?

  • Kumpul dan gunakan air hujan untuk bersihkan longkang, kumbah jamban dan siram pokok bunga, tetapi pastikan baldi dan timba ditutup sepanjang masa apabila tidak digunakan – bayi dan kanak-kanak berusia lebih setahun boleh mati lemas dalam ketinggian air hanya beberapa inci.
  • Awasi surat khabar dan media massa untuk mendapatkan jadual lori air. Syarikat air dan pihak berkuasa biasanya akan menghantar lori yang membawa bekalan air kepada kawasan yang terlibat secara tetap.
  • Tisu lembab adalah sesuai untuk membersihkan permukaan meja, mengelap tumpahan kecil dan tangan melekit.
  • Rendahkan standard kita. Hanya menyapu, tidak perlu mengelap lantai. Orang dewasa boleh makan makanan yang dibungkus dari gerai makanan. Tiada orang yang akan mengadili kita semasa tiada bekalan air!

Bagaimana Boleh Lebih Bersiap Sedia Menghadapi Gangguan Bekalan Air?

Sepertimana adanya kit pertolongan cemas untuk kecemasan perubatan, pertimbangkanlah untuk mengumpul beberapa bekalan “kalau-kalau” untuk menangani gangguan atau kekurangan bekalan air. Ini akan menjadikannya lebih senang untuk kita, bayi dan keluarga untuk menempuh tempoh paip menjadi kering secara tiba-tiba.
  • Air Botol:  Persatuan Pemakanan Malaysia menyatakan bahawa seorang dewasa perlu minum satu liter air kosong setiap hari (satu liter lagi harus datang dari makanan, dalam sup, sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai contoh). Bergantung pada bilangan orang yang terdapat di rumah anda, belilah jumlah yang cukup bagi setiap orang untuk bertahan sekurang-kurangnya sehari (termasuk bayi dan kanak-kanak lain kerana air juga diperlukan untuk membancuh susu formula atau menyediakan makanan bayi). Jika bekalan air tergendala secara tiba-tiba atau terputus untuk satu jangka masa yang lama, anda akan perlukan lebih banyak air untuk kegunaan am, tetapi sekurang-kurangnya anda ada cukup untuk keperluan asas anda dan bayi anda.
  • Lampin Pakai Buang: Jika anda biasa menggunakan lampin kain, simpan sebungkus lampin pakai buang di dalam rumah supaya anda dapat mengurangkan beban cucian anda. Ingat untuk menukar kepada saiz yang sesuai untuk bayi anda sementara dia membesar. Anda boleh sentiasa memberikan lampin pakai buang yang tidak digunakan kepada kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja yang mempunyai bayi yang memakai saiz lama anda.
  • Makanan Bayi: Beberapa balang makanan bayi sedia dimakan yang bersesuaian dengan usia bayi anda. Ini akan menyelamatkan anda daripada terpaksa menyediakan atau memasak makanan bayi semasa tiada air mengalir dari paip anda. Jangan lupa menyemak tarikh luput dan berikan kepada bayi anda sebelum tarikh luputnya. Kemudian belilah yang baru untuk disimpan lagi.
  • Peralatan Pemakanan: Simpan stok barangan pakai buang plastik atau kertas seperti sudu garfu, mangkuk dan pinggan serta penyedut minuman untuk penyuapan kanak-kanak berumur setahun lebih dan kanak-kanak lebih besar.

Macam tulah lebih kurang sedikit sebanyak panduan serta tips untuk menjimatkan air di saat berlakunya gangguan bekalan air… Semoga ianya bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang memerlukan… Akan tetapi Farah pasti anda juga tentu tahu cara bagaimana ingin menyelamatkan keadaan sekiranya berlaku gangguan air kannn? Ini cumalah sekadar sebagai perkongsian bersama yang diharapkan dapat memberi manfaat buat semua. Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Penjagaan Bayi Semasa Gangguan Bekalan Air, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 12, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Sysah sikit nk handle baby kalau tkde air kan? Plus if ramai foddler yg nk kne handle ...

    ReplyDelete
  2. Memang sukar bila terjadi gangguan bekalan air ni terutama yang ada anak kecik.. Tapi so far alhamdulillah, kawasan rumah MD walaupun tersenarai dalam kawasan yang terjejas but still okay lagi sebab ada tangki air. Cuma risau tangki air kering sebelum masalah gangguan air ni selesai.. Gugugu~ :-s

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY